| Assalamualaikum, Mohon penjelasan tentang penggunaan perkataan ' kita' dan 'kalian' dalam ayat-ayat di bawah: 1."Kita perlu menghasilkan kraf tangan yang cantik dan berkualiti supaya pelanggan akan tertarik untuk membelinya," kata Encik Mansor kepada para pekerjanya. 2."Kalian perlu menghasilkan kraf tangan yang cantik dan berkualiti supaya pelanggan akan tertarik untuk membelinya," kata Encik Mansor kepada para pekerjanya. Prsoalan saya ialah, penggunaan perkataan 'kita' dan 'kalian' dalam ayat di atas, ayat manakah yang lebih tepat dan betul. Mohon penjelasan dari pihka tuan. Terima kasih. | Kata ganti nama diri kita merujuk pihak yang berbicara dan yang dilawan bicara, iaitu penutur dan pendengar. Kalian merujuk kamu semua. Dalam ayat contoh yang diberikan, kedua-duanya betul tetapi berbeza maksud. Dalam ayat 1 ("Kita perlu menghasilkan kraf tangan yang cantik dan berkualiti supaya pelanggan akan tertarik untuk membelinya," kata Encik Mansor kepada para pekerjanya), penggunaan kita turut melibatkan Encik Mansorbersama-sama pekerjanya, manakala dalam ayat 2, ("Kalian perlu menghasilkan kraf tangan yang cantik dan berkualiti supaya pelanggan akan tertarik untuk membelinya," kata Encik Mansor kepada para pekerjanya) tidak melibatkan penyertaan Encik Mansor kerana maksud kalian ialah kamu semua. | Tatabahasa | 01.07.2010 |
| Ayah membelek-belek komputer itu sebelum membelinya. ( Betulkah penggunaan perkataan membelek-belek dalam konteks ayat ini?) | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, membelek-belek bermaksud memerhati dgn teliti, mengincar, memeriksa: ia menghunus goloknya dan membelek-beleknya sebentar. Berdasarkan huraian tersebut, ayat tersebut betul penggunaan bahasanya. | Tatabahasa | 18.08.2010 |
| Adakah ayat berikut betul? 1. Seorang lelaki sedang memilih sotong untuk membeli. 2. Seorang lelaki sedang memilih sotong untuk membelinya. | Kedua-dua ayat tersebut kurang tepat. Ayat tersebut boleh dibaiki menjadi "seorang lelaki memilih sotong untuk dibeli". | Tatabahasa | 12.06.2014 |
| Maksud lansung | Langsung bermaksud 1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas, terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya; dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun, sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh menolong orang; kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi: kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunangan mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran, dll): ~ dr sasaran; | Lain-lain | 04.08.2010 |
| Salam.. Saya mencari kamus dewan dalam bentuk softcopy, yang mana akan membolehkan saya menyemak perkataan, ejaaan dan sebagainya. Jika ada, berapa harganya dan dimana boleh saya membelinya ? | Cadangan kami ialah Kamus Elektronik Dewan Eja Pro. Boleh didapati di Kedai Buku Dewan Bahasa dan Pustaka atau cawangan yang berdekatan. | Lain-lain | 22.02.2010 |
| Pada masa ini PERKESO membeli 100 lesen Kamus elektronik DEWAN EJA. Apakah kamus ini milik bersama DBP?. Sekiranya TIDAK apa kamus elektronik yang dijual oleh DBP dan bagaimana untuk membelinya sebab PERKESO sangat memerlukannya sebagai rujukan bersama dalam perisian Microsoft Words 2007 sebagai spelling checker bila menaip dalam Bahasa Malaysia. | DEWAN EJA merupakan kamus elektronik DBP. | Lain-lain | 10.08.2010 |
| Assalamualaikum Sebenarnya saya cukup minat membaca Munsyi Bahasa oleh Muhammed Salehudin Aman dalam TUTOR yang disisipkan bersama akhbar Utusan Malaysia. Adakah terdapat sebuah buku tentang tulisan beliau itu? Saya ingin membelinya. Terima kasih. Zol kepli Yahaya | Kumpulan tulisan Munsyi Bahasa yang disiarkan dalam TUTOR oleh Encik Muhammad Salehudin Aman diterbitkan dalam buku bertajuk Mari Kita Berbahasa Jilid 1 dan Jilid 2. Buku-buku ini diterbitkan oleh Citra Kurnia Enterprise yang beralamat 7256, Jalan 18/10, tAMAN sRI sERDANG, 43300 Seri Serdang, Selangor. | Lain-lain | 07.10.2008 |
| Salam sejahtera, Tim penyelidik kami menjalankan kajian tentang 'period poverty' iaitu situasi di mana seseorang individu mempunyai kekurangan utk mendapatkan keperluan menstruasi. Contohnya, tidak cukup pad/tampon, tiada akses kpd pad/tampon atau tidak mampu membelinya. Keadaan ini menyebabkan pelbagai masalah sosial seperti: a) malu utk ke sekolah semasa didatangi haid b) penggunaan yang tidak sanitasi (ulang guna, tidak menukar dengan kerap c)menggunakan bahan2 yg tidak sanitasi seperti sabut kelapa, surat khabar. Soalannya: Apakah translasi utk 'period poverty' dalam Bahasa Melayu? Terima kasih. | Cadangan padanan terjemahan bagi period poverty ialah kekangan produk menstruasi atau kekangan kelengkapan peribadi wanita. | Lain-lain | 10.12.2020 |
| Saya sedang menjalankan kerja-kerja menyunting (meng"edit") kertas kerja berbentuk kuantitatif untuk dijadikan buku. Saya mohon contoh atau buku contoh untuk dijadikan panduan bagi menukarkan kertas kerja kuantitatif kepada bentuk buku. Sekiranya saya perlu membeli buku tersebut saya sanggup membelinya. | Untuk makluman, pihak kami tidak mempunyai maklumat berkenaan perkara tersebut. Mungkin saudara boleh melihat buku-buku terbitan syarikat lain. | Lain-lain | 30.10.2015 |
| Nazrul Tamdjis Dec 16th, 6:28pm Salam. Saya ada membeli buku lorong karya Othman Hj Zainuddin. bila sy baca 3 /4 buku baru perasaan buku ini salah dicetak. bab 1,2 dan 3 diulang cetak di bahagian belakang menyebabkan cerita tergantung. Saya membelinya di pesta buku 1 Malaysia. Amat mengecewakan | Waalaikumussalam. Encik Nazrul, pertama sekali saya memohon maaf atas kesilapan yang berlaku. Dalam hal ini, saya memohon tuan mengembalikan buku tersebut kepada pihak Koperasi yang berpejabat di Tingkat Bawah, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Sekiranya tuan berada di Kuala Lumpur atau kawasan yang berhampiran dengannya, tuan boleh datang sendiri dan berjumpa dengan pegawainya, Encik Isa bin Khamis ataupun Encik Mat Zaini bin Mat Noor untuk penggantian buku tersebut. Pegawai ini boleh dihubungi melalui telefon 03-21479675/0102637174. Untuk keterangan lanjut, tuan juga boleh menghubungi editor buku tersebut, Puan Siti Rabiatul Adawiyah binti Abdul Hadi di talian 03-21479516. Pada naskhah yang kami ada, tidak berlaku kesilapan tersebut. | Lain-lain | 16.12.2014 |