Saya membawakan encik sekeluarga kuih raya. Ayat di atas betul ke? | Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, jawapan tersebut betul. | Lain-lain | 09.06.2022 |
Jika tiada imbuhan 'nir' digunakan dalam bahasa melayu yang membawakan maksud 'tiada' kenapa dalam pangkalan data DBP ada penggunaan 'nir'. Contoh dalam lampiran, 'off air' = 'nir' udara dan Wireless Remote Control = Alat Kawalan 'Nir' Dawai. Jika Wireless adalah wayarles kenapa dalam istilah alat kawalan ia adalah nir dawai. Kenapa off air adalah nir udara. Apakah maksud nir di sini? Kenapa 'nir' tidak sesuai digunakan dalam istilah cashless = nirtunai? wireless = nirwayar?. Kalau Wireless boleh jadi wayarles, cashless boleh la jadi tunailes? | Salam sejahtera, Tuan, Berdasarkan Jawatankuasa Istilah telah memutuskan pemilihan perkataan yang sesuai bagi padanan dalam bahasa Melayu seperti yang terakam di dalam Kamus Dewan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 20.02.2019 |
Aslm pihak khidmat nasihat DBP, Apakah perbezaan antara men...i dan men..kan, atau di...i dan di...kan? (bukan dalam konteks objek bernyawa atau tidak) Contoh: 1) Kakak mengambilkan segelas air suam untuk datuk. (Menurut buku saya, ayat ini salah, tetapi bukankah kalau apitan meN..kan, ia perlu diikuti objek?) 2)Pemuda itu membelikan tunangnya seutas rantai emas atau Pemuda itu membelikan seutas rantai emas untuk tunangnya? Adakah apitan meN..i dan meN..kan membawa 'maksud berbeza', apabila digunakan dalam ayat-ayat tertentu? Contohnya: melakukan perbuatan untuk seseorang :membawakan, menyebabkan objek berlaku :menghilangkan Mohon penjelasan. Selain itu, bilakah dimasukkan apitan -kan atau -i dan bilakah ia digugurkan? Contoh : 1) Dia mengisi borang atau Dia mengisikan borang 2) Kakak mengambilkan datuk segelas air suam atau Kakak mengambil segelas air suam untuk datuk. Mohon penjelasan untuk setiap soalan yang dikemukakan. | Fungsi apitan meN-...-kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. Tidak berlaku pengguguran apitan meN-...-kan atau meN-...-i, dalam konteks ayat tersebut perkataan yang sesuai ialah mengambil. | Tatabahasa | 23.09.2015 |