Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.zir.kan] | ممبذيرکن

Definisi : menggunakan sesuatu dgn berlebih-lebihan sehingga terbuang, memboroskan, membuang-buang: jangan ~ air dlm musim kemarau; ~ masa dan tenaga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.zir.kan] | ممبذيرکن

Definisi : menggunakan sesuatu dgn berlebih-lebihan dan sia-sia; memboroskan: Mengusahakan sesuatu projek tanpa perancangan hanya akan ~ wang dan tenaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membazirkan

Peribahasa

566

Sweep your own doorstep clean

Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.

Pacak mencerca biduk orang, biduk sendiri tak terkayuh

''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said

''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Pacak mencerca biduk orang, biduk sendiri tak terkayuh,'' kataku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul? 1) Jangan membazirkan elektrik 2) Jangan bazir elektrik 3) Jangan bazirkan elektrikFrasa yang betul ialah Jangan membazirkan elektrik.Tatabahasa29.07.2013
Salam sejahtera Malaysia. Soalan : Kita juga perlu menutup paip air semasa menggosok gigi. Hal ini penting supaya air tidak DIBUANG / TERBUANG begitu sahaja. Bagi ayat di atas, sila tanya yang manakah jawapan adalah betul atau lebih sesuai? Terima kasih.Perkataan membazirkan air lebih sesuai untuk digunakan dalam ayat ini. Cadangan kami:

Kita perlu menutup pili air semasa menggosok gigi supaya tidak membazirkan air.


Sila rujuk pautan di bawah untuk maksud perkataan bazir dan buang:

https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bazir
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=buang
Tatabahasa27.11.2020

Kembali ke atas