menghamburkan dan menyemburkan,apa bezanya? | Menghamburkan bermaksud membuang sesuatu (bunga dan lain-lain) merata-rata; sama makna dengan menyebarkan dan menaburkan. Menyemburkan bermaksud memancarkan sesuatu dari mulut. Sila layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my , taipkan perkataan yang diperlukan dalam ruangan CARI dan saudara akan peroleh data daripada kamus, istilah dan sebagainya. | Makna | 31.01.2011 |
Jawapan : Visual yang dihantar tidak mempunyai perkataan bahasa Melayu dan tidak boleh disahkan. Sila masukkan perkataan bahasa Melayu di bahagian atas nama syarikat. Contohnya: PEJABAT URUSAN . DBP tidak mengesahkan nama syarikat yang merupakan nama khas. merujuk kepada jawapan di atas, Visual yang di hantar bukan merupakan nama syarikat. tapi nama website. Adakah masih memerlukan penggunaan bahasa melayu? | Setiap iklan mestilah mempunyai keterangan dalam bahasa Melayu bagi memancarkan citra kebangsaan atau identity Negara kita. Jika nama laman web yang hendak dipromosikan pun mesti ada keterangan dalam bahasa Melayu, seperti "Layari www.dbp.gov.my" atau "Kunjungi kami di www.dbp.gov.my". | Lain-lain | 11.04.2014 |
bahasa iklan. sejauh mana keberkesanannya | Sebagai media komunikasi umum, iklan yang mengandungi bahasa (tulisan) perlulah menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu sebagai bahasa iklan di tempat awam dan khalayak ramai hendaklah memiliki ciri-ciri bahasa Melayu yang berkualiti tinggi dari segi isi dan bentuknya. Untuk melihat keberkesanan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan, rujukan dan kajian haruslah dilakukan. Antara kesan yang dapat dilihat melalui penggunaan bahasa Melayu dalam pengiklanan ialah dapat memancarkan citra dan jati diri Malaysia, menyampaikan mesej dan maklumat dengan lebih jelas dan berkesan, melahirkan penulis iklan yang lebih kreatif dalam menggunakan bahasa Melayu dan lain-lain. | Lain-lain | 14.01.2007 |
Anggun's Literature SEL 12.32 PAGI Salam. Boleh saya tahu maksud pantun Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya, hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya. Saya sudah membuat carian di google, tapi masih belum dapat jawapan. T.kasih | Pantun merupakan karya sastera bentuk puisi lama yang sudah dikenal dalam masyarakat nusantara sejak dulu kala. Menurut Hashim Awang (1985) memperincikan sastera sebagai hasil ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Hasil sastera disebarkan melalui bahasa manakala bahasa mampu memancarkan keindahan yang terkandung dalam karya sastera. Wahana bahasa menjadikan karya sastera dapat difahami segala isi dan tujuan yang mahu dilakarkan oleh pengarang. Karya sastera membicarakan apa yang berlaku dan terlibat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap, nilai dan pandangan tertentu. Bagi Ali Ahmad (1994) karya sastera terkandung di dalamnya nilai-nilai estetika atau keindahan manakala bahasa sastera lahir bersama-sama pembinaan rasa, cita-cita, imaginasi kehidupan, dan fikiran. Selain itu karya sastera tidak dapat lari dari membawa bersamanya unsur nilai yang ada perkaitan dengan keagamaan, kebudayaan, dan kemasyarakatan. Pembaca memiliki kebebasan dalam menganalisa dan memahami sesuatu karya sastera terutamanya pantun. kadang-kadang satu rangkap pantun saja boleh menyampaikan mesej yang pelbagai mengikut pemahaman pembaca. Berdasarkan rangkap pantun Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya, hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya. salah satu cara menafsirkannya ialah dengan melihat kata kunci maksud pantun tersebut "mati" dan "kubur" yang pada umumnya mengungkapkan tentang manusia. Pantun ini boleh saja ditafsirkan sebagai bidalan dan perumpamaan kepada perhubungan individu dengan individu lain (saudara/sahabat) yang sudah sekian lama terpisah dan terputus hubungan sehingga tidak dapat diketahui individu tersebut masih hidup atau sudah meninggal. | Lain-lain | 30.05.2017 |
Pihak kami sedang menjalankan kajian bertajuk 'Stesen Bandar di Bandar Taiping, Perak'. Konsep stesen bandar ini berasal daripada negara Jepun iaitu 'Machinoeki' (Human station) di mana kedai-kedai atau bangunan awam seperti bangunan kerajaan menyediakan perkhidmatan tandas percuma, informasi bandar, dan tempat rehat (seperti menyediakan kerusi) supaya boleh digunakan sebagai tempat persinggahan bagi sesiapa sahaja termasuk pelancong dan penduduk tempatan. Istilah 'Stesen Bandar' diguna pakai di dalam kajian ini setelah istilah 'Human Station' diterjemah secara langsung kepada Bahasa Melayu. Soalan kami di sini adakah perkataan 'stesen' sesuai digunakan bagi menerangkan konsep di atas? Ini kerana, melalui semakan yang dibuat di laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan 'stesen' bermaksud: (1) tempat khas bagi kenderaan penumpang; ATAU (2) bangunan atau binaan tempat memancarkan siaran radio atau tempat membekalkan tenaga elektrik Sehubungan dengan itu pihak kami memohon khidmat nasihat pihak DBP mengenai penggunaan perkataan 'stesen' di dalam konsep yang diterangkan di atas. Sekian, terima kasih. | Daripada penerangan konsep yang diberikan berhubung dengan penggunaan Human Station, pihak kami mencadangkan menggunakan perkataan Pusat Perkhidmatan atau Pusat Kemudahan berbanding dengan menggunakan stesen bandar. | Tatabahasa | 15.08.2017 |