Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.nya/.kan] | ممباڽقکن

Definisi : 1. menjadikan banyak, membuat (supaya) menjadi banyak, menambah banyak: dia meminta supaya kerajaan ~ lagi bantuan kpd sekolah-sekolah Melayu; 2. = memperbanyakkan mendarabkan, mengalikan, menggandakan: ~ 25 dgn 4; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.nya/.kan] | ممباڽقکن

Definisi : menjadikan banyak: Projek ‘Buku Hijau’ bertujuan ~ bahan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membanyakkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, perkataan "membanyakkan" atau "memperbanyakkan" yang benar? sekian, terima kasih.Perkataan yang betul ialah membanyakkan dan memperbanyak.Tatabahasa27.02.2013
Betulkah penggunaan kata memperbanyakkan? Bukankah banyak merupakan kata adjektif dan kata adjektif tidak boleh hadir dalam imbuhan memper ... kan? Sepatutnya membanyakkan atau memperbanyak. Hasil carian dalam PRPM menunjukkan kata memperbanyakkan boleh digunakan. Mohon penjelasan.

Perkataan membanyakkan dan memperbanyak membawa maksud menjadikan banyak, membuat (supaya) menjadi banyak dan menambah banyak. Walau bagaimanapun, entri perkataan memperbanyakkan dalam data PRPM membawa maksud mendarabkan, mengalikan, menggandakan. Berdasarkan Kamus Perdana DBP terbitan 2020, entri perkataan memperbanyakkan tidak wujud. Oleh itu, jika konteks yang digunakan membawa maksud menjadikan banyak, membuat (supaya) menjadi banyak dan menambah banyak, hanya perkataan membanyakkan dan memperbanyak sahaja yang boleh digunakan.

Makna20.01.2021
Tuan, 1. Apakah perbezaan antasa analisis dengan analisa? 2. memperbanyakkan atau memperbanyak? Manakah yang betul? Terima kasih.1. Analisis.
2. Perkataan yang betul ialah membanyakkan dan memperbanyak.
Tatabahasa14.03.2017
perbezaan antara stu dan dua k. contoh : kebanyakkan atau kebanyakan. saya begitu keliru...Perkataan banyak apabila menerima imbuhan meN bagi membentuk kata kerja transitif akan menjadi membanyakkan. Perkataan tersebut apabila menerima awalan dan akhiran ke-an menjadi  kebanyakan bukan kebanyakkan. Tidak ada bentuk kebanyakkan atau imbuhan ke...kan. Ejaan23.04.2009
BAGAIMANAKAH UNTUK MEMBEZAKAN EJAAN PERKATAAN YANG MENGGUNAKAN SATU 'K' DAN DUA 'K'. CONTOH: BANYAKKAN KEBANYAKANPerkataan banyak apabila menerima imbuhan meN bagi membentuk kata kerja transitif akan menjadi membanyakkan. Perkataan tersebut apabila menerima awalan dan akhiran ke-an menjadi  kebanyakan bukan kebanyakkan. Tidak ada bentuk kebanyakkan atau imbuhan ke...kan.  Ejaan berdasarkan imbuhan yang sama ada awalan, akhiran dan apitan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk lebih lanjut mengenai imbuhan bagi memastikan ejaan yang betul dan tidak menyebabkan kekeliruan.Tatabahasa21.04.2013
PENGGUNAAN EJAAN PERKATAAN YANG MELIBATKAN SATU "K" DAN DUA "K" CONTOH : kebanyakan banyakkan BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMBEZAKAN EJAAN PERKATAAN UNTUK PERKATAAN YANG MEMERLUKAN SATU "K" DAN DUA "K"
Perkataan banyak apabila menerima imbuhan meN bagi membentuk kata kerja transitif akan menjadi membanyakkan. Perkataan tersebut apabila menerima awalan dan akhiran ke-an menjadi  kebanyakan bukan kebanyakkan. Tidak ada bentuk kebanyakkan atau imbuhan ke...kan. 
Tatabahasa20.04.2013

Kembali ke atas