Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.mang] | ميمڠ

Definisi : (mémang) sesungguhnya, sebenar­nya, sewajarnya, sudah sepatutnya begitu: ~ benar perkataan engkau itu; Zahar ~ selalu datang ke rumahnya; dihitung dr segi agama suaminya ~ berhak beristeri lagi; sememangnya 1. sebenarnya, sesungguh­nya: kami ~ berharap utk sehidup semati; 2. sepatutnya, sewajarnya: ia ~ harus bersuka ria dlm keadaan serupa itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.mang] | ميمڠ

Definisi : /mémang/ sudah begitu halnya; sudah tentu: ~ benar kata guru itu. sememangnya sesungguhnya; sebenarnya: Budak itu ~ nakal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
memang (kata tugas)
Bersinonim dengan sungguh, sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul, tentu sekali, tentu, pasti, cengki, cengli;,
Kata Terbitan : sememangnya,

Puisi
 

Tanah rencah memang rendah,
     Tinggilah gunung rendah bukit;
Saya memandang sangatlah indah,
     Tapi sudah ada penyakit.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Tingkalak menghadap mudik,
     lukah menghadap hilir.

Bermaksud :

Memang sudah begitu adatnya sejak dulu. tingkalak = bubu.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Swie Lan memang/sahaja suka berjoging pada waktu petang. Mengapa jawapan memang betu? atau mengapa jawapan sahaja salah?Perkataan "memang" sesuai dalam konteks ayat tersebut. Sila rujuk kamus dan lihat perbezaan makna memang dan sahaja.Tatabahasa30.07.2012
memang 'pengkongsian' perkataan yang tepat ye? bagaimana pula dengan 'perkongsian'Kata terbitan berkongsi menerbitkan pula kata perkongsian, tidak kata mengkongsi bagi menerbitkan kata pengkongsian.Tatabahasa14.12.2012
Memang betul perkataan "glamor" masih digunakan dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan. Guru sekolah berkata bahawa perkataan "glamor" tidak boleh digunakan dalam karangan kerana dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tiada dam ini bermaksud perkataan tersebut telah dibubarkan. Bolehkah saya tahu bahawa adakah perkataan "glamor" boleh digunakan semasa PMR?Kata glamor terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Perkataan ini telah lazim digunakan dalam penulisan umum.Lain-lain19.02.2008
Tuan, 1) Kata "memang" ialah kata penguat atau kata bantu? 2) Adakah ayat di bawah gramatis? Nenek saya memang gemar lagu-lagu keroncong. Sekian, terima kasih. Cik Ooi

1. Perkataan memang ialah kata keterangan.  

2. Ayat yang betul ialah "Nenek saya memang gemar mendengar lagu keroncong". 

Tatabahasa14.03.2009
hanya,memang,sahaja termasuk dalam kategori apa?Kata tersebut tergolong dalam kata tugasTatabahasa26.05.2010
saya memang minat untuk menulis,boleh tak beri saya beberapa tip untuk menulis dengan betul.. anak noor

Untuk menghasilkan karya yang baik berikut disenarai beberapa tip khususnya dalam penulisan kreatif, iaitu puisi, cerpen, novel dan drama:

1. Karya mengandungi pemikiran dan perasaan

2. Karya diolah dengan keindahan bahasa yang baik

3. Karya mempunyai nilai-nilai murni

4 Karya mampu merangsang pemikiran pembaca

Untuk makluman, puan boleh merujuk beberapa buah buku panduan penulisan yang telah diterbitkan oleh DBP. Sekian, terima kasih 

Lain-lain02.07.2009
Salam 1Malaysia, saya memang menyedari bahawa frasa adjektif 'paling baik sekali' memang menyalahi hukum tatabahasa Melayu. Walakin, baru-baru ini anak didik saya menyatakan bahawa frasa tersebut boleh diterima pakai mengikut guru bahasanya. Adakah pernyataannya betul ataupun sebaliknya. Sila berikan penjelasan yang jelas untuk menegakkan kesahihan pernyataannya. Sekian. Munsyi K'SevenTerdapat tiga jenis kata penguat: A. kata penguat hadapan, iaitu yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup; contoh ayat: pokok itu terlalu tinggi; masakannya paling enak;pemandangan di tasik itu cukup indah; harga emas makin mahal; jawapannya kurang tepat;B. Kata penguat belakang, iaitu kata yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul dan nian. Contoh ayat: kelakuannya baik sekali; lambat benar dia datang; indah nian istana bunian; keputusan peperiksaannya buruk betul; C. Kata penguat bebas, iaitu letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat, sangat, dan sungguh.Tatabahasa28.03.2013
Adakah perkataan "memang" merupakan kata penguat? Jika bukan, sila nyatakan penggolongan kata untuk perkataan ini. Terima kasih.Perkataan "memang" tergolong dalam kata keterangan.Istilah23.03.2009
Memang sudah menjadi lumrah alam sejak zaman-berzaman, yang hilang pasti digantikan . apakah kesalahkan pada digantikan? TQ, tuan.Perkataan 'digantikan' perlu ditukar kepada 'berganti'. Ayat yang betul ialah 'Memang sudah menjadi lumrah alam sejak zaman-berzaman, yang hilang pasti berganti'. Sekiranya digantikan digunakan, ayat tersebut perlu ada sambungannya, contohnya 'digantikan oleh orang lain'.Tatabahasa07.02.2012
1) Dia memang mempunyai bakat dalam pidato. a) keupayaan b) kemahiran c) kecekapan Soalan: Jawapan yg tepat untuk bakat ialah...? 2) Masyarakat Minang kuat berpegang / memegang kepada adat Pepatih. Soalan: berpegang atau memegang? Harap dpt memberi penjelasan. 3) Baju yang dijahit oleh ibunya itu amat cantik sekali. Soalan: Adakah ayat ini betul? Bolehkah ada dua kata penguat di dalam satu ayat? 4) Puan Rozita___mata pelajaran Sains. Soalan: Dlm konteks ini, mengajar atau mengajarkan? Terima kasih.

1. Tidak mempunyai jawapan. Ayat yang betulnya ialah 'dia memang mempunyai bakat dalam berpidato atau dia memang berbakat dalam pidato'. 2. Masyarakat Minang kuat berpegang pada adat Perpatih. 3. Baju yang dijahit oleh ibu sangat/ amat cantik sekali. 4. Puan Rozita mengajarkan mata pelajaran Sains. Harap maklum.

Tatabahasa20.06.2008
12345678910...

Kembali ke atas