Tuan, Penggunaan kata pemeri yang mana satukah yang betul dalam ayat di bawah? 1) Senyuman adalah satu-satunya perkara yang mampu membahagiakan seseorang seketika, walaupun dari jarak yang jauh. ATAU 1) Senyuman ialah satu-satunya perkara yang mampu membahagiakan seseorang seketika, walaupun dari jarak yang jauh. Mohon tuan sertakan jua penjelasan. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Dalam konteks ayat tersebut, kata pemeri yang sesuai digunakan 'ialah'. Akan tetapi, jika perkataan 'ialah' dibuang, itu juga tidak menjadi satu kesalahan. | Tatabahasa | 05.01.2016 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'husband material' berdasarkan ayat ini? Contoh: Dia akui. Suaminya merupakan seorang 'husband material' yang sanggup berkorban dan membahagiakan dia sebagai isteri. | Terjemahan dalam bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan husband material ialah suami budiman, suami yang baik atau suami idaman. | Makna | 02.02.2022 |
PENERANGAN MENGENAI KATA GANTI NAMA HUBUNGAN SERTA DENGAN CONTOH UNTUK MEMBERI PENJELASAN | Untuk makluman tuan, Tatabahasa Dewan membahagiakan kata ganti nama kepada dua, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama hubungan diperkenalkan oleh Arbak Othman bersama-sama empat jenis lagi kata ganti nama. Kata ganti nama hubungan ialah perkataan yang menggantikan perkataan nama dalam rangkaikata atau ayat. Walau pun bagaimanapun tidak ada huraian terperinci tentang jenis kata ganti nama tersebut. | Tatabahasa | 13.11.2012 |