perbuatan membangkitkan kemarahan | Perbuatan yang boleh membangkitkan kemarahan sebenarnya bergantung pada situasi, tindakan dan perbuatan seseorang yang melampau dan boleh menyinggung perasaan pihak lain sehingga pihak tersebut sukar mengawal kemarahan. | Lain-lain | 26.02.2009 |
bolehkan perkataan memberangsangkan diguna dalam menyatakan perihal keputusan peperiksaan. Contoh; Keputusan peperiksaan yang tidak memberangsangkan menyebabkan dia gagal memasuki pusat pengajian tinggi | Memberangsangkan bermaksud membangkitkan keberanian (semangat, dll) atau membangkitkan kemarahan. (Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat). Dalam contoh ayat yang diberikan, kata 'memberangsangkan' boleh digunakan dengan maksud membangkitkan semangat atau kemajuan yang menggembirakan. Lebih baik kata 'memberangsangkan' dalam ayat ini diganti dengan kata lain seperti keputusan tidak baik, tidak memuaskan, tidak cemerlang, dll. Sila rujuk kamus untuk penjelasan lanjut. | Makna | 10.08.2008 |
patriotik - bersifat (berperasaan, bersemangat) sbg patriot: Jepun telah berjaya membangkitkan perasaan ~ di kalangan penduduk tempatan. Benarkah pihak Jepun yang telah berjaya menaikan semangat patriotik di kalangan penduduk tempatan? Pada pendapat saya, kesan jajahan Jepun yang membakar semangat patriotik. Bukan pihak Jepun. Pihak Jepun hanya ingin menjajah. | Pihak kami hanya menjawab pertanyaan berkenaan masalah bahasa. Kami tidak menjawab pertanyaan mengenai perkara lain seperti sejarah. Ayat yang diberikan dalam Kamus Dewan hanya sebagai contoh penggunaan perkataan "patriotik". | Lain-lain | 30.08.2016 |
Apakah terjemahan yang tepat untuk "soul-stirring". | Untuk makluman tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "soul-stirring" dalam pangkalan data DBP. Padanan bahasa Melayu untuk perkataan ini bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. Antara terjemahan yang dicadangkan untuk "soul-stirring" adalah seperti yang berikut: 1. membangkitkan semangat 2. mengusik jiwa 3. membangkitkan keghairahan atau keterujaan 4. membangkitkan emosi | Istilah | 04.04.2016 |
saya mohon penyejasan untuk perkataan provokasi dan retorik dan sedikit contoh ayat yang sesuai untuk dua perkataan itu dan satu lagi dimana saya dapat mencari sejarah bahasa melayu kerana saya tertarik dalam pidatio antarabangsa | Provokasi ialah perbuatan membangkitkan kemarahan atau minat.Contoh ayat : Barangkali kamu dipukul kerana kamu memprovokasinya. Provokasi juga dikaitkan dengan membangkitkan, menimbulkan atau mencetuskan. Contoh : Biarlah saya mengadakan sedikit renungan terhadap ketiga-tiga unsur tersebut, sekurang-kurangnya utk memprovokasi pemikiran. Retorik pula bermaksud kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dlm penulisan atau pertutura. Retorik juga merupakan seni menggunakan atau memakai bahasa yg indah dan menarik utk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar atau seni berpidato. Bagi membantu saudara mendapatkan sejarah bahasa melayu, saudara boleh membuat rujukan pada buku Perancangan Bahasa Melayu, Tatabahasa Dewan atau Buku Susur Galur Bahasa Melayu. | Makna | 22.04.2007 |
Minta tanya, bagaimanakah menggunakan perkataan 'patriotisme' dan 'patriotik'? | Patriotik = bersifat (berperasaan, bersemangat) sebagai patriot. Contoh ayat, Jepun telah berjaya membangkitkan perasaan patriotik di kalangan penduduk tempatan. Manakala, patriotisme ialah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Cntoh ayat, puisi Itali dipengaruhi oleh rasa perpaduan bangsa dan patriotisme keitalian yang menjadi tema popular ketika itu. | Tatabahasa | 12.04.2013 |
sangat menarik | Makna menarik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah memikat (menawan) hati; b) menyukakan (menghiburkan, menggirangkan) hati kerana cantik dll; c) menimbulkan atau membangkitkan rasa kasih (sayang, ingin, dll). | Makna | 10.12.2009 |
Ada pendapat yang menyatakan bahawa mencolok mata lebih tepat penggunaannya daripada menjolok mata. Jika dirujuk Kamus Dewan, makna mencolok mata dan menjolok mata hampir sama dan boleh digunakan dalam ayat. | Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285). Kata menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. Supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. (Kamus Dewan, 2007:636). Sila baca dan fahami bahagian prelim Kamus Dewan termasuk prakata kerana Kamus Dewan berperanan merakam semua kata masukan yang digunakan oleh masyarakat. | Tatabahasa | 30.03.2010 |
Apakah perbezaan makna antara "merindui" dengan "merindukan"? Bagaimanakah "merindui" dan "merindukan" digunakan dalam ayat? Tuan tolong berikan ayat contoh. | Lihat penerangan dalam Kamus Pelajar, merindui bermaksud berasa rindu akan, dia merindui anak-anaknya di kampong. Merindukan bermaksud membangkitkan atau menimbulkan rasa rindu, nyanyian yang merawankan dan merindukan hati. | Tatabahasa | 19.12.2014 |
Selamat sejahtera, saya keliru dengan patriotik dengan patriotisme.. Untuk bahagian komsas, nilai patriotik atau nilai patriotisme, mana satu lebih tepat ya? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, Patriotik membawa maksud bersifat (berperasaan, bersemangat) sebagai patriot. Contoh ayat, Jepun telah berjaya membangkitkan perasaan patriotik di kalangan penduduk tempatan. Manakala, patriotisme ialah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Contoh ayat, Puisi Itali dipengaruhi oleh rasa perpaduan bangsa dan patriotisme keitalian yang menjadi tema popular ketika itu. | Makna | 28.04.2019 |