Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mas.ti.kan] | ممستيکن

Definisi : menyatakan dgn pasti, menen­tukan (menetapkan) dgn pasti: yg dapat dipastikan hanyalah badannya amat tegap; seseorang pemberita mesti ~ dahulu fakta-faktanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mas.ti.kan] | ممستيکن

Definisi : menentukan sesuatu dgn pasti; mengatakan dgn pasti: Kita tidak dpt ~ pasukan mana yg akan menang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasti (adjektif)
Bersinonim dengan tentu, mesti, sah, sahih, tidak boleh tidak, nescaya, yakin, percaya, sabit, nyata, terang, muktamad, positif, definitif, tepat, betul, benar;,
Kata Terbitan : memastikan, kepastian, pemastian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
manakah perkataan yang betul, 'mempastikan' ataupun 'memastikan'?Memastikan.Tatabahasa28.10.2009
pengunaan ayat yg manakah betul. Mempastikan atau memastikanMemastikan.Lain-lain16.10.2008
Apa perbezaan antara nilai estetika dan estetik? Adakah ayat ini betul? a) Bukan sekadar memastikan ruangan itu mempunyai nilai estetika, tetapi awak juga perlu memastikan ruangan tersebut berfungsi dan praktikal. b) Bukan sekadar memastikan ruangan itu mempunyai nilai estetik, tetapi awak juga perlu memastikan ruangan tersebut berfungsi dan praktikal.

Berdasarkan makna yang dipetik daripada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 586, perkataan estetik merupakan kata adjektif yang bermaksud keindahan, terutamanya dalam karya seni, seperti lukisan, sajak atau filem. Perkataan estetika pula merupakan kata nama yang merujuk keindahan yang terdapat dalam sesuatu hasil seni, seperti lukisan, sajak atau filem.

Oleh yang demikian, penggunaan perkataan yang betul bagi ayat tersebut ialah “Bukan sekadar memastikan ruangan itu mempunyai nilai estetik, tetapi awak juga perlu memastikan ruangan tersebut berfungsi dan praktikal.”

Tatabahasa09.07.2024
Ingin memastikan penggunaan kata sendi nama yang betul pada ayat di bawah ini : Bertukarlah ke / kepada pembelajaran interaktif dan berteknologiJawapan yang betul ialah bertukar kepada pembelajaran interaktif dan berteknologi.Tatabahasa18.02.2010
ingin memastikan yg mana perkataan di bwh betul. Wah! cantiknya kasut itu. Wah, cantiknya kasut itu!Yang betul - Wah, cantiknya kasut itu! Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 255. Tatabahasa20.07.2009
Saya mahu memastikan apakah maksud perkataan “menyerkapkan”?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) tidak terakam kata terbitan menyerkapkan. Yang terakam ialah kata menyerkap dan menyerkapi.

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan kata dalam bahasa Melayu, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Makna04.12.2024
Kami ingin memastikan bahawa papan iklan kami betul tatabahasa yg digunakan.Untuk pengesahan iklan sila layari laman web http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/Pelanggan/login.aspx
Sekian terima kasih
Lain-lain06.03.2017
Saya ingin memastikan perbezaan penggunaan perkataan Cina dengan China. Contoh : Tian merupakan sumber kuasa penentu nasib sesebuah dinasti dalam pandangan semesta Tamadun Cina Agama Buddha diasaskan oleh Putera Raja Suddhodana Gautama daripada suku bangsa Shaknya di negara ChinaSlmt ptg.
1. Penggunaan perkataan Cina merujuk kepada masyarakat atau orang Cina.
2. Penggunaan perkataan China merujuk kepada negara China.

Sekian, terima kasih
Lain-lain07.03.2016
Saya ingin memastikan penggunaan koma bertitik secara betul. Bersama ini saya sertakan sebahagian dokumen contoh untuk di ulas oleh pihak tuan/puan. Diharap contoh ulasan tuan/puan akan membantu saya sebagai asas rujukan untuk penulisan seterusnya. sekian terima kasih.

Tanda koma bertitik (;) digunakan apabila:

i.  Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. Contohnya: Malam makin larut; kerja masih banyak.

ii. Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanpun, malah, di samping itu, oleh itu, oleh yang demekian dan sebagainya. Contohnya: Harga barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik

iii. Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. Contohnya: Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang menghasilkan kembali analisis Za'ba dan disesuaikan ke dalam bentuk buku teks; ada yang menerapkan teori baharu...

iv. Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori, teruta ma jika bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma.

Ejaan15.09.2015
Saya ingin memastikan sama ada penggunaan perkataan PELIBATAN IBU BAPA @ PENGLIBATAN IBU BAPA yang betul dan digunapakai untuk kajian ilmiah? Saya ingin kepastian bagi tujuan penulisan tajuk tesis saya, melalui pembacaan saya di dalam buku PPMP 2013-2025, mereka menggunakan perkataan PELIBATAN IBU BAPA tetapi sebaliknya kebanyakan penulisan menggunakan perkataan PENGLIBATAN IBU BAPA. Boleh berikan cadangan kepada saya supaya penambahbaikan dapat dilakukan segera. Terima Kasih.Pembentukan kata yang betul ialah pelibatan. Daripada kata libat - melibat - pelibatan. Maka penggunaan kata yang paling tepat ialah "Pelibatan Ibu Bapa". Walaupun begitu kata penglibatan bukanlah salah, malah banyak digunakan dalam wacana dan ditemukan dalam data korpus.Tatabahasa24.07.2015
12345678910...

Kembali ke atas