Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.ha.gi.kan] | ممبهاݢيکن

Definisi : 1. = membahagi membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian: Banjaran Besar Tanah Melayu bukan sahaja ~ Tanah Melayu kpd dua bahagian tetapi juga kpd dua iklim; sastera Melayu dapat dibahagikan kpd sastera lama dan sastera moden; 2. menjadikan terpisah, memisahkan: Selat Melaka ~ Semenanjung Malaysia dgn Sumatera; 3. memberikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ha.gi.kan] | ممبهاݢيکن

Definisi : 1 membelah sesuatu menjadi beberapa kumpulan: Banjaran Gunung Titiwangsa ~ Semenanjung Tanah Melayu kpd dua kawasan. 2 memberikan sesuatu kpd beberapa orang atau berapa kumpulan: Saya telah ~ wang itu kpd adik-adik saya. 3 menjadikan sesuatu angka lebih kecil drpd yg mula-mula; mengecilkan sesuatu angka dgn sesuatu angka yg lain: Guru menyuruh saya ~ 6981 dgn 3. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membahagikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SAYA SANGAT BERMINAT UNTUK MENJADI PENULIS, TAPI SAYA KADANG-KADANG TIDAK DAPAT MEMBAHAGIKAN MASA BELAJAR DENGAN MINAT INI.KEPADA DBP, SAYA SANGAT MENGHARAPKAN NASIHAT DAN PANDUAN DARI ANDA BAGAIMANA MENJADI SEORANG PENULIS YANG MAHIR?

Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penrbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik  (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran. Untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Berkarya secara dalam talian, saudari bolehlah melayari laman web DBP www.dbp.gov.my, dan klik menu perkhidmatan, saudari akan dapat khidmat bimbingan berkarya secara percuma. Selamat mencuba.

Lain-lain17.04.2009
MAKSUD PENGURUSAN MASA BAGI PELAJAR IPTAPengurusan masa bermaksud bagaimana seseorang membahagikan masa untuk menjalankan sesuatu kerja, urusan, dan lain=lain secara bersistem. Aspek pengurusan masa amat penting dalam bidang Pengurusan; sama ada dalam hal pentadbiran, diri, mesyuarat, projek dan sebagainya. Hal ini juga berkaitan dengan penjadualan kerja atau perancangan. Sila rujuk buku-buku dalam bidang Pengurusan bagi mendapatkan penjelasan terperinci berkaiatan perkara ini.Lain-lain10.02.2008
apakah yang dimaksudkan dengan keragaman bahasa?

Dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu, Za'ba membahagikan ragam bahasa atau gaya bahasa kepada dua bahagian, iaitu gaya cakap mulut dan gaya surat. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ragam bahasa dibahagikan kepada tajuk-tajuk berikut :

 i. Ragam bahasa lisan

ii. Ragam bahasa Melayu tulisan

iii. Bahasa-bahasa daerah

iv. Laras-laras bahasa Melayu moden.

Sila rujuk buku-buku berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Makna24.02.2008
definisi bagi pengurusan masa?Pengurusan masa bermaksud bagaimana seseorang membahagikan masa untuk menjalankan sesuatu kerja, urusan, dan lain=lain secara bersistem. Aspek pengurusan masa amat penting dalam bidang Pengurusan; sama ada dalam hal pentadbiran, diri, mesyuarat, projek dan sebagainya. Hal ini juga berkaitan dengan penjadualan kerja atau perancangan. Sila rujuk buku-buku dalam bidang Pengurusan bagi mendapatkan penjelasan terperinci berkaiatan perkara ini.Makna20.07.2010
Saya ada kemusykilan tentang soalan ini? Sejauh manakah klausa bebas menjadi klausa terikat? Sekian, terima kasih.Buku Tatabahasa Dewan membahagikan klausa kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas dapat berdiri sendiri dan menjadi ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Contohnya, subjek "kamu" dan predikat "pandai" jika diucapkan dengan intonasi yang sempurna akan menjadi ayat lengkap "kamu pandai". Walau bagaimanapun klausa bebas ini dengan sifatnya sebagai ayat yang sempurna boleh juga menjadi sebahagian daripada ayat yang lebih bebas, contohnya "kamu pandai kerana kamu rajin belajar". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 433.Tatabahasa05.04.2013
erti perkataan sectorization dalam bahasa melayuPadanan dalam bahasa Melayu bagi "sectorization" ialah pensektoran yang bermaksud perihal mensektorkan sesuatu atau membahagikan sesuatu mengikut bidang, bahagian dan sebagainya.Makna27.05.2009
apakah yang dimaksudkan dengan ragam bahasa. contoh- contoh ragam bahasa. serta kepentingan ragam bahasa

Dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu, Za'ba membahagikan ragam bahasa atau gaya bahasa kepada dua bahagian, iaitu gaya cakap mulut dan gaya surat. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ragam bahasa dibahagikan kepada tajuk-tajuk berikut :

 i. Ragam bahasa lisan

ii. Ragam bahasa Melayu tulisan

iii. Bahasa-bahasa daerah

iv. Laras-laras bahasa Melayu moden.

Sila rujuk buku-buku berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Makna23.02.2010
Assalamualaikum, Mohon penjelasan penggunaan pada dan kepada yang terdapat dalam ayat berikut: Allah menampakkan sedikit kesempurnaan-Nya yang tidak terhingga itu pada@kepada kewujudan insan kamil. Kepada @Pada insan kamil ini, Allah memperlihatkan ciptaan-Nya dan membahagikan kasih sayang-Nya.

Kata sendi nama pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat, manakala kata sendi nama kepada untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Namun ayat contoh yang diberi tidak menunjukkan keterangan tentang waktu atau tempat dan juga sasaran. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 272 - 276.

Tatabahasa28.10.2011
sila semak: 1.sel yang dibelah itu mendua 2. Emak menduai pisang itu agar boleh dibahagikan sama rata 3. Zali menduakan isterinya 4. Wang yang dicuri itu diperdua untuk diberi kepada orang bawahannyaAyat yang betul ialah "emak membahagikan pisang itu kepada dua agar boleh dibahagikan sama rat". Ayat yang lainnya adalah betul. Harap maklum.Tatabahasa24.09.2007
soalan 1. Padi yang dibajainya subur A. Menghijau B. kehijauan 2.Apakah perbezaan antara memotong,mengerat,memangkas,mencantas ,membelah 3.Baju ini engkau yang beli.jadi tentulah baju ini A. milikku B.milikmu C.milikkau D.miliknya apakah jawapannya. 3. perbezaan menyusuri,merentasi,melintasi,meredah1. Padi yang dibajainya subur menghijau.
2. Memotong sama maksudnya denga mengerat dan memangkas sama maksudnya dengan mencantas, manakala membelah bermaksud memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian.   
3. Baju ini engkau yang beli. Jadi tentulah baju ini milikmu/milikkau.
4. Menyusuri bermaksud berjalan mengikut tepi, merentasi sama maknanya dengan melintasi dan meredah bermaksud menempuh.
Tatabahasa01.05.2012
12

Kembali ke atas