Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Ali memakai baju sukan. 2)Ali memakai kasut sukan.(dan) Gabungkan ayat tunggal. Apakah jawapannya?1. Ali memakai baju sukan.
2. Ali memakai kasut sukan.
Ali memakai baju sukan dan kasut sukan.
Tatabahasa04.08.2015
1)Cikgu Mastura memakai baju batik (ke)sekolah. 2)Cikgu Mastura memakai baju batik( pergi )sekolah. AYAT YANG MANA SATU BETUL?TERIMA KASIH.Ayat yang betul ialah Cikgu Mastura memakai baju batik ke sekolah atau Cikgu Mastura memakai baju batik untuk pergi ke sekolah.Tatabahasa17.10.2014
Salam sejahtera, 1.Kita harus memakai jaket keselamatan semasa/ketika menaiki bot. (yang mana satu betul? Terima kasih.Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan iaitu "Kita harus memakai jaket keselamatan semasa menaiki bot" atau "Kita harus memakai jaket keselamatan ketika menaiki bot".Tatabahasa12.05.2023
selamat sejahtera encik/puan. 1. Kita digalakkan untuk memakai kasut but semasa musim hujan supaya dapat mengelakkan kaki basah. 2. Kita digalakkan memakai kasut but semasa musim hujan supaya dapat mengelakkan kaki basah. Ayat mana yang betul? terima kasih.

Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut:

“Kita digalakkan memakai kasut but semasa musim hujan bagi mengelakkan kaki basah.”

Untuk makluman yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 431 - 575 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 172 (kata sendi nama bagi).

Tatabahasa05.07.2025
1)Ayah memakai baju biru ke pejabat. 2)Ibu membuang sisa makanan ke dalam tong sampah. Ayat mana ayat majmuk? bagaimana hendak ceraikan ayat itu menjadi dua ayat tunggal?Kedua-dua contoh ayat yang diberikan ialah ayat tunggal.Tatabahasa31.08.2015
1) Kamu hendak memakai baju kurung atau baju kebaya? 2) Kamu mahu memakai baju kurung atau baju kebaya? ayat mana yang betul? minta pencerahan encik/puan. terima kasih.

Kedua-dua ayat tersebut betul. Carian jawapan boleh dibuat melalui laman web PRPM atau klik pautan FAQ (Soalan Lazim) melalui laman web KNDBP

Lain-lain10.10.2022
1) Sebelum berakit, saya dan keluarga dikehendaki memakai jaket keselamatan. 2) Sebelum berakit, saya dan keluaraga hendaklah memakai jaket keselamatan. hendaklah atau dikehendaki? Mohon beri penjelasan yang terperinci.Meujuk pada pertanyaan anda, ayat yang betul ialah Sebelum berakit, saya dan keluarga dikehendaki memakai jaket keselamatan. Kata dikehendaki ialah kata kerja pasif diikuti dengan kata kerja aktif memakai manakala hendaklah ialah kata tugas mesti diikuti dengan kata kerja atau kata adjektif.  Tatabahasa14.01.2019
Salam sejahtera. Untuk menggabungkan ayat-ayat di bawah menjadi ayat majmuk pancangan relatif, yang mana satu adalah betul? Atau kedua-dua jawapan adalah betul? Terima kasih. i) Pekerja restoran memakai pakaian seragam. ii) Pakaian seragam itu kemas. Jawapan 1: Pekerja restoran memakai pakaian seragam yang kemas. Jawapan 2: Pekerja restoran memakai pakaian seragam yang kemas itu.Jawapan yang betul ialah pekerja restoran memakai pakaian seragam yang kemas.Tatabahasa04.05.2018
Salam 1 Malaysia 1. Ali jatuh sakit kerana dia bermain bola (pada hari hujan/semasa hujan). 2. Aiman menghantar emel kepada kawannya (dengan/menggunakan/dengan melayari/melalui) 3. Saya menggunakan mesin pencetak untuk mencetak gambar yang ditangkap (oleh/dengan/menggunakan) kamera digital. 4. Susanti memakai sari yang (dihadiahkan/dihadiahi) oleh ibunya. 5. Adakah "oleh" perlu diikuti dengan objek hidup? 6. Saya berenang (di dalam/di) air Terima kasih.1. Ali jatuh sakit kerana dia bermain bola semasa hujan.
2. Aiman menghantar e-mel kepada kawannya melalui ... 
3. Saya menggunakan mesin pencetak untuk mencetak gambar yang ditangkap dengan/menggunakan kamera digital.
4. Susanti memakai sari yang dihadiahkan oleh ibunya.
5. Kata sendi nama oleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa beberapa maksud. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 283. 
6. Saya berenang di dalam air.
Tatabahasa02.10.2012
saya mohon teguran sama ada wujud kesalahan atau sebaliknya berkenaan ayat yang saya bina ini ; 1. "KLIEN YANG BERURUSAN DIMESTIKAN MEMAKAI MASK/PENUTUP MULUT" 2. " SILA PASTIKAN JARAK ANDA 1 METER " sekian terima kasih.Salam sejahtera,

1. PELANGGAN DIWAJIBKAN MEMAKAI PELITUP MUKA SEMASA BERURUSAN DI KAUNTER. ATAU PELANGGAN DIWAJIBKAN MEMAKAI PELITUP MUKA KETIKA BERURUSAN.

2. SILA PASTIKAN JARAK ANDA 1 METER ANTARA PELANGGAN LAIN
Tatabahasa13.05.2020
1234567

Kembali ke atas