Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.jang] | ممنجڠ

Definisi : 1. menjadi panjang (lanjut): spring itu ~; tepuk tangan yg ~; 2. mengikut panjang, membujur: potong sekeping kain ikut tepi atau ~; 3. terletak dll mengikut panjang, tidak melintang: di ampaian di tepi beranda yg ~ bangunan itu bergantungan pakaian kerja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.jang] | ممنجڠ

Definisi : 1 menjadi panjang: Apabila kamu sudah dewasa, rambut dan kuku kamu akan terus tumbuh ~. 2 terletak mengikut panjang sesuatu; tidak melintang: Banjaran Gunung Titiwangsa ~ dr utara Perak-Kelantan sampai ke selatan Negeri Sembilan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
dapat memanjang dan mengecutUntuk makluman saudara entri kamus rujukan kami ialah perkataan bukan makna perkataan yang dikehendaki. Sila rujuk entri kamus satu per satu untuk melihat dan mendapatkan maksud yang dikehendaki.Lain-lain07.04.2010
Saya Khairiyah Binma' belajar Bahasa saya Ingin bertanya tentang bahasa Apakah makna MembujurMembujur bermaksud:

1. Terletak memanjang
2. Mengikut panjang atau memanjang
Makna06.11.2015
tuan, belon itu semakin _________apabila udara ditiup ke dalamnya. (memanjang, mengembang, membesar) tuan mana satu perkataan yang sesuai digunakan? tqBelon itu semakin mengembang apabila udara ditiup ke dalamnya. Tatabahasa20.09.2011
Saya Khaireeyah Binmak Saya belajar bahasa melayu dan Saya ingin bertanya tentang bahasa Apakah makna membujurMenurut data kami, maksud perkataan membujur ialah terletak mengikut panjangnya; memanjang: Banjaran Titiwangsa membujur dari utara hingga ke selatan Semenanjung Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=membujurMakna04.11.2015
Salam sejahtera. Apakah terjemahan yang sejadi untuk perkataan 'endcap'? Perkataan ini merujuk kepada satu unit rak pameran barang jualan yang terletak di permulaan atau hujung rak utama (memanjang). Untuk tujuan pemasaran, barang jualan diletakkan di rak ini kerana lebih mudah dilihat pelanggan. Adakah sesuai untuk saya gunakan perkataan tukup hujung ( banyak digunakan dalam bidang kejuruteraan)? Pilihan terjemahan yang dapat saya fikirkan: -rak hujung -unit hujung rak - rak apit hujung atau terjemahan lain yang lebih sesuai; mohon bantuan. Terima kasih.Setakat ini istilah yang ada bagai terjemahkan "end cap" ialah tukup hujung. Boleh juga menggunakan istilah ini.Penyemakan dan penterjemahan17.06.2014
secarik baju perkataan ini boleh tak carik boleh digunakan dalam baju?

Carik bermaksud cabik atau koyak memanjang atau berlubang-lubang kecil yang biasanya merujuk kepada kain, kertas dan lain-lain. Perkataan secarik pula merupakan penjodoh bilangan. Berdasarkan makna tersebut, penggunaan secarik baju tidak betul, sebaliknya yang betul ialah secarik kain.  

Makna17.10.2021
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Jangan membaca buku dalam cahaya yang malap. 2. Jurulatih melatih kami dengan tegas. 3. Bahan yang mudah meletup mesti dijauhi daripada api. 4. Kerusi-kerusi di dalam dewan telah disusun memanjang. 5. Dia menamakan kucingnya Si Comel. 6. Para penjaja takut akan Mak Cik Aishah yang suka menawar. 7. Pekerja itu didapati berniat menderhaka kepada / terhadap majikannya. 8. Mereka mengasingkan buah catur putih daripada / dengan buah catur hitam. Terima kasih.Berikut merupakan ayat yang betul setelah pindaan dibuat.

1. Jangan membaca buku dalam cahaya yang malap.
2. Jurulatih melatih kami dengan tegas.
3. Bahan yang mudah meletup mesti dijauhi daripada api.
4. Kerusi-kerusi di dalam dewan telah disusun memanjang.
5. Dia menamai kucingnya Si Comel.
6. Para penjaja takut akan Mak Cik Aishah yang suka menawar.
7. Pekerja itu didapati berniat menderhaka terhadap majikannya.
8. Mereka mengasingkan buah catur putih dengan buah catur hitam.
Tatabahasa04.03.2013
Adakah perkataan 'promotor' dalam bahasa melayu? adakah perkataan ini bermaksud 'promoter' dalam bahasa inggeris? apakah perkataan yg sesuai digunakan untuk merujuk kepada promoter?Untuk makluman, perkataan "promotor" terdapat dalam istilah bidang Biologi yang bermaksud otot protraktor, iaitu otot yang sebahagiannya memanjang keluar daripada badan. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "promoter" bermaksud 1. orang atau pihak yang menganjurkan atau membiayai sesebuah kegiatan, mis acara sukan, penganjur; 2. orang yang berusaha mem­perkenalkan dan menggalakkan penjualan sesuatu barangan. Istilah bahasa Melayu yang lain untuk "promoter" ialah penggalak.Istilah18.04.2014
Apakah maksud jalan lurah/jalurah dan dramatari dlm bahasa Melayu? Adakah masing2 sepadan dgn perkataan viaduct dan theatre dance dlm bahasa Inggeris? Terima kasih.

1.    Perkataan “jalurah” tiada dalam kosa kata bahasa Melayu, manakala perkataan “lurah” bermaksud tanah rendah yang memanjang dan sempit, terletak di antara dua buah bukit atau gunung, dan biasanya terdapat sungai yang mengalir melaluinya. (Rujukan, Kamus Dewan Perdana halaman 1369).

 

2.    Padanan untuk bahasa Inggeris “viaduct” ialah “jejambat” dalam bidang Geografi dan kejuruteraan.

 

3.     Padanan untuk istilah bahasa Inggeris “theatre dance” ialah  persembahan tarian dalam bidang kesenian.

 

(Rujukan, Kamus Dewan Perdana dan Pusat Rujukan persuratan Melayu PRPM)
Makna19.08.2024
lihat lampiran
1. Perkataan adit terdapat dalam istilah bidang Geologi dan huraian yang diberikan ialah "Laluan mendatar daripada permukaan tanah ke sebuah lombong."

2. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, adit diterjemahkan sebagai kolong.

3. Kamus Dewan Perdana pula mentakrifkan kolong sebagai "lubang yg besar dan memanjang di dlm tanah, lombong dll"

Semoga maklumat yang diberikan ini bermanfaat.
Istilah19.05.2023
12

Kembali ke atas