Tuan, apakah perbezaan bagi "membawa ke" dan "membawa kepada"? Terima kasih. | "Membawa ke" bermaksud membawa ke sesuatu tempat atau arah, manakala "membawa kepada" membawa sesuatu untuk diberikan kepada seseorang/organisasi dan lain-lain selain arah dan tempat. | Tatabahasa | 16.11.2011 |
Salam, ada perkataan lain untuk maksud perkataan Mengenengahkan ( ketengah ) trima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, mengetengahkan bermaksud membawa ke tengah atau menampilkan ke muka, mengenengahkan bermasuk menjadikan tengah. | Tatabahasa | 14.01.2010 |
Assalamualaikum tuan. Adakah perkataan tunda yang merujuk kepada waktu dan tarikh semesti membawa ke hadapan? Bolehkah kita gunakan perkataan tunda itu untuk tarikh yang tukarkan ke belakang? Contohnya tarikh 2 Ogos ditunda ke tarikh 1 Ogos. Sekian terima kasih | Lazimnya tunda/menunda pelaksanaan sesuatu ke hadapan. Jika ke belakang lazimnya kita menyebut diawalkan, seperti pelaksanaan majlis ramah mesra diawalkan dari 2 Ogos kepada 1 Ogos. | Tatabahasa | 30.07.2012 |
tuan 1. para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas.(kesalahan diketengahkan, tetapi saya merujuk kamus dewan, diketengahkan bermaksud membawa ke tengah: ~ perahu, mengapa salah pula?) 2.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. (tuan, apakah perbezaan antara soalan 2 dengan 3, bagaimanakah saya terangkan kepada pelajar soalan 2 adalah salah dan soaaln 3 adalah betul.) terima kasih tuan | 1. Para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas. - ayat ini betul, diketengahkan dalam ayat ini bermaksud ditampilkan ke hadapan atau ditonjolkan (bukan dibawa ke tengah). 2. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. Kedua-dua ayat ini betul kerana menyerikan bermaksud menyemarakkan majlis, manakala berserilah bermaksud bersemaraklah majlis. | Tatabahasa | 31.03.2011 |
salam...tanda sempang (/), apakah kedudukan perkataan sebelum dan selepasnya? contoh: ibu membawa adik/abang ke kedai atau ibu membawa adik / abang ke kedai atau ibu membawa adik/ abang ke kedai | Tidak perlu dijarakkan seperti ibu membawa adik/abang ke kedai. | Ejaan | 14.09.2011 |
oleh itu betul ke oleh sebab itu betul? merasakan keperitan betul ke? ke berasa keperitan? | Frasa 'oleh itu' dan 'oleh sebab itu' kedua-duanya betul. Kata keperitan sahaja sudah membawa maksud rasa/peri hal perit, maka tidak perlu lagi berasa keperitan. | Tatabahasa | 22.03.2011 |
Membawa bekal atau Membawa bekalan? Contoh ayat: Dia pun membawa bekalan seperti kita." Aisyah melihat ke arah meja ang bersebelahan dengan meja mereka. | Membawa bekalan. Lihat www.prpm.dbp.gov.my dan lihat perbezaan makna antara kata bekal dan bekalan dan begitu juga dengan kata-kata yang lain. | Tatabahasa | 05.10.2011 |
Bagaimanakah membezakan perkataan "menyangkut" dan "menyangkutkan" ? Adakah perbezaannya seperti ayat di bawah: a)Ali menyangkut baju. b)Ali menyangkutkan baju pada dinding. | Saudara, Perkataan menyangkut/menyangkutkan daripada perkataan 'sangkut' bermaksud 1 terletak pd sesuatu dgn berkait; bergantung: Bajunya ~ pd paku di dinding bilik tidurnya. 2 ada kaitan atau hubungan (dgn): ~ dgn perkara itu, mereka akan mengadakan mesyuarat khas. bersangkutan 1 bersangkut banyak-banyak atau banyak yg bersangkut (bkn pakaian dll). 2 bersangkut dgn (bkn hubungan atau kaitan); ada pertaliannya atau ada hubungannya antara satu dgn yg lain; bertalian. menyangkut 1 melekat pd sesuatu (kawat pd kawat, kain pd duri dsb) kerana berkait. 2 memasukkan atau membawa ke dlm sesuatu perkara (urusan dsb); melibatkan. menyangkutkan meletakkan sesuatu pd kait; menggantungkan; menggayutkan: Dia ~ bekalannya pd dahan pohon jambu. tersangkut 1 terlekat pd sesuatu; terpaut; tergantung: Layang-layangnya ~ pd dahan pokok. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt keluar dgn lancar; terhenti: Kerana air bah, kami ~ di Temerloh. 3 turut terlibat dlm sesuatu perkara: Dia ~ juga dlm perompakan itu. sangkutan 1 tempat menyangkutkan sesuatu. 2 apa-apa yg mengganggu atau yg menghalang; rintangan. persangkutan hal, keadaan dsb bersangkut atau bersangkutan; pertalian; perhubungan. penyangkutan perihal, perbuatan dsb menyangkut atau menyangkutkan. penyangkut alat yg digunakan utk menyangkutkan sesuatu. Daripada makna di atas, kata menyangkut digunakan dalam konteks melekat pada sesuatu. Contoh kawat menyangkut pada kawat yang lain, manakala kata menyangkutkan pula digunakan dalam konteks meletakkan sesuatu pada sesuatu. Contoh, Ali menyangkutkan bajunya pada dinding. | Tatabahasa | 25.08.2010 |
Bapa membawa buku akaun pergi ke bank. Dalam ayat ini, perkataan "pergi" harus digunakan? atau ayat yang betul : Ayah membawa buku akaun ke bank. ? 2. Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. / Cita-cita saya menjadi seorang guru. ? 3. Hobi saya ialah menyanyi / Hobi saya bernyanyi. Ayat mana satu yang betul? | Kesemuanya boleh digunakan, cuma apabila kita menggunakan penambahan perkataan-perkataan yang berikut menjadikannya lebih gramatis. | Tatabahasa | 16.10.2007 |
1. Bapa membawa saya dan keluarga ke Zoo Negara dengan kereta / dengan menaiki kereta bapa. | Jawapan yang betul ialah Bapa membawa saya dan keluarga ke Zoo Negara menaiki kereta. | Tatabahasa | 04.04.2010 |