| "Pemain pertahanan pasukan hoki sekolah kami telah berjaya mematahkan serangan pihak lawan daripada menjaringkan gol. " soalan saya . gramatiskah ayat tersebut yang jelas menunjukkan penggunaan kata sendi nama ' daripada 'yang tidak diikuti kata nama selepasnya ? adakah berlakunya proses pengguguran frasa nama selepas kata sendi tersebut.? | Ayat yang gramatis ialah "Pemain pertahanan pasukan hoki sekolah kami telah berjaya mematahkan serangan daripada pihak lawan untuk menjaringkan gol. "
| Tatabahasa | 12.09.2013 |
| selamat pagi, 1. wajah pesakit kamser itu_________ a. pucat b. cekang 2.Adakah kedua - ayat ini betul a. Jangan tandus dengan kehendak yang tidak wajar b. Pendebat itu telah tandus idea bagi mematahkan hujah lawan. 3. Penjaga gol berjaya___________bola itu a. Menepis B. menangkis | 1. Wajah pesakit kanser itu pucat. 2. Tandus ialah 1. tidak ditumbuhi apa-apa: padang ~ padang yang tidak ditumbuhi apa-apa. 2. telah habis langsung (berkenaan idea, modal, bakat). a. Jangan tandus dengan kehendak yang tidak wajar. Penggunaan perkataan tandus tidak sesuai dalam ayat di atas. b. Pendebat itu telah ketandusan idea bagi mematahkan hujah lawan. 3. Penjaga gol berjaya menangkis bola itu.
| Tatabahasa | 13.03.2013 |
| Tuan/Puan, Apa padanan "dispose of" dalam Bahasa Melayu bagi konteks ayat berikut: "Power to dispose of staff questions". Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan "dispose of" diterjemahkan sebagai "mematahkan" (hujah), "mengetepikan" atau "tidak mengendahkan". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 01.11.2021 |
| Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih Alah bisa tegal biasa dikategorikan sebagai pepatah atau bidalan? | Pepatah ialah susunan kata yang ringkas dan mengandungi nasihat, peringatan atau ajaran daripada orang tua, biasanya dipakai atau diucapkan untuk mematahkan kata-kata atau ucapan seseorang; Contoh kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Bidalan pula bermaksud susunan kata yang ringkas tetapi dalam maknanya yang menjadi sebutan orang sebagai bandingan, teladan, dan pengajaran, misalnya jika kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga, dan alah bisa tegal biasa. | Makna | 24.05.2025 |
| boleh terangkan secara jelas beza bidalan dengan pepatah serta contoh-contoh yang jelas.terima kasih | Secara ringkasnya, bidalan bermaksud susunan kata yang ringkas tetapi dalam maknanya yang menjadi sebutan orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran, misalnya jika kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga, dan alah bisa tegal biasa. Pepatah pula bermaksud susunan kata yang ringkas dan mengandungi nasihat, peringatan atau ajaran daripada orang tua, biasanya dipakai atau diucapkan untuk mematahkan kata-kata atau ucapan seseorang. Contoh penggunaannya: Elakkan berhutang semata-mata untuk memberikan wang hantaran yang tinggi kepada pasangan, bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.
| Makna | 24.05.2025 |