Fungsi -nya ialah kata ganti nama diri ketiga, perkataan "memasukkannya" dalam ayat: "Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkannya ke dalam beg plastik." perlu tukar "memasukkannya" kepada "dimasukkannya" menjadi ayat : Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu dimasukkannya ke dalam beg plastik? | Perkataan dimasukkan digunakan dalam ayat pasif seperti "kulit siput dimasukkan oleh Siti ke dalam beg plastik". | Tatabahasa | 24.06.2014 |
Ayat: Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkannya ke dalam beg plastik. Soalan: Apakah fungsi -nya dalam perkataan " memasukkannya"? Bukankah nya untuk kata ganti nama diri orang ketiga? | Ya, betul –nya merupakan kata ganti diri orang ketiga. | Tatabahasa | 23.06.2014 |
Salam sejahtera. Ayat-ayat yang manakah betul? Ayat yang menggunakan "memasukkan" atau "memasukkannya"? Ayat (1) : Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkan ke dalam beg plastik. Ayat (2) : Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkannya ke dalam beg plastik. | Ayat yang betul ialah ayat kedua. Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkannya ke dalam beg plastik. | Tatabahasa | 21.06.2014 |
1. Ibu memilih buah epal lalu lalu memasukkannya ke dalam beg plastik. Sila tanya betulkah ayat di atas. termina kasih | Ayat yang betul ialah "Ibu memilih buah epal lalu memasukkannya ke dalam plastik." | Tatabahasa | 27.11.2022 |
Salam sejahtera. Ayat yang berikut betul? (1) Siti mengutip rambutan lalu memasukkannya ke dalam bakul. (2)Siti mengutip rambutan lalu memasukkan rambutan itu ke dalam bakul. | Ayat yang lebih sesuai ialah: Siti mengutip lalu memasukkan rambutan itu ke dalam bakul. | Tatabahasa | 08.04.2015 |
setahu kami, *nya* ialah kata ganti nama diri ketiga, merujuk kepada manusia. Akan tetapi, kadang-kala, kami terbaca perkataan antaranya termasuk.... perbezaannya pula... lalu memasukkannya... *nya* ini ada lagi penggunaan yang lain selain merujuk kepada kata ganti nama diri ketiga? terima kasih. | Selain berfungsi sebagai kata nama diri ketiga, partikel "nya" juga berfungsi sebagai pembenda, iaitu menjadikan kata yang bukan kata nama apabila bergabung dengannya berubah menjadi kata nama seperti luasnya dan kuatnya. | Lain-lain | 20.09.2021 |
"Aku mohon maaf jika terdapat kesilapan semasa mangacarakan majlis ini," kata juruacara itu. 1) Perlukah imbuhan 'me-' dibubuh pada perkataan 'mohon'? 2) Adakah penggunaan perkataan 'mengacarakan' betul dalam ayat ini? Jika tidak, apakah perkataan yang sesuai dalam situasi sebegitu? Terima kasih. | 1) "Memohon" boleh juga digunakan kerana penggunaan perkataan itu lebih santun. 2) Penggunaan perkataan "mengacarakan" betul kerana ia bermaksud menjadikannya sebagai salah satu acara atau memasukkannya ke dalam susunan rancangan. Dalam contoh ayat yang diberi, sebaik-baiknya kata ganti nama diri pertama "aku" ditukar kepada "saya" bagi menjadikan ayat lebih santun. | Tatabahasa | 03.04.2009 |
Salam Satu Malaysia, Tuan, tolong semak jawapan ayat majmuk di bawah. 1.Saya berkunjung ke Ladang Teh Sabah.Keluarga saya berkunjung ke Ladang Teh Sabah.(dan) Jwp: Saya dan keluarga berkunjung ke Ladang Teh Sabah. 2. Pekerja ladang teh memetik daun teh.Pekerja ladang teh memasukkan daun teh ke dalam bakul.(lalu) Jwp:Pekerja ladang teh memetik daun teh lalu memasukkan daun teh ke dalam bakul.(*perlu tambah objek di belakang memetik?) 3. Ibu mengambil beberapa kotak teh.Ibu membawa kotak-kotak teh itu ke kaunter pembayaran.(lalu) Jwp:Ibu mengambil lalu membawa kotak-kotak teh itu ke kaunter pembayaran. 4.Navin menggantung Jalur Gemilang.Navin menampal Jalur Gemilang.(dan) Jwp: Navin menggantung dan menampal Jalur Gemilang. 5.Pasukan polis berkawad .Pasukan askar berkawad.(dan) Jwp: Pasukan polis dan askar berkawad.( Perlu tambah pasukan di depan askar selepas digabungkan?) 6. Kavita gemar minum jus oren?.Kavita gemar minum jus epal?.(atau) Jwp:Kavita gemar minum jus oren atau epal? (perlu tambah jus di depan epal?) (Tolong beri penjelasan)Terima kasih. *Tolong beri penjelasan | 1. Saya dan keluarga berkunjung ke Ladang Teh Sabah. 2. Pekerja ladang teh memetik daun the lalu memasukkannya ke dalam bakul. 3. Ibu mengambil kotak-kotak teh lalu membawanya ke kaunter pembayaran. 4. Navin menggantung dan menampal Jalur Gemilang. 5. Pasukan polis dan pasukan askar berkawad. 6. Kavita gemar minum jus oren atau jus epal? | Tatabahasa | 09.10.2016 |
Perbezaan makna kukus, rebus, bakar dan goreng. | Assalamualaikum, Merujuk kepada soalan puan, perbezaan makna perkataan kukus, rebus, bakar dan goreng dijawab berdasarkan penggunaan kata dalam bidang masakan: 1. kukus (makna ke-4 lihat mengukus) Makna mengukus - memasak atau memanaskan sesuatu dengan menggunakan wap air mendidih Contoh ayat - Memasak dengan cara mengukus dapat mengekalkan rasa dan zat bahan yang digunakan dalam sesuatu makanan. 2. rebus (makna ke-2 lihat merebus) Makna merebus - memasak (sesuatu) dalam air yang mendidih supaya masak, empuk dan sebagainya Contoh ayat - Nenek merebus jagung yang sudah dibuang kulitnya. 3. bakar (makna ke-2 lihat membakar) Makna membakar - memasak (sesuatu) dengan meletakkannya di atas api atau di dalam alat yang mengandungi haba, misalnya ketuhar Contoh ayat - Zamri sedang sibuk membakar sate bersama pekerjanya. 4. goreng (makna ke-3 lihat menggoreng) Makna menggoreng - memasak (telur, ikan, ayam dan sebagainya) dengan memasukkannya ke dalam kuali atau periuk yang mengandungi minyak Contoh ayat - Kak Halimah menggoreng pisang nangka. Puan disarankan merujuk Kamus Dewan Perdana untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai kata. Terima kasih. | Makna | 02.11.2024 |