Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bang.ga.kan] | ممبڠݢاکن

Definisi : 1. memegahkan: apakah yg hendak dibanggakan dgn gelaran warisan yg diterimanya itu? 2. menimbulkan rasa bangga, menimbulkan rasa besar hati: keputusan yg dicapai sungguh ~ kita semua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bang.ga.kan] | ممبڠݢاکن

Definisi : 1 menimbulkan rasa bangga; menyebabkan berasa megah: Kejayaannya dlm pelajaran ~ kedua-dua ibu bapanya. 2 berbesar hati kerana: ~ kejayaan diri sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membanggakan

Peribahasa

Mencencangkan sesuatu lading yang hilang.

Bermaksud :

Membanggakan kebesaran dan kekayaan yang telah hilang, membanggakan sesuatu yang tak ada harganya sama sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Mencencangkan lading patah).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
BUKTI YANG MENUNJUKKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA BESAR DUNIA.Sdr.Mc, jika kita membaca dan melapangkan sedikit masa untuk melihat-lihat buku-buku sejarah tentang kerajaan awal Melaka dan kawasan sekitarnya pasti Sdr. dapat berasa bangga apabila melihat penggunaan bahasa Melayu yang begitu luas digunakan di seluruh kepulauan Melayu. Begitu juga Sdr. akan kagum melihat surat-surat yang dihantar oleh orang Inggeris yang ditulis dalam bahasa Melayu dan menggunakan ejaan jawi. ini adalah sedikit gambaran perasaan yang sangat membanggakan kita. Terima kasih.Lain-lain21.09.2007

Kembali ke atas