Apakah terjemahan yang tepat bagi "forward an email"? Terima kasih. | Forward an email boleh diterjemahkan kepada "memanjangkan e-mel". | Penyemakan dan penterjemahan | 28.08.2015 |
Adakah penggunaan kata sendi "di" bagi ayat berikut betul? 1. pegawai yang boleh dihubungi berkaitan perkara di atas adalah.... 2. ...memanjangkan perkara tersebut kepada semua kakitangan di bawah seliaan tuan | Salam sejahtera, Penggunaan kata "di" bagi contoh ayat satu dan dua adalah tepat. Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 04.03.2020 |
Salam, Soalan saya merujuk kepada ayat di bawah: "Beg udara menghalang pemandu dan penumpang daripada merempuh stereng dan papan pemuka dengan memanjangkan masa impak semasa perlanggaran." Adakah perkataan 'merempuh' sesuai digunakan? Jika tidak, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikannya? Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan"rempuh" membawa maksud perbuatan melanggar seseorang atau sesuatu, biasanya dengan agak kuat sehingga terbalik, cedera, rosak dan sebagainya. Oleh itu, perkataan "merempuh" dalam ayat ini boleh digunakan. | Tatabahasa | 21.02.2022 |
Assalamualaikum, Mohon panduan untuk membantu kami menterjemahkan satu tagline untuk Khazanah Nasional ke Bahasa Melayu: - Building True Value. Bagi pihak Khazanah, saya terlebih dahulu memanjangkan ucapan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh pihak DBP. | Salam Saudara. Perkataan "true" boleh bermaksud sama ada benar, betul, tulen, asli, jati, setia, tepat atau sebenar. Setelah menyemak slogan "Building True Value" yang digunakan oleh pihak Khazanah dalam laporan tahunan dan sambutan ulang tahun ke-20 (1994-2014), maka antara cadangan terjemahan slogan tersebut termasuklah "Membina Nilai Kesetiaan" dan "Membina Nilai Kejatian". | Penyemakan dan penterjemahan | 11.06.2014 |
Assalamualaikum, Mohon panduan untuk membantu kami menterjemahkan istilah kewangan berikut ke Bahasa Melayu: - Global Custodian - Cross Border Non Affiliated – Top Rated in Emerging Markets Saya terlebih dahulu memanjangkan ucapan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh pihak DBP. | Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah kewangan yang dikemukakan. Istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami adalah seperti yang berikut: 1. global - sejagat/global, custodian - penjaga/penyimpan Cadangan terjemahan: penjaga sejagat/penjaga global 2. cross - rentas/silang, border - sempadan, non - tidak/bukan, affiliated - tergabung Sila berikan konsep istilah ini sekiranya memerlukan cadangan daripada pihak kami. 3. emerging - memuncul/bangkit, market - pasaran Cadangan terjemahan: tempat tertinggi dalam pasaran memuncul/tahap tertinggi dalam pasaran yang baru muncul | Istilah | 19.03.2013 |
"ia" ialah perkataan ganti nama diri ketiga. Namun ramai penulis menggunakan 'ia' di dalam ayat dengan tujuan memudahkan penulis merujuk kepada subjek atau isu yang diperbincangkan tanpa perlu mengulang-ulang subjek/isu walhasil memanjangkan ayat tersebut. Di dalam konteks ini, ramai penulis mengguna 'ia' untuk mengganti 'it', dan penggunan sedemikian rupa bertaburan di dalam penulisan-penulisan teknikal. Harap DBP perjelaskan penggunaan ayat 'ia' yang betul. | Ia, kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada benda/subjek yang dibicarakan. | Tatabahasa | 15.09.2011 |
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=invader&d=205708 Pentakrifan bahasa Melayu untuk perkataan "invader" adalah salah. Sila semak. | Terima kasih di atas kepekaan puan dalam hal ini. Pihak kami ambil maklum dan akan memanjangkan hal ini kepada bahagian yang berkenaan. Keprihatinan puan dalam perkara ini amat dihargai. Sekian. | Istilah | 10.11.2019 |
Asm Saya mohon istilah "software-defined networking" dalam bahasa Malaysia. Carian di web istilah tiada perkataan tersebut. Sekian, terima kasih. | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan bahasa Melayu bagi istilah software-defined networking. Pihak kami akan memanjangkan pertanyaan tuan kepada bahagian yang menguruskan pembentukan istilah dan akan menjawab pertanyaan tuan melalui e-mel.
| Penyemakan dan penterjemahan | 15.08.2018 |
Salam, perkataan salah eja masih wujud malah digunakan sebagai contoh ayat. Seperti perkataan yang salah eja "naskah", harap-harap PRPM boleh membetulkan kesalahan seperti ini. Terima kasih. | Terima kasih, kami ambil maklum saranan tuan/puan. Pihak kami akan memanjangkan isu ini kepada bahagian yang bertanggungjawab untuk penambahbaikan. | Lain-lain | 27.10.2021 |
Assalamualaikum, Saya telah mengunjungi http://prpm.dbp.gov.my/ dan mencuba untuk mendapatkan maksud komputer dan tulisan jawi untuk komputer. Apa yang mengecewakan, komputer ditulis sebagai " کروسي" dengan sebutan "[ke.ru.si]". Mohon dibetulkan, | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Kami telah memanjangkan perkara ini kepada pihak yang berwenang untuk diambil tindakan segera. | Lain-lain | 09.01.2018 |