Kita harus mahu mematuhi undang-undang. Adakah ayat-ayat songsang berikut betul? (A) Mematuhi undang-undang kita harus mahu. (B) Undang-undang kita harus mahu mematuhi. | Ayat yang gramatis ialah "Kita harus mematuhi undang-undang". Ayat ini boleh disongsangkan menjadi "Harus mematuhi undang-undang kita". | Tatabahasa | 03.11.2015 |
Mana satu yang betul: 1. Keenganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 2. Keenganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. | 1. Keengganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 2. Keengganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. Ketiga-tiga ayat ini betul bergantung pada maksud yang hendak disampaikan dalam wacana tersebut. | Tatabahasa | 13.02.2025 |
Memahami dan mematuhi tertib bekerja dalam bengkel atau Memahami dan mematuhi tatatertib bekerja di bengkel | Ayat yang betul ialah Memahami dan mematuhi tatatertib bekerja di bengkel. | Tatabahasa | 05.08.2014 |
Mana satu yang betul: 1. Keengganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 2. Keengganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. | Ketiga-tiga ayat tersebut betul dan boleh digunakan, bergantung pada konteks penggunaannya dalam teks atau situasi tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015). | Tatabahasa | 20.02.2025 |
A. Tuan dengan ini diarahkan untuk mematuhi notis ini dalam tempoh 14 (empat belas) hari dari tarikh notis ini disampaikan. B. Tuan dengan ini diarahkan untuk mematuhi notis ini dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh notis ini disampaikan. Jawapan : A atau B | Nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya. Ayat yang lebih tepat: Dengan ini diarahkan tuan untuk mematuhi notis ini dalam tempoh 14 (empat belas) hari dari notis ini disampaikan. | Ejaan | 09.11.2016 |
pendapat anda adakah penggunaan bahasa di akhbar tidak perlu mematuhi nahu bahasa yang betul berbanding akhbar pendidikan??? | Penggunaan bahasa di akhbar perlu mematuhi nahu bahasa Melayu yang betul walaupun terikat dengan cara penulisan akhbar dan gaya dalaman organisasi tersebut. | Lain-lain | 07.08.2010 |
Apakah subjek dan predikat bagi ayat songsang berikut : Membaca buku dia di perpustakaan. Adakah ayat songsang dikira sebagai ayat yang gramatis? | Gramatis bermaksud mematuhi peraturan tatabahasa. Ayat songsang juga mematuhi hukum tatabahasa tetapi bentuk ayatnya sahaja tidak seperti ayat yang lazim digunakan. | Tatabahasa | 18.10.2010 |
Adakah terjemahan yang dilakukan sesuai untuk kualiti polisi ISO untuk syarikat idaman pharma ? | 1. Menghasilkan produk farmaseutikal secara konsisten, dengan mematuhi piawaian antarabangsa dan piawai yang berkaitan demi kepentingan kualiti, identiti, keberkesanan dan keselamatan serta memenuhi kehendak pelanggan. 2. Mematuhi Amalan Pengilangan Baik, Terkini dan Mematuhi Peraturan. 3. Menggunapakai, Mengekal dan Menambah Baik Sistem Pengurusan Kualiti secara berterusan. 4. Menggunakan Teknologi Terkini. 5. Fokus kepada Pembangunan Tenaga Mahir. 6. Mengguna Pakai Pembaikan Secara Berterusan. 7. Kualiti adalah tangungjawab semua. 8. Penyata polisi ini akan dikaji semula dan disampaikan kepada semua kakitangan agar mematuhi polisi ini dengan taat. | Tatabahasa | 05.09.2014 |
1.Semua orang pekrja hendaklah mematuhi etika moral di tempat kerja. 2.Susie masih tidak pasti sama ada hendak melancong ke Sarawak atau Sabah. 3.Semua kos rawatan perubatan Haji Salleh ditanggung oleh ketiga-tiga orang anak-anaknya. 4.Ibu mengirimkan sepucuk surat kepada anak kesayangannya yang sedang bekerja di London. Keempat-empat ayat ada salah tak? Jika salah, sila menerangkan sebab Terima kasih | 1. Ayat yang betul ialah Semua pekerja hendaklah mematuhi etika di tempat kerja. 2. Ayat Susie masih tidak pasti sama ada hendak melancong ke Sarawak atau Sabah adalah betul. 3. Ayat yang betul ialah Semua kos rawatan perubatan Haji Salleh ditanggung oleh ketiga-tiga orang anaknya. 4. Ayat Ibu mengirimkan sepucuk surat kepada anak kesayangannya yang sedang bekerja di London adalah betul.
| Tatabahasa | 01.11.2021 |
Assalamualaikum. Adakah terjemahan "mematuhi tahap kriteria pematuhan yang ditetapkan," adalah tepat bagi ayat "comply with the required levels of conformity criteria...."? Atau 'conformity criteria' disini perlu diterjemahkan kepada 'kriteria keakuran'? Konteks ayat adalah seperti dibawah: "comply with the required levels of conformity criteria, in terms of legal and financial aspects since establishment of the CTA." Terima kasih. | Terjemahan bahasa Melayu yang diberikan adalah betul. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.11.2021 |