Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.li.kan] | ممبليکن

Definisi : 1. membeli utk: ia jarang-jarang ~ isterinya barang perhiasan; 2. menggunakan wang utk membeli sesuatu: wang tiadalah banyak, saya hematkan dr sedikit ke sedikit, itulah yg dibelikan rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.li.kan] | ممبليکن

Definisi : membeli sesuatu utk: Ia ~ adiknya sepasang kasut kulit sbg hadiah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membelikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ayat pasif untuk ayat-ayat berikut? Ali membelikan ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Saya membelikan ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Dia menghadiahi ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Saya menghadiahi ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu.Ayat yang diberikan ini "Ali membelikan ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Saya membelikan ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu." tidak mengikut hukum  tatabahasa iaitu kata kerja aktif transitif memerlukan objek sebagai penymbut. Manakala ayat pasif bagi ayat "Dia menghadiahi ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu" ialah "ibu dia dihadiahi olehnya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu". Ayat pasif bagi ayat ini pula "Saya menghadiahi ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu." ialah "Ibu dihadiahi oleh saya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu."Tatabahasa22.05.2017
Tuan, ayat yang mana satu betul? 1) Encik Ong selalu membelikan isterinya barang-barang kemas. 2) Encik Ong selalu membelikan barang-barang kemas untuk isterinya.Ayat yang gramatis ialah Encik Ong selalu membelikan isterinya barang-barang kemas.Tatabahasa14.06.2012
Tolong selesaikan kekeliruan ini:KK transitif dalam frasa 'membelikan Ahmad' dan 'membeli kasut' adalah tepat.pada fahaman saya kktr membelikan disertai objek yag bernyawa manakala kktr membeli untuk objek tidak bernyawa. Bagaimana pula antara 'memberi' dengan 'memberikan'.Kenapa memberikan Ahmad(objek bernyawa) dan memberi kasut(objek tidak bernyawa) salah pula? Tolong jelaskan kerana saya semakin pening kerana menentukan sama ada mahu menggunakan meN.... atau meN....kan.Frasa "membelikan Ahmad" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek dan objek pertama ialah objek yang bernyawa. Manakala frasa "membeli kasut" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud melakukan sesuatu. Kata kerja berawalan meN- boleh terdiri daripada kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak transitif. Bagi perkataan memberi dan memberikan pula, perkataan 'memberi' digunakan untuk objek yang bernyawa, manakala perkataan 'memberikan' digunakan untuk objek yang tidak bernyawa. Hal ini sedemikian kerana aspek makna yang dibawa oleh kedua-dua perkataan tersebut. Memberi membawa maksud menyampaikan (sesuatu) kepada seseorang, manakala memberikan membawa maksud memberikan sesuatu. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa07.04.2012
Bagaimanakah mahu pastikan sama ada KKTr meN....kan yang membawa maksud kausatif atau banefaktif. contohnya alam frasa 'membelikan ikan' atau membeli ikan. ATAU frasa' membeli emak ikan itu' atau membelikan emak ikan itu. Yang mana satu tepat dan tolong jelaskan. kenapa dalam frasa 'menjelaskan perkara' memerlukan akhiran '..kan' untuk maksud kausatif dan mengapa frasa 'membeli ikan' tak perlu akhiran ...kan dalam maksud kausatif?Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 197, maksud kausatif atau menyebabkan, contohnya: Ali membesarkan rumahnya (menyebabkan menjadi besar), manakala maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek. Contohnya: Ayah membelikan adik buku (membeli untuk adik/adik mendapat manfaat). Merujuk contoh yang diberikan oleh saudara, frasa yang betul ialah "membelikan emak ikan" untuk maksud benefaktif. Hal ini berbeza dengan frasa "membeli ikan". Frasa tersebut betul dan membawa maksud melakukan sesuatu. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk awalan meN- dan apitan meN-...-kan..Tatabahasa06.04.2012
Adakah ayat ini betul. Abu membelikan sebungkus nasi goreng untuk adiknya.Ayat yang gramatis ialah "Abu membelikan adiknya sebungkus nasi goreng."Tatabahasa01.04.2015
Dalam kedua-dia ayat di bawah, ayat yang manakah betul penggunaan imbuhannya / kedua-dua ayat betul? Kenapa? 1. Ibu membelikan adik sepasang kasut. 2. Ibu membelikan sepasang kasut untuk adik. Masalah ini sering kami temui dalam proses pengajaran di sekolah. Semoga persoalan kami ini dapat terjawab. Terima kasih.

Jawapan yang betul ialah 1. Ibu membelikan adik sepasang kasut. Ayat ini betul kerana kata kerja yang terbentuk dengan apitan men...kan ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam ayat transitif aktif. 2. Ibu membeli sepasang kasut untuk adik. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 194-196.

Lain-lain04.04.2010
Ayat mana yang betul? A) Saya membelikan ibu saya sehelai baju. B) Saya membeli ibu saya sehelai baju. Terima kasih.

Ayat yang betul ialah Saya membelikan ibu saya sehelai baju.

Tatabahasa11.11.2009
kenapa frasa 'membelikan baju' kurang tepat? Bukankah frasa ini bermaksud membuat sesuatu sepertimana frasa 'merundingkan hal itu'? kedua-dua frasa nampak sama maksud apabila menggunakan apitan 'meN....kan. Hal inilah yang mengelirukan sayaKata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan membawa beberapa maksud tertentu, antaranya maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek dan objek pertamanya objek bernyawa. Contohnya perkataan yang tuan berikan "membelikan" menjadi ayah membelikan adik baju atau contoh lain saya memasakkan tetamu gulai ikan. Selain itu apitan juga men-...-kan juga membawa maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar, contohnya ... merundingkan hal ... dan ... merancangkan projek .... Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 197.Tatabahasa09.09.2012
Bolehkah tuan terangkan penggunaan dan alasannya: 1a. dijatuhi 1b. dijatuhkan 2a. menjatuhi 2b. menjatuhkan 3a. tertarik oleh 3b. tertarik dengan 4a. membeli 4b. membelikan 5a. atau 5b. ataupun 6a. menghindari 6b. menghindarkan1. Perkataan "menjatuhi" diikuti objek bernyawa seperti Hakim menjatuhi pesalah hukuman gantung sampai mati, perkataan menjatuhkan diikuti objek tidak bernyawa seperti Hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah. Perkataan dijatuhi dan dijatuhkan ialah bentuk pasif perkataan menjatuhi dan menjatuhkan. Lihat contoh ayat pesalah dijatuhi hukuman gantung sampai mati dan hukuman gantung sampai mati dijatuhkan kepada pesalah.
2. Frasa "tertarik oleh" dan "tertarik dengan", kedua-duanya sama maksud dan fungsinya.
3. Membeli bermaksud memperoleh barang dengan membayar, seperti "membeli kereta"; manakala membelikan bermaksud membeli untuk, seperti membelikan isterinya sebuah kereta.
4. Menghindari bermaksud menjauhkan diri daripada seperti ayat saya berusaha menghindarinya: dan menghindarkan bermaksud mengelakkan daripada seperti ayat Undang-undang telah digubal utk menghindarkan perbuatan rasuah.
Makna29.09.2014
Seperti yang diterangkan Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.Soalan :Abu membelikan ayah sebuah hadiah dari Melaka. Ayat pasif yang manakah betul? Jika silap,tolong berikan penerangan. (A) Ayah dibelikan oleh Abu sebuah hadiah dari Melaka. (B) Ayah dibelikan sebuah hadiah dari Melaka oleh Abu. [Adakah ayah ialah objek asal sedangkan perkataan 'ayah' merujuk kepada manusia ?]Ayat aktif:  Abu membelikan ayah sebuah hadiah dari Melaka.

Ayat pasif yang manakah betul? Jika silap,tolong berikan penerangan.
(A) Ayah dibelikan oleh Abu hadiah dari Melaka. - Betul
(B) Ayah dibelikan hadiah dari Melaka oleh Abu. Salah
[Adakah ayah ialah objek asal sedangkan perkataan 'ayah' merujuk kepada manusia ?]

Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Objek boleh terdiri daripada manusia.
Tatabahasa26.10.2015
1234

Kembali ke atas