Adakah ayat berikut ini betul, 'membelanjakan atau membelanja' ? Uji kepantasan anda dalam membelanjakan RM1,000,000. Apakah perbezaan penggunaan perkataan tersebut, -kan atau tiada perkataan -kan? | Ayat yang betul ialah Uji kepantasan anda dalam membelanjakan RM1,000,000. Perkataan "membelanjakan" ialah kata kerja transitif, oleh itu perlu diberi imbuhan "-kan". Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, tajuk akhiran kata kerja, halaman 183. | Tatabahasa | 02.06.2009 |
Bolehkah tuan cuba pastikan ayat ini gramatis? Ibu bapa telah membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk pendidikan kita, justeru wajarlah kita belajar dengan bersungguh-sungguh. Adakah kata penanda wacana 'justeru"dalam ayat ini digunakan dengan betul? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar; dan 2. malahan, bahkan. Justeru sebagai penanda wacana penghubung boleh digunakan dalam ayat ini yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. | Tatabahasa | 20.05.2010 |
apa makna hemat | Merujuk Kamus Dewan edisi keempat, hemat ialah tidak boros atau membazir (dlm membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat: kalau ingin kaya kita harus berbelanja dgn ~; 2. dgn penuh perhatian (minat dll), dgn teliti, cermat, hati-hati, berhati-hati, berwas-was, beringat-ingat, berjaga-jaga. Harap maklum. | Makna | 07.01.2008 |
Betulkah terjemahan di bawah: She spent RM 30 for petrol to reach the nearest town from house. If she used RM 20 to reach her grandmother’s house, how much did she spend to continue to the nearest town? Dia membelanjakan RM30 ke atas minyak untuk tiba di pekan yang berhampiran dengan rumah. Jika dia menggunakan RM 20 untuk sampai ke rumah neneknya, berapakah jumlah wang yang dibelanjakan untuk meneruskan perjalanan ke pekan itu? | Azeelia, Ayat yang betul ialah: Dia menggunakan minyak sejumlah RM30 untuk sampai ke pekan yang paling hampir dengan rumahnya. Jika dia menggunakan RM20 untuk sampai ke rumah neneknya, berapakah jumlah wang yang digunakannya untuk meneruskan perjalanan ke pekan yang paling hampir? | Tatabahasa | 26.08.2010 |