Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak menghormati; menganggap rendah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, frasa manakah yang betul: "memandang rendah rakan pasukan mereka" atau "memandang rendah TERHADAP rakan pasukan mereka"? Diperlukah kata sendi nama "terhadap", sedang kata "memandang" kata kerja transitif yang diikut lantas oleh objek "rakan pasukan mereka"?Frasa yang betul ialah "memandang rendah terhadap rakan pasukan mereka". Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 281, ayat contoh 329.Tatabahasa04.09.2015
Ayat : Sikap sesetengah orang Melayu yang memandang rendah terhadap keupayaan bahasa Melayu amat dikesali soalan: sesuaikah perkataan "terhadap" dalam ayat tersebut digunakan. Bukankah sepatutnya perkataan "tentang" digunakan? ini kerana perkataan "keupayaan" ialah kata abstrak/Kedua-dua boleh digunakan.Tatabahasa20.09.2007
Salam sejahtera 1. Memandang ringan terhadap sesuatu isu 2. Memandang rendah terhadap sesuatu isu Dengan rujukan di atas, adakah kedua -dua ayat membawa maksud yang sama ? Terima kasih

Kedua-dua ayat tersebut membawa maksud yang berbeza

Memandang ringan – memandang remeh

Memandang rendah – menganggap seseorang atau sesuatu hina dan tidak setanding dengan yang lain.

(Sumber: Kamus Dewan Perdana)

Lain-lain01.09.2022
apakah maksud perkataan daif? bolehkah anda bagi contoh ayat yang menggunakan perkataan daif dan laif?? terima kasihMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan daif bermaksud cacat, hina, dan lemah, contoh ayat: Tidak baik jika kita memandang rendah kepada orang yang daif.Makna01.04.2010
Yang manakah lebih sesuai/betul bagi ayat-ayat di bawah? (Lihat lampiran) Saya mabuk pada malam itu. Saya mabuk malam itu. Awak ketawa pada saya? Awak ketawakan saya? Awak tertawakan saya? Apa patut saya lakukan? Apa saya patut lakukan? Saya tak boleh hilang muka di sini! Saya tak boleh jatuh air muka (di sini)! Jangan buatkan warga asing pandang rendah pada kita! Jangan biar warga asing pandang rendah terhadap kita! Berikan saya masa. Beri saya masa. Saya perlukan rehat. Saya berehat sekejap. (I need a break) Saya bencikan dia. Saya benci dia. Saya sangat kesunyian Saya amat sunyi. Bolehkah perkataan 'ke' digunakan seperti di bawah dalam penulisan tak rasmi? Seronok ke? Adakah sesuai untuk menggunakan perkataan 'tu' 'ni' 'dah' untuk sari kata di televisyen? Saya sering nampak perkataan-perkataan ini digunakan. Terima kasih.Ayat yang betul:

1. Saya mabuk pada malam itu
2. Apa patut saya lakukan?
3. Ayat ini kedua-duanya salah
4. Jangan biarkan warga asing memandang rendah terhadap kita!
5. Berikan saya masa
6. Saya memerlukan rehat
7. Saya benci akan dia
8. Saya sangat kesunyian
9. Untuk penulisan tidak rasmi, terpulang kepada penulis. Sungguhpun begitu, kami menggalakan penggunaan perkataan dan ayat yang tepat dari segi tatabahasa.
10. Untuk penggunaan kata di televisyen, ejaan perkataan yang penuh mesti digunakan. 
Tatabahasa30.08.2017
Beza antara perkataan 'melihat' dan 'memandang'.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, melihat bermaksud 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid. Memandang pula ditakrifkan sebagai 1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai.Istilah03.12.2009
Encik, Mengapakah soalan yang saya kemukakan kepada pihak DBP tidak mendapat jawapan yang konkrit? Misalnya dua soalan saya yang terakhir: Encik, Adakah penggunaan perkataan 'memandang' dalam ayat yang berikut betul? * Banyak orang sedang memandang kemalangan yang ngeri itu. Jika salah, apakah perkataan yang sesuai digunakan? Terima kasih. Dalam ayat yang diberikan, perkataan yang lebih sesuai ialah "menyaksikan". (Pihak encik tidak menjawab sama ada penggunaan 'memandang' dalam ayat saya betul atau sebaliknya) Dalam soalan terakhir saya, pihak encik memberikan maksud 'stayback' ialah berada. Bukankah perkataan 'stay' barulah bermaksud berada. Terima kasih.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, memandang mempunyai 4 takrifan, iaitu :

1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak;

2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua;

3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta;

4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai.

Berdasarkan contoh ayat yang saudara berikan, perkataan yang tepat dan sesuai  ialah menyaksikan kerana maksud menyaksikan ialah 1. melihat (menghadiri dll) sbg saksi, melihat (menghadiri dll) sendiri: mereka berkahwin dgn disaksikan oleh ibu bapa mereka; 2. melihat (sendiri): orang yg datang utk ~ permainan itu makin bertambah; konsep inilah yg telah diterapkan, dan akibatnya masih dapat disaksikan hingga ke masa kini.  

Untuk makluman saudara, sesuatu perkataan yang hendak digunakan perlu juga melihat bidang dan konteks ayat . Begitu juga  dengan perkataan stay back, padanan yang sesuai untuk contoh ayat yang saudara berikan ialah berada. Stay mempunyai pelbagai maksud. Sila rujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan untuk maklumat lanjut.   

Tatabahasa15.01.2010
Bina ayat: merendahkan: Kehadiran pengemis-pengemis itu telah MERENDAHKAN imej negara. Adakah penggunaan MERENDAHKAN dalam ayat di atas betul? Terima kasih.Ayat di atas betul kerana perkataan merendahkan bermaksud memandang atau menganggap rendah sesuatu atau seseorang.Tatabahasa15.09.2009
Betulkah penggunaan frasa 'merasai'dan 'merasakan' di bawah: 1) Saya biarkan kamu merasai sedikit tekanan dengan membayar upah rendah bagi setiap jam. 2) Akhirnya saya memandang ke arah lain selepas merasakan yang saya sudah memahami mesejnya.Penggunaan kedua-dua perkataan (merasai dan merasakan) dalam ayat tersebut betul. Untuk maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=merasakan.Tatabahasa08.03.2012

Kembali ke atas