bagaimanakah perkataan "memberi" dan "memberikan" digunakan? Kita memberi / memberikan nasihat. Memberi /memberikan hadiah. Memberi/memberikan budak itu.... | Perkataan 'memberi' digunakan hanya untuk sesuatu yang bernyawa, contohnya orang. Manakala perkataan 'memberikan' digunakan untuk objek yang tidak bernyawa. Contoh ayat yang betul ialah memberikan nasihat, memberikan hadiah dan memberi budak itu.................... Harap maklum. | Tatabahasa | 12.07.2008 |
Hi, boleh saya tahu perbezaan antara memberi dan memberikan ? Dari kamus, perkataan 'memberi' hendaklah diikuti dengan kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Tetapi bagaimana pula dengan benda abstrak ? Contohnya, memberi / memberikan salam ? memberi / memberikan nasihat ? memberi / memberikan peringatan ? memberi / memberikan taklimat ? dan lain-lain lagi. Ada jawapan dari kamus yang menyatakan bahawa "memberi taklimat" adalah betul, tetapi ada juga yang menyatakannya salah. Harap tuan dapat membantu saya dalam soalan-soalan yang dikemukakan. Terima kasih. | Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, seperti memberi adiknya sebuah buku cerita dan memberikan taklimat kepada peserta. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 dan 202. | Tatabahasa | 16.10.2014 |
Assalamualaikum, Saya ingin tahu adakah hukum objek bernyawa ini masih terpakai untuk "memberi" dan "memberikan". Jika ya, boleh maklumkan, di muka surat berapa dalam buku Tatabahasa Dewan ada diterangkan mengenai perkara ini. Di bawah ini petikan daripada prpm: Perkataan 'memberi" dan memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti dengan kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contoh ayat adalah seperti yang berikut: a. Ali memberi kucing makan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Sila rujuk buku tatabahasa bahasa Melayu untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Adakah terpakai untuk kata kerja "beri" saja atau juga untuk kata kerja lain juga? Terima kasih. | Contoh yang dinyatakan di atas terdapat dalam buku TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (m/s: 207). Bagi mendapatkan penerangan yang lebih lanjut, sila rujuk BAB 7: Kata Kerja, dalam buku TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (m/s 143- 222) | Tatabahasa | 02.11.2019 |
1. Ali memberi makanan kepada ikan. 2. Ali memberikan makanan kepada ikan. Ayat mana yang betul? Bagaimankah kita membezakan "memberi" dan "memberikan? Terima kasih | Ayat yagn betul ialah Ali memberikan makanan kepada ikan. Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. | Tatabahasa | 25.05.2014 |
Apakah perbezaan penggunaan 'mengemas' dan 'mengemaskan' dalam serta 'memberi' dan 'memberikan' dalam konteks ayat? | Kamus Pelajar menakrifkan kata mengemas ialah perbuatan menyusun atau mengatur elok-elok, seperti ayat Dia sibuk mengemas barang-barang yang hendak dibawanya ke Pulau Pinang esok; manakala mengemaskan ialah perbuatan menjadikan tersusun, seperti ayat Ia tidak diizinkan pulang sebelum mengemaskan kerjanya. Perbezaan yang jelas, kata kerja mengemas merujuk perbuatan yang sedang berlaku. | Tatabahasa | 15.09.2015 |
erkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan memberi hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Diberi dan diberikan adalah bentuk pasif memberi dan memberikan. Oleh itu ayat "Sejumlah RM50000 diberi kepada pesakit jantung yang akan menjalani pembedahan secepat mungkin" adalah betul. terima kasih, tuan.. tetapi kalau memberikan diikuti dengan kata nama tidak bernyawa. maka, jawapan sepatutnya sejumlah wang diberikan kepada pesakit dan bukannya diberi kepada pesakit. ) terima kasih kerana kekeliruan semakin kurang. | Perkataan 'memberi' dan 'memberikan' merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Dan begitulah juga dalam bentuk pasif. Oleh itu, ayat "Sejumlah wang diberikan kepada pesakit" adalah gramatis. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 23.07.2011 |
Manakah yang betul? 1.( memberi / memberikan) tunjuk ajar,ajaran, amaran, nasihat, prtkhidmatan | Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Oleh itu, penggunaan yang betul ialah "memberikan nasihat/memberikan amaran dan sebagainya. | Tatabahasa | 26.01.2014 |
Menurut jawapan pihak Tuan, perkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan memberi hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Akan tetapi, berdasarkan penerangan di atas, saya hendak mengemukankan beberapa butir untuk ditelitikan. 1. Ali memberi adik (objek bernyawa) air. 2. Ali memberikan air (objek tak bernyawa) kepada adiknya. Dua ayat ini betul menurut penerangan di atas. 3. Ali memberi/memberikan anaknya (objek bernyawa) kepada keluarga itu. 4. Disebabkan miskin, Ali telah memberi/memberikan anak bongsunya (objek bernyawa) kepada jirannya. Bagaimana pula dengan dua ayat di atas? 4. Bos tidak memberi/memberikan gaji (objek tak bernyawa) bulan ini. 5. Cikgu sudah memberi/memberikan arahan (objek abstrak) kali kedua. 6. Nenek suka memberi/memberikan nasihat (objek abstrak). Harap Tuan dapat menjawab soalan saya dgn penerangan yg teliti. Setahu saya, mem...kan akan diikuti dengan kepada, manakala mem... itu sendiri tidak perlu. Contoh: 1. Dia memberikan kucingnya (objek bernyawa) kpd jirannya. 2. Dia tidak suka memberi nasihat. Adakah kedua-dua ayat di atas gramatis? Sekian terima kasih. | Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, menerangkan makna: (i) Memberi - menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh ayat: Ia memberi anak-anaknya wang saku. (ii) Memberikan - menyerahkan sesuatu kepada... Contoh ayat: Saya memberikan buku itu kepada adik saya. Maka, ayat yang betul ialah: 1. Ali memberi adik air. 2. Ali memberikan air kepada adiknya. 3. Ali menyerahkan anaknya kepada keluarga itu. (Kata menyerahkan lebih tepat dalam konteks ayat ini) 4. Disebabkan miskin, Ali telah menyerahnya anak bongsunya kepada jirannya. (Kata menyerahkan lebih tepat dalam konteks ayat ini) 4. Bos tidak memberikan gaji pada bulan ini. 5. Cikgu sudah memberikan arahan kali kedua kepada pelajar itu. 6. Nenek suka memberikan nasihat kepada cucu-cucunya.
| Tatabahasa | 24.03.2015 |
Saya memberikan/memberi makanan kepada ikan-ikan?? Bagaimanakah penggunaan memberikan dan memberi?? | Dalam Kamus, cukup terang diberikan makna memberi dan memberikan. Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, menerangkan (i) Memberi-menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh ayat: Ia memberi anak-anaknya wang saku. (ii) Memberikan- menyerahkan sesuatu kepada. Contoh ayat: Saya memberikan buku itu kepada adik saya. Maka, ayat yang betul ialah “Saya memberikan makanan kepada ikan-ikan”. | Tatabahasa | 18.03.2014 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara memberi dan memberikan, memadam dan memadamkan? terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, memberi 1. menyampaikan (sesuatu) kpd seseorang (utk disimpan, digunakan atau utk sesuatu keperluan): kerani itu ~ saya dua helai borang kosong utk diisi; dia ~ adiknya sebuah buku cerita. Memberikan pula bermaksud 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan. Istilah yang betul ialah memadamkan, bukan memadam yang bermaksud 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. menghilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan; | Tatabahasa | 29.07.2010 |