Saya adalah salah 1 agen yang menguruskan reka bentuk grafik dan periklanan, yang membabitkan pelanggan serta membabitkan proses pencarian rezeki didalam perniagaan. soalan pertama. Mengapa proses penyemakkan dari pihak DBP mengambil masa terlalu lama daripada 1 hari jadi ke 3 hari dan kemudian menjadi melebihi 1 minggu? Sedangkan proses ini perlu dibayar memandangkan sebelum ini tidak perlu dibayar namum proses amat bagus yang hanya memerlukan masa 1 hingga 2 hari bekerja sahaja. Perkara sedemikian bukan la baru sekali dua berlaku pada saya, namun proses ini bole menjejaskan perniagaan saya yang mana saya perlu menunggu melebihi 1 minggu untuk mengaut keuntungan sebanyak rm200.00. Soalan kedua Adakah logik akal pada pihak DBP yang mana rm200.00 sudah cukup bagus tuk perniagaan yang perlu kita kutip dalam masa seminggu lebih? Soalan ketiga Adakah tujuan DBP membuat percaturan sedekian adalah untuk menjatuhkan ekonomi atau menjatuhkan penigaan orang melayu di malaysia ini. Soalan ke empat Kenapa perlu diwujudkan sistem ini andai boleh menyusahkan, merugikan pihak lain dan kenapa perlu dibayar andai sistem ini lembab. | Untuk makluman tuan/puan, proses penyemakan dan pengesahan bahasa ditetapkan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas bayaran diterima oleh DBP. Walau bagaimanapun, kami berusaha untuk memproses permohonan dalam tempoh kurang dari 3 hari bekerja. Sistem pengesahan bahasa dalam talian diwujudkan bagi memberikan kemudahan dan pilihan kepada pelanggan yang tinggal di luar kawasan Lembah Kelang kerana tidak perlu ke Kaunter Pengesahan Bahasa di DBP Kuala Lumpur untuk mendapatkan khidmat pengesahan bahasa. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 26.08.2017 |
1.Di dalam Kamus Dewan, tidak wujud perkataan 'juvana'. Apakah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan 'masalah jenayah membabitkan remaja' sedangkan perkataan 'juvenil' pun mungkin tidak tepat? 2. Adakah 'terpanah petir' dianggap salah kerana alasannya ayat pasif 'ter' perlu dimasukkan 'oleh'? | 1. Tidak ada suatu perkataan khusus untuk memberi maksud "masalah jenayah yang membabitkan remaja" kecuali rangkai kata yang panjang seperti itu. 2. Ayat yang betul ialah, ... terpana oleh petir - untuk ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-,kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan. | Tatabahasa | 17.09.2008 |
apakah yg dimaksudkan dgn "ranting"? Cth ayat : "pentadbiran awam membabitkan 3 "ranting" pemerintahan..." | branch(Inggeris-Melayu) saluran sisi cabang cawangan dahan ranting | Makna | 29.11.2007 |
Mohon bantuan pihak DBP untiuk memberikan beberapa contoh ayat bagi perkataan per se | Kajian ini bukan membabitkan satira per se seperti yang ditegaskan pengkaji; transformasi budaya yang dimaksudkan hendaklah mencakupi transformasi dalam bidang kebudayaan per se. Untuk maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=per+se. | Tatabahasa | 21.12.2016 |
apakah peribhs utk situasi : penyiasatan kes amanah itu bertambah rumit dan amat sukar utk ditangani spt ........ kerana membabitkan byk pihak yg berkepentingan. | Untuk mendapat maklmat tentang peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussain) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 17.02.2012 |
pakah peribahasa yang sesuai digunakan utk situasi berikut : penyiasatan kes pecah amanah itu bertambah rumit dan amat sukar ditangani seperti ...... kerana membabitkan banyak pihak yang berkepentingan. adakah jawabannya ialah duri dalam daging? atau? apa peribahasa utk menggambarkan situasi yang sukar diselesaikan kerana byk melibatkan pihak yang berkepentingan? tq | Berdasarkan kata kunci 'sukar diselesaikan' ada dua peribahasa yang sesuai, iaitu 'Seperti aur ditarik songsang' dan 'Berkelahi dalam kepuk'. Untuk maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sukar+diselesaikan&d=11 dan klik medan 'Peribahasa'. | Lain-lain | 28.02.2012 |
ejaan bajet atau baget; | Sehingga kini DBP masih mengekalkan penggunaan istilah belanjawan memandangkan kata ini sudah pun mantap dalam pelbagai bidang istilah terutamanya yang membabitkan daftar istilah ekonomi, kewangan ataupun perbankan dan yang seumpama dengannya. | Ejaan | 22.04.2008 |
saya nak bertanya menurut pbt papan tanda perlu dalam bahasa melayu sedangkan company saya ditubuhkan dalam bahasa inggeris..saya tidak faham..takkan saya kena tukar nama perniagaan pula melibatkan ssm & bank & banyak lagi perkara membabitkan pembekal & juga pelanggan serta orang ramai..saya akan hantar contoh papan tanda..pemahaman saya dewan bahasa cuma memastikan penggunaan & ejaan bahasa yang betul bukan kena tukar dr bahasa inggeris ke bahasa melayu..tolong ye..maklumat dr pbt cameron highlands | Kami tidak mengesahkan nama perniagaan yang telah didaftarkan. Walau bagaimanapun, papan tanda yang ingin dipaparkan di negara ini harus mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan, antaranya mesti ada keterangan dalam bahasa Melayu. Contohnya, jika ABC Company, di bahagian atas mesti ada keterangan iklan seperti PEJABAT URUSAN. | Lain-lain | 12.08.2014 |
Apakah perbezaan antara belanjawan dan bajet?Bilakah istilah belanjawan atau bajet sesuai digunakan | Sehingga kini DBP masih mengekalkan penggunaan istilah belanjawan memandangkan kata ini sudah pun mantap dalam pelbagai bidang istilah terutamnya yang membabitkan daftar istilah ekonomi, kewangan ataupun perbankan dan yang seumpama dengannya. | Ejaan | 09.08.2006 |
Salam, saya ada terjumpa satu ayat ini : 1)Lihan turut melahirkan kekaguman dengan semangat Randy. betulkah ayat ini?bolehkah perkataan "kekaguman" digunakan dalam ayat ini? ataupun ia perlu digantikan dengan "rasa kagum". situasi yang bagaimana perkataan kekagumaan boleh digunakan dalam ayat? 2) Serupa juga dalam permohonan mendapatkan biasiswa yang membabitkan anak-anak di kawasan luar bandar, yang mana ibu bapa mereka tidak brpelajaran serta tidak tahu bagaimana untuk memohon biasiswa. banyak kesalahan yang terdapat dalam ayat ini,minta tolong betulkan kesalahan-kesalahn tersebut dan terangkan mengapa? terangkan secara terperinci maksud "di dalam" dan "dalam" beserta contoh. | 1. Ayat tersebut betul kerana kekaguman bermaksud keadaan atau hal kagum. Walau bagaimanapun, perkataan tersebut boleh digantikan dengan rasa kagum. Penggunaan kekaguman lebih sesuai digunakan untuk menerangkan perihal kagum, contoh faktor kekaguman. 2) Ayat tersebut dibetulkan begini: Masalah bagi permohonan mendapatkan biasiswa yang membabitkan anak-anak luar bandar ialah ibu bapa mereka tidak berpelajaran dan tidak tahu cara memohon biasiswa tersebut. 3) Penggunaan kata sendi "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, misalnya di Kuala Lumpur dan di lapangan terbang, manakala "dalam" di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti perkara, peristiwa dan sebagainya. Sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 265. | Tatabahasa | 07.08.2010 |