Saya ingin tanya samada frasa ini betul atau salah: Abu membayar harga kepada penjual itu atau Abu membayar wang kepada penjual itu. Harap tuan dapat membalas saya terima kasih | Maksud "membayar" ialah memberi wang untuk harga barang yang diterima (untuk menyelesaikan hutang, sebagai upah kepada seseorang, dan lain-lain): Membayar gaji; Membayar hutang; membayar bil elektrik. Ayat "Abu membayar harga kepada penjual itu" tidak betul. Ayat "Abu membayar wang kepada penjual itu" juga tidak tepat. Ayat yang sesuai ialah: Abu membayar makanan yang dibelinya di kaunter bayaran. | Lain-lain | 25.05.2017 |
Dia membayar wang selepas mengambil makanan itu. Adakah frasa kerja "membayar wang" itu betul? atau membayar harga makanan yang dibeli? TQ | Dia membayar makanan yang dibeli. (Betul) membayar (Kamus Dewan Edisi Keempat)- memberi wang utk harga barang yg diterima (utk menyelesaikan hutang, sbg upah kpd seseorang, dll): ~ gaji; ~ hutang; ~ bil elektrik Contoh lain; Dia membayar sewa rumah. | Tatabahasa | 04.09.2012 |
Ingin tanya penggunaan kata 'membayar'... Adakah 'membayar harga' betul penggunaannya? | Jawapan: Frasa tersebut betul. | Tatabahasa | 12.03.2015 |
Manakah yang betul? membayar bil makanan / membayar bil ( situasi di restoran) | Kedua-duanya betul, namun 'membayar bil makanan' lebih menjelaskan situasi tersebut. | Tatabahasa | 01.02.2012 |
"...membayar pampasan berkenaan dengan kerosakan harta benda..." adakah perkataan "berkenaan dengan" dalam ayat diatas jatuh dibawah kesalahan kategori frasa kerja tak transitif? | Frasa "berkenaan dengan" adalah betul. | Tatabahasa | 01.11.2013 |
1. Penyewa telah membayar deposit tetapi belum memasuki unit rumah PPR akibat kerosakan; Atau 2. Penyewa telah membayar deposit tetapi belum memasuki rumah ppr akibat kerosakan. | Ayat yang lebih tepat ialah “Penyewa telah membayar deposit rumah PPR, tetapi belum memasuki rumah berkenaan disebabkan terdapat kerosakan.” | Tatabahasa | 11.07.2024 |
ibu membayar harga ikan. betul atau salah?terima kasih. | Jawapan: Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 26.08.2014 |
Ayah Ivy membayar harga barangan yang dibeli di kaunter pembayaran. ayat ini ialah ayat majmuk atau ayat tunggal | Ayat tersebut merupakan ayat tunggal. | Tatabahasa | 03.01.2025 |
Adakah ayat-ayat berikut betul ? (1)Aril beratur di kaunter pembayaran untuk membayar harga buku-buku yang dibelinya. (2)Aril beratur di kaunter pembayaran untuk membayar buku-buku yang dibelinya. (3)Aril beratur di kaunter pembayaran untuk membuat bayaran. | Ayat yang betula ialah "Arif beratur di kaunter pembayaran untuk membayar buku-buku yang dibelinya. | Tatabahasa | 24.07.2014 |
Salam sejahtera. Kegunaan "bukan"dan "tidak". Mana satu betul? Pak Ahmad bukan mampu membayar yuran sekolah cucunya. Pak Ahmad tidak mampu membayar yuran sekolah cucunya. Terima kasih. | Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, contohnya seperti dalam ayat yang diberikan: 1. Dia bukan cantik tetapi pandai bergaya. Ayat yang betul ialah "Pak Ahmad tidak mampu membayar yuran sekolah cucunya. | Tatabahasa | 18.04.2013 |