Salam sejahtera, "doktor itu membalut tangan saya" atau "doktor itu membalutkan tangan saya"? Apakah perbezaan antara "membalut" & "membalutkan"? | Jawapan yang betul ialah doktor itu membalut tangan saya. Membalut membawa maksud membungkus sesuatu supaya tidak terdedah manakala membalutkan menjadikan sesuatu sebagai balut.
| Tatabahasa | 27.10.2020 |
Aminah membalut buku-buku teks yang telah diberi oleh gurunya. Apakah nilai murni yang kita peroleh daripada ayat ini? Menghargai harta benda atau bertanggungjawab? | Kedua-dua nilai murni, iaitu menghargai harta benda dan bertanggungjawab boleh dikaitkan dengan ayat tersebut. Untuk tujuan peperiksaan sila rujuk guru di sekolah saudara. | Lain-lain | 01.05.2013 |
kakak membalut jari adik dengan se() kain Acarik Bhelai Cbidang Dkeping Mana satu yang betul Terima kasih | Jawapan yang tepat ialah "Kakak membalut jari adik dengan kain." | Lain-lain | 22.03.2022 |
Kafan boleh ditambah imbuhan? Contoh: Mengkafankan jenazah, iaitu membalut mayat dengan kain putih. Mengafankan jenazah, iaitu membalut mayat dengan kain putih. Perkataan mana yang betul? | Perkataan kafan apabila menerima imbuhan, huruf pertama - k akan luluh dan membentuk perkataan mengafankan sama seperti kayuh - mengayuh dan kejar - mengejar. | Tatabahasa | 08.01.2014 |
1) Kakak sedang membalut hadiah maka diberikan kepada pengantin. 2)Ketua kampung itu sentiasa mengambil berat kepada kebajikan anak buahnya. 3)Ranjit jatuh tersimpuh apabila terpijak kulit pisang itu selamat sejahtera, saya ingin bertanya tentang kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam soalan di atas. | Salam sejahtera, Ayat yang betul: 1. Kakak sedang membalut hadiah yang akan diberikan kepada pengantin. 2. Ketua kampung itu sentiasa mengambil berat kebajikan anak buahnya. 3. Ayat ketiga betul susunannya. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 30.01.2018 |
Ali menggunakan secebis/secarik kain untuk membalut luka? adakah penjodoh bilangan cebis dengan carik membawa maksud yang sama? terima kasih. | Cebis sama maksudnya dengan carik, iaitu potongan kecil. Oleh itu, cebis dan carik kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 16.06.2013 |
saya nama tohiroh kipan pelajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna bungkus terimakasih | Menurut data kami, perkataan bungkus bermaksud 1 penjodoh bilangan untuk sesuatu yang dibalut dengan kertas dan sebagainya: Tolong belikan saya rokok dua ~. 2 apa-apa yang digunakan untuk membalut: Apakah yang ada di dalam ~ kertas itu? membungkus membalut sesuatu dengan kertas dan lain-lain supaya tidak kelihatan: Emak saya sedang ~ nasi lemak dengan daun pisang. bungkusan sesuatu yang sudah dibungkus: Setiap ~ yang dibawa akan diperiksa oleh pihak kastam. pembungkusan perihal, perbuatan, proses dan sebagainya membungkus. pembungkus sesuatu (kertas, kain dan sebagainya) yang digunakan untuk membungkus. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=BUNGKUS | Makna | 09.11.2015 |
Salam sejahtera. Mohon jasa baik pihak tuan menterjemahkan, 'Manufacture of packing and wrapping machinery (e.g. filling, closing, sealing, capsuling or labelling machines, etc.)'. Terima kasih. | Pembuat Mesin Membungkus dan Membalut. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.05.2014 |
Apakah istilah dalam Bahasa Melayu bagi "duct tape"? | Bagi istilah ini masih belum ada di dalam Sistem Pusat Rujukan Persuratan Melayu kami. Cadangan bagi istilah duct tape ini dengan berdasarkan konsepnya yang membalut istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu ialah "Pita Pembalut". | Penyemakan dan penterjemahan | 04.12.2015 |
Apakah definisi bagi perkataan mengetut? | Definisi mengetut ialah 1. mencantumkan tunas daripada satu pokok pada pokok yang lain (untuk mendapatkan baka yang lebih baik); (Kamus Dewan Edisi Keempat); 2. mengelar dan membalut ranting pokok dengan tanah agar akar bercambah untuk dijadikan benih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) | Makna | 12.05.2020 |