Yang manakah betul? 1) membacakan adik buku atau membacakan buku kepada adik? 2) menuliskan ibu surat atau menuliskan surat kepada ibu? 3) menghadiahkan ibu bunga atau menghadiahi ibu bunga? | Jawapan yang betul ialah 1) "membacakan adik buku" 2) "menuliskan ibu surat" 3) "menghadiahi ibu bunga" | Lain-lain | 24.05.2022 |
Adakah ayat dibawah ayat yang gramatis i) Pengawai itu memperbetulkan borang permohonan saya ii) Jamal membacakan sebuah buku cerita untuk anak-anaknya iii) Samad mencarikan ibunya sebuah rumah sewa baharu iv) Nenek membelikan adik sepasang baju kurung | Ayat yang betul ialah: i) Pegawai itu memperbetul borang permohonan saya. ii) Jamal membacakan sebuah buku cerita untuk anak-anaknya iii) Samad mencarikan sebuah rumah sewa baharu untuk ibunya iv) Nenek membelikan sepasang baju kurung untuk adik | Tatabahasa | 01.07.2011 |
Salam sejahtera Bagaimanakah pasifkan ayat berikut? Saya membacakan adik buku cerita. Adakah pasif bagi ayat ini ialah: Adik saya bacakan buku cerita. | Bentuk pasif bagi ayat tersebut ialah buku cerita itu sudah saya bacakan adik. | Tatabahasa | 16.07.2012 |
Quran atau al-Quran. Ayat: (1) Dia membeli sebuah Quran. (2) Dia membacakan ayat Quran sebagai dalil. (3) Dia menganggap saya sebagai Quran buruk. Yang manakah lebih tepat: Quran atau al-Quran? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kedua-dua istilah ini boleh diterima pakai. | Istilah | 29.12.2009 |
1. Pengerusi memulakan Mesyuarat Ke-52 Jawatankuasa Laksamana (JLAKS) dengan mengucapkan salam dan menjemput semua ahli JLAKS yang beragama Islam untuk membacakan Surah Al-Fatihah memohon keberkatan kepada Allah SWT. 2. Pengerusi seterusnya mengucapkan selamat datang dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli JLAKS yang hadir ke mesyuarat JLAKS kali Ke-2 pada tahun ini. Pengerusi juga mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa JLAKS yang baru dinaikkan pangkat mulai 19 Sep 13 yang lalu seperti berikut: | Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama. Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat. | Lain-lain | 13.01.2014 |
Selamat sejahtera. Adakah ayat berikut betul: Murid-murid berikrar Rukun Negara semasa perhimpunan. terima kasih. | Ayat yang betul ialah Murid-murid membacakan ikrar Rukun Negara semasa perhimpunan. | Tatabahasa | 05.06.2012 |
Apakah bentuk AYAT PASIF SONGSANG bagi ayat-ayat aktif yang berikut: 1. Ali menghadiahi Ahmad sebuah basikal. 2. Ali membelikan Ahmad sebuah buku. 3. Ali menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad. 4. Ali membeli sebuah buku untuk Ahmad. 5. Saya membacakan ibu surat. 6. Saya menghadiahi sebuah basikal. | ayat songsang merupakan ayat yang susunannya berlawanan dengan susunan ayat biasa, iaitu predikat mendahului subjek. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan ayat songsang ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu terbitan DBP. | Lain-lain | 11.12.2007 |
1. Negara bersih akan menjadi tumpuan pelancong asing untuk kunjungan. - Salah Jadi, adakah kunjungan digantikan dengan berkunjung? 2. Oleh sebab keadaan cuaca yang tidak tentu, pertunjukan bunga api itu terpaksa ditangguhkan. - Salah Adakah tentu digantikan dengan menentu? 3. Kereta buatan negara Jepun ini sangat mahal betul. - Salah Adakah sangat mahal betul digantikan dengan mahal betul? 4. Sebelum tidur, ibu suka membacakan adik cerita di dalam buku cerita itu. - Salah Adakah di dalam digantikan dengan dalam? 5. Sejak bersara, Pak Ali menghabiskan banyak masa dengan keluarganya. - Betul Bukankah perkataan sejak tukar kepada setelah? | Ayat yang betul ialah: 1. Negara bersih akan menjadi tumpuan pelancong untuk dikunjungi. 2. Oleh sebab keadaan cuzca yang tidak menentu, pertunjukan bunga api itu terpaksa ditangguhkan. 3. Kereta buatan negara Jepun ini sangat mahal/Kereta buatan negara Jepun ini mahal betul. 4. Sebelum tidur, ibu suka membacakan adik buku cerita. 5. Sejak/Setelah bersara, Pak Ali menghabiskan banyak masa dengan keluarganya. | Tatabahasa | 15.07.2024 |
Salam sejahtera tuan. Saya ada beberapa soalan. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1) Negara bersih akan menjadi tumpuan pelancong asing untuk kunjungan. 2) Oleh sebab keadaan cuaca yang tidak tentu, pertunjukan bunga api itu terpaksa ditangguhkan. 3) Selain menternak lembu, Pak Hamid juga menternak itik untuk pasaran tempatan. 4) Kereta buatan negara Jepun ini sangat mahal betul. 5)Sebelum tidur, ibu suka membacakan adik cerita di dalam buku cerita itu. 6) Sejak bersara, Pak Ali menghabiskan banyak masa dengan keluarganya. | 1. Negara bersih akan menjadi tumpuan pelancong asing untuk kunjungan. - Salah 2. Oleh sebab keadaan cuaca yang tidak tentu, pertunjukan bunga api itu terpaksa ditangguhkan. - Salah 3. Selain menternak lembu, Pak Hamid juga menternak itik untuk pasaran tempatan. - Betul 4. Kereta buatan negara Jepun ini sangat mahal betul. - Salah 5. Sebelum tidur, ibu suka membacakan adik cerita di dalam buku cerita itu. - Salah 6. Sejak bersara, Pak Ali menghabiskan banyak masa dengan keluarganya. - Betul | Tatabahasa | 12.07.2024 |
Kemusyikilan 1: Kamus Pelajar: menambahkan asid pd bes. Penerangan DBP: menambah gula dalam air kopi. Kamus Pelajar: menambah bilangan penuntutnya Penerangan DBP: menambahkan produktiviti Persoalannya, yang manakah yang betul? Kemusykilan 2: Mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas Persoalannya, kalau kata "tambah" bukan kata adjektif, apakah jenis golongan kata? Dan, bolehkah 'tambah' menerima awalan rangkap memper-, dan adakah kata adjektif "banyak", "lebar" dan "luas" mengungkapkan maksud "tambah"? Kemusykilan 3: Tatabahasa Dewan: ... membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya. membacakan = membaca sst untuk sso. mengambilkan = mengambil sst untuk sso. Mengapakah Tatabahasa Dewan menggunakan kata sendi "kepada" dalam ayat tersebut? Kemusykilan 4: Pertanyaan kewujudan kata nama terbitan "pelibatan" dan "pelihatan" belum dijawab lagi. Sekian. | 1. Tidak nampak perbezaan yang nyata (hampir sama) antara makna menambah dan menambahkan. Oleh itu ayat menambahkan asid pd bes, menambah gula dalam air kopi, menambahkan produktiviti, semuanya betul. 2. Tambah ialah Kata Kerja, mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas. Walau bagaimanapun dalam entri banyak, lebar, luas tidak mengungkapkan maksud tambah. Kata tambah boleh menerima awalan memper... untuk membentuk kata terbitan mempertambah. 3. Ayat, membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya, betul dan kata sendi nama kepada hadir di hadapan kata nama/frasa nama yang menjadi sasaran. 4. Kata terbitan pelibatan/penglibatan dan pelihatan/penglihatan wujud dan membawa makna yang sama antara kedua-duanya. Walaupun melibatkan - pelibatan, melihat - pelihatan, berdasarkan korpus penglibatan dan penglihatan banyak digunakan dan sama situasinya dengan pelibatan dan pelihatan. Sekian. | Tatabahasa | 19.07.2008 |