Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.ku] | مماکو

Definisi : 1. memasang paku pd: ~ dinding; 2. ki tidak bergerak-gerak (dr tempat dll): kami berdua masih ~ di kerusi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.ku] | مماکو

Definisi : 1 memasang paku pd; memantakkan paku pd: ~ dinding. 2 ki tidak bergerak-gerak dr tempat duduk dll: Walaupun dipanggil berkali-kali, ia tetap ~ di kerusinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paku (kata nama)
Bersinonim dengan pemaku, skru, nat;,
Kata Terbitan : memaku, memakukan, terpaku,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
paku + me = memaku panas + me = memanas pancing + me = memancing Mengapa pamer + me = mempamer, bukannya memamer?Awalan Men ialah awaln yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. Awaln ini mempunyai empat varian, bergnatung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya iaitu, me, men, dan meng. Bnetuk-bentuk varian ini berlaku seperti yang berikut; men menjadi men apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ny, r, l, w, dan y. Contohnya masak-memasak, nanti-menanti, nya-menyala. Untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan di bawah tajuk Kata kerja terbitan muka surat 151.Tatabahasa13.08.2008
Pak cik ramli sedang memaku ...... buluh yang telah dikerat-kerat untuk dijadikan titi..mana satu jawapan yang betul..batang, bilah, ruas...batang buluhTatabahasa15.08.2015
Ini bukan soalan tapi komen terhadap jawapan yang diberikan oleh DBP untuk dua soalan berkenaan peribahasa "mengata dulang paku serpih". Saya tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan di mana pihak DBP mengatakan versi yang betul ialah "mengata dulang paku serpih". Versi yang betul ialah "memaku/mengetuk dulang paku serpih/ mengata orang dia yang lebih." Baris pertama dalam pantun dua kerat ini ialah pembayang dan hanya untuk memberi rima kepada baris seterusnya. Maka perkataan "mengata" bukan berada di situ. Dari segi logiknya, mana mungkin kita "mengata" dulang? Satu lagi, ia adalah juga logik apabila memaku dulang, paku akan menjadi serpih. Sila membuat pembetulan di atas jawapan yang diberikan ini. Sekian, terima kasih.Jawapan Khidmat Nasihat Bahasa merujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu, susunan Abdullah Hussain. Mungkin pendapat tuan ada benarnya dan kami boleh menerima setelah ada dapatan/kajian yang mengesahkannya serta dibuat pindaan dalam kamus/buku peribahasa susunan terbaharu. Lain-lain24.02.2012

Kembali ke atas