Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
memang (kata tugas)
Bersinonim dengan sungguh, sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul, tentu sekali, tentu, pasti, cengki, cengli;,
Kata Terbitan : sememangnya,

Puisi
 

Bunga raya di atas peti,
     Bunga melur di atas batu;
Memang ada niat di hati,
     Hendak menyunting bunga yang satu.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan di antara komsas pra dan pasca tahun 2000?

Saudara,

Memang ada perbezaan antara sebelum dan selepas pelaksanaan KOMSAS, walaupun unsur sastera telah diperkenalkan secara formal dalam mata pelajaran bahasa Melayu dari tingkatan 1 hingga 5, sejak tahun 1987, namun teks sastera tidak dijadikan komponen wajib yang perlu dipelajari oleh semua pelajar,  dan diajar dalam konteks unsur sastera yang asas sehingga keberkesanan dan pelaksanaannya tidaklah mantap seperti yang diharapkan.

Kurikulum bahasa Melayu telah disemak semula dan  seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani maka diperkenalkan  KOMSAS  bermula Mac tahun 2000, secara berperingkat-peringkat bermula tingkatan 1 dan 5 dan diwajibkan kepada semua pelajar bermula tahun 2002. Melalui KOMSAS  mata pelajaran bahasa Melayu mengandungi dua komponen, iaitu komponen bahasa dan komponen sastera. karya-karya sastera yang bermutu dan sesuai dengan tahap pembaca telah dipilih dan dijadikan teks wajib yang perlu dipelajari oleh para pelajar.  KOMSAS lebih berkesan dalam  pengajaran dan pembelajaran ilmu kesusasteraan dan diajar secara sistematik.

Pelaksanaan Kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran bahasa Malayu juga dapat memberi pendedahan kepada para pelajar tentang aspek-aspek asas dalam memahami genre sastera antaranya:

- mengenal genre cerpen, novel, drama dan prosa tradisional

- mengenal puisi moden dan puisi tradisional

- memahami istilah kesusasteraan bagi karya prosa dan puisi

- memahami binaan dan teknik plot

- menilai dan mengulas mesej, pengajaran, nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan

- menaakul tema dan pemikiran, mesej dan pengajaran, serta nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan

- menilai dan mengulas gaya bahasa, unsur bunyi dan nada.

 

Sastera28.05.2011
Saya sangat berminat dalam bidang penulisan, bagaimanakah caranya untuk mendapat khidhmat bimbingan daripada DBP.DBP memang ada menganjurkan bengkel penulisan. Sila hubungi Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain05.11.2007
Minta adakan sistem mencari makna dan maksud bagi setiap perkataan, maksud saya seperti kamus online ia boleh memberi kemudahan kepada saya untuk membandingkan ayat-ayat lama dengan yang baru? Terima kasih.

Puan Norsuhaida,

Terima kasih atas pandangan ini. Sebenarnya kami memang ada menyediakan khidmat seperti yang dinyatakan. Sila ke Laman Dewan Bahasa dan Pustaka - prpm.dbp.gov.my

Lain-lain30.06.2010
Bagaimana kita hendak mengenal pasti panggilan hormat untuk tetamu-tetamu jemputan seperti yang berbahagia, yang berusaha, yang dihormati..dan sebagainya.Yang Berhormat ialah rujukan hormat untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat) yang kebiasaannya memang ada gelaran , Yang Berbahagia untuk jemputan yang ada gelaran kehormat seperti Tan Sri, Tan Seri, Dato', Datuk, tetapi bukan Wakil rakyat, sementara Yang Berusaha ialah rujukan kehormat untuk pengerusi majlis atau penganjur majlis. Harap maklum.Istilah22.08.2006
Salam sejahtera, tuan..soalan saya ialah baru-baru ini saya ada mendengar satu pendapat yg mengatakan tiada apitan 'di- ... -kan', contohnya: dilupakan, dikecewakan. Kecuali dimakan. Sebaliknya, perkataan-perkataan itu hanya digunakan seperti 'dilupa', 'dikecewa' dll. Benarkah? Terima kasih.Apitan di-...-kan ialah bentuk pasif meN-...-kan. Bentuk apitan ini memang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan segala ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan di- dan -kan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 202.Tatabahasa07.09.2012
Tuan, Baru-baru ini, pihak sekolah telah menerima surat pekeliling kononnya perkataan 'penglibatan' 'penglihatan' yang selama ini kita gunakan sudah tidak wujud sebaliknya perkataan yang tepat ialah 'pelihatan' dan 'pelibatan' kerana kedua-dua perkataan tersebut berasal daripada perkataan melihat atau melibatkan diri. Akan tetapi, apabila saya menyemak Kamus Dewan memang ada perkataan penglihatan dan penglibatan. Bolehkah tuan tolong berikan sedikit tunjuk ajar? Sekian, terima kasih.

Encik Chan,

Setakat yang kami tahu tidak ada pekeliling seperti yang dinyatakan. Harap berikan penjelasan dari mana tuan mendapat pekeling tersebut.

Ejaan09.06.2010
Saya ingin bertanya tentang Perisian Untuk Terjemahan, ada tak digunakan di DBP sebagai rujukan? Jika ada boleh saya tahu nama perisian serta butirannya... Jika dijual oleh pihak DBP, boleh saya dapatkan butirannya? Terima kasih.

Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menggunakan sebarang perisian untuk terjemahan.  Saudara boleh berhubung dengan Institut Terjemahan Negara untuk mendapatkan bantuan, atau saudara juga boleh mendapatkan bantuan daripada Prof. Dr. Zaharin di Universiti Multimedia, atau saudara juga boleh menghubungi Universiti Sains Malaysia.  Untuk pengetahuan saudara, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Multimedia memang ada membangunkan perisian untuk terjemahan.

Lain-lain17.02.2009
1) Istilah 'merbahaya' diterima ? Kamus Dewan edisi 4 memasukkan entri perkataan ini sedangkan yang tepat bukankah 'berbahaya'. Perkataan ini juga terdapat dalam Lembar bahasa Bil 3/2000 keluaran Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam. 2) Adakah Pusat ini mengedarkan Lembar Bahasa secara terus ke sekolah-sekolah dari semasa ke semasa ? Ini adalah penting kerana sebarang perubahan dan kemusykilan dapat dijawaboleh guru-guru bahasa.

1. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, memang ada merakamkan istilah merbahaya tetapi ditulis sebagai merbahaya -> marabahaya. Untuk makluman saudara, tanda  anak panah  (->) bererti lihat. Oleh itu perkataan yang betul ialah marabahaya. Untuk maklumat lanjut, rujuk Panduan Penggunaan Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman xlix.

2. Untuk mendapatkan Lembar Bahasa, saudara boleh  datang sendiri ke Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Tingkat 25, Menara DBP. 

Istilah08.02.2010
1. kesedaran mengamalkan makanan sihat memang telah ada tetapi belum memuaskan, kebanyakkannya hanya mula menjaga atau mengubah tabiat makan bila telah menghidap penyakit walaupun ramai tahu mencegah adalah ubat yang paling baik sekali. 2. di zaman ini, adalah sangat sukar sekali untuk seseorang itu merealisasikan sesuatu maklumat. apa yang di klasifikasikan sulit dan rahsia, boleh menjadi pengetahuan umum dan mudah sekali menyebar ke pelusuk dunia. cuma hanya dalam sekelip mata sahaja. 3. adalah menjadi tanggung-jawab syarikat otomatif mempastikan keadaan kenderaan sentiasa berada ditahap terbaik sekali. sebelum dibenarkan bergerak di jalanraya dimana ini wajar menjadi pra-syarat utama sebelum kereta tersebut terjual. 4. akibat penceraian menyebabkan anak-anak akan menjadi liar atau sebaliknya menjadi pendiam dan pendendam, sebagai akibat perbuatan bapa yang kerap melepaskan ketik puas hati kepada anak-anak dengan memukul, menumbuk dan menendang dengan tujuan untuk menghilangkan fikiran terhadap kes penceraan itu. 5. mereka perlu mengenal pasti halangan-halangan yang mungkin mereka menghadapi supaya pencapaian yang mereka perolehi itu lebih baik.Sila jelaskan soalan saudara.Lain-lain08.12.2011
SOALAN 1 : ADAKAH WUJUD PERKATAAN 'ALAT CARA'? JIKA ADA APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ISTILAH TERSEBUT?

Encik Shahrul Azlan,

setakakat yang diketahui memang tidaka ada, tetapi ada kemungkinan penterjemah membuat terjemahan bagi tools sebagai  alat cara.

Istilah05.07.2010
123456789

Kembali ke atas