Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.ni.fés.ta.si.kan] | ممانيفيستاسيکن

Definisi : melahirkan, memperli­hatkan, menunjukkan, menjadikan nyata: has-rat ini dimanifestasikan oleh seorang penulis yg tidak dikenali pd tahun 1814; watak yg secara lebih giat ~ rasa kekecewaan; dlm solatnya dia sentiasa ~ dan selalu pula mem-baharui ikrarnya kpd al-Khaliq; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.ni.fés.ta.si.kan] | ممانيفيستاسيکن

Definisi : melahirkan, menjelaskan atau menyatakan sesuatu: Watak yg ~ rasa kecewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memanifestasikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
BILA DAN BAGAIMANA PERKATAAN MANIFESTASI BOLEH DIGUNAKANMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, manifestasi bermaksud perbuatan (ucapan dll) yg memperlihatkan (menjadikan nyata) sesuatu; memanifestasikan melahirkan, memperli­hatkan, menunjukkan, menjadikan nyata: Contoh ayat, hasrat ini dimanifestasikan oleh seorang penulis yg tidak dikenali pd tahun 1814; Watak yg manifestasi rasa kecewa. Penggunaannya bergantung kepada konteks ayat.Lain-lain30.04.2010
saya nak tahu makna dan penggunaan perkataan berikut: 1.Paradoks 2.Resis 3.Dangkal 4.Wahana 5.Manifestasi 6.Wadah 7.Sirna 8.Mencanai 9.Juntai 10.Ugama

1. Paradoks - sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum: tampak kepada kita suatu paradoks yang mencolok.  2. Resis - perkataan ini tidak ada dalam sumber rujukan kami.  3. Dangkal -  tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam (tentang sesuatu), atau cetek: saya tidak berani mengatakan yang dia dangkal dalam hal tersebut.   4.  Wahana - saluran atau perantaraan yang memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai): bahasa baku sajalah yang layak menjadi bahasa ilmu utk wahana pemikiran dan untuk pengembangan budaya bangsa5. Manifestasi -  perbuatan (ucapan dan sebagainya) yang memperlihatkan (menjadikan nyata) sesuatu;  watak yg secara lebih giat memanifestasikan rasa kekecewaan   6.Wadah -  alat, atau saluran (untuk melakukan atau menyampaikan sesuatu): pihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi wadah untuk para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar pendapat   7. sirna - hilang, lenyap, musnah   8. Mencanai membentuk, mengacu, menyesuaikan, menyelaraskan: undang-undang baru ini telah dibuat untuk membolehkan kerajaan mencanai surat khabar supaya bersesuaian dgn demokrasi terpimpin   9. Juntai - bergantung bergerak-gerak atau berayun-ayun: kakinya juntai ke bawah   10. Agama - 1. kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: agama Islam 2. kepercayaan pada sesuatu dewa dan lain-lain. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan makna-makna lain bagi setiap entri tersebut.

Makna02.08.2009

Kembali ke atas