Yang mana betul? 1 Kakak membantu ibu menyusukan adik. 2 Kakak membantu ibu untuk menyusukan adik. 3 Kakak membantu ibu menyusui adik. 4 Kakak membantu ibu untuk menyusui adik. | Ayat yang betul ialah 1. Kakak membantu ibu menyusukan adik. | Tatabahasa | 08.04.2013 |
cuba membantu atau mencuba membantu | Yang betul ialah cuba membantu. | Tatabahasa | 10.07.2007 |
tuan, beberapa orang pemuda telah membantu mengetepikan kereta. atau beberapa orang pemuda telah membantu menepikan kereta TQ | Beberapa orang pemuda telah membantu mengetepikan kereta. Mengetepikan bermaksud memindahkan ke tepi. | Tatabahasa | 19.09.2011 |
sila tandakan kesalahan dalam ayat berikut, (A. Sejak) berpindah ke sana, Ali turut terlibat (B. di dalam) kerja-kerja sosial seperti membantu warga tua (C. serta) membantu orang miskin. (D. tiada kesalahan). pada pendapat saya, kesalahannya adalah B, sepatutnya dalam. | Ayat yang gramatis, sejak berpindah ke sana, Ali turut terlibat dalam kerja-kerja sosial seperti membantu warga tua serta membantu orang miskin. Pendapat tuan betul, kesalahan pada jawapan B. di dalam. | Tatabahasa | 27.09.2012 |
saye nak mintak tolong tukarkn asay sye kpada bahase inggeris.boleh? *membantu pelajar menyiapkan diri untuk berhadapan dengan alam pekerjaan yang berbeza dengan alam perkejaan. *membantu pelajar untuk lebih bersemangat dalam melaksanakan segala tugasan yang disusuli dengan pelbagai peraturan yang perlu di patuhi. *pelajar juga dapat menilai kemampuan diri semasa menjalani latihan industri ini. *membantu pelajar menambah ilmu pengetahuan serta dapat mempraktikan segala teori yang telah dipelajari kepada alam pekerjaan yang sebenar. *membantu pelajar mempelajari bagaimana cara untuk bergaul dan berkomunikasi sesama pekerja yang terdiri daripada pelbagai usia dan bangsa. *dapat menimbulkan sikap berani dan yakin terhadap keupayaan diri sendiri. | Pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan menterjemah teks dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Sila berhubung dengan Instutut Terjemahan Negara Malaysia, 03-41497210. | Lain-lain | 27.11.2007 |
membantu bina rumah anda | membantu membina rumah idaman anda | Tatabahasa | 10.02.2009 |
Bagaimanakah DBP membantu rakyat meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu di Malaysia? | Pelbagai usaha dilakukan oleh DBP untuk menggalakkan dan meningkatkan penggunaan bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat seperti mengadakan seminar, forum, bahas, pertandingan bercerita, penulisan esei, pemberian anugerah dan hadiah. Pameran bahasa yang bertujuan memberikan pendedahan dan maklumat kebahasaan turut diadakan. | Lain-lain | 27.10.2007 |
Terima kasih atas jawapan tuan. Ayat 'Sistem yang digunakan untuk membantu manusia membuat keputusan terbaik' tidak gramatis. Ayat ini terdiri daripada subjek sahaja, tiada predikat. Ayat yang gramatis ialah 'Sistem digunakan untuk membantu manusia membuat keputusan terbaik. Dalam ayat itu, 'untuk' bukan kata sendi, tetapi kata hubung pancangan keterangan tujuan. Kemusykilan saya masih belum terjawab. Terima kasih | "Sistem yang digunakan untuk membantu manusia membuat keputusan terbaik..." - contoh ayat tersebut tidak lengkap, tanda elipsis (...) digunakan bagi menandakan sebahagian ayat telah digugurkan. Ayat yang lengkap ialah "Sistem yang digunakan untuk membantu manusia membuat keputusan terbaik tentang sesuatu masalah berdasarkan rancangan, peraturan, atau model yang ditetapkan". Kami juga bersetuju dengan pernyataan saudara tentang kata hubung pancangan keterangan dalam contoh ayat yang diberikan. | Tatabahasa | 04.11.2010 |
Contoh ayat: Tuhan (Pencipta) menghulurkan pertolongan/bantuan kepada umat-Nya (makhluk ciptaan-Nya). Tuhan memakbulkan doanya dengan membantu/menolongnya terlepas daripada pemenjaraan. apakah jawapan saudara dan sila huraikan jawapan saudara yang boleh membantu saya melihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut. terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan perkataan pertolongan sama maksudnya dengan bantuan dan begitu juga dengan membantu sama maksudnya dengan menolong. Oleh itu, tidak ada perbezaan maksud bagi kedua-dua pasangan kata tersebut. | Makna | 11.01.2012 |
Bagaimana ingin membantu murid sekolah rendah (yang tidak tahu membaca) supaya dapat membaca dengan lebih baik lagi selain daripada program pemulihan? | Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun, dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Di bawah merupakan hasil carian menggunakan KAWAT DBP. Diiharap buku-buku rujukan tersebut dapat menyelesaikan persoalan saudara. | JUDUL | PENGARANG | PENERBIT | TAHUN TERBIT | NO KELAS | | | Mengajar Membaca - Teori Dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca | Yahya Othman | | 2004 | 428.407 Yah | Terperinci | | Motivasi dan Kaedah Membaca | Zaini Ujang | Nurin Enterprise | 1993 | 175.8 Zai | Terperinci | | Pembangunan perisian kaedah membaca bermultimedia | Amran Joned | UKM Bangi | 2002 | TE 005.1 Amr | Terperinci |
| Lain-lain | 13.04.2009 |