| kamu boleh memberikan/memberi peneguhan dengan menunjukkan aksi melalui ekspresi muka. berdasarkan ayat ini, yang mana lebih tepat memberi atau memberikan?. terima kasih | Jawapan yang tepat ialah "memberikan" | Lain-lain | 14.10.2016 |
| Assalamualaikum, Saya ingin tahu adakah hukum objek bernyawa ini masih terpakai untuk "memberi" dan "memberikan". Jika ya, boleh maklumkan, di muka surat berapa dalam buku Tatabahasa Dewan ada diterangkan mengenai perkara ini. Di bawah ini petikan daripada prpm: Perkataan 'memberi" dan memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti dengan kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contoh ayat adalah seperti yang berikut: a. Ali memberi kucing makan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Sila rujuk buku tatabahasa bahasa Melayu untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Adakah terpakai untuk kata kerja "beri" saja atau juga untuk kata kerja lain juga? Terima kasih. | Contoh yang dinyatakan di atas terdapat dalam buku TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (m/s: 207). Bagi mendapatkan penerangan yang lebih lanjut, sila rujuk BAB 7: Kata Kerja, dalam buku TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (m/s 143- 222) | Tatabahasa | 02.11.2019 |
| Adakah ayat dibawah adalah betul? sekirannya salah,tolong jelaskan (a)Amir mencongkak muka alya beberapa kali sebelum memberi gula-gula kepadanya.. terima kasih | Makna congkak ialah sombong, bongkak, pongah; ~-bongkak = ~-bongkah terlalu congkak, terlalu sombong; kerana ~ badan binasa prb a) kerana sombong, tidak mahu mengadu hal, badan sendiri mendapat celaka; b) kerana suka berjoli, diri sendiri jadi celaka; kecongkakan kesombongan, kebongkakan, kepongahan. Berdasarkan makna dan ayat yang diberikan, perkataan yang digunakan tidak tepat. | Tatabahasa | 20.08.2010 |
| salam sejahtera... bolehkah pihak tuan memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana untuk membuat penulisan dengan berpandukan format yang betul bagi penulisan sebuah laporan teknikal. disini, dilamprkan 2 helaian utama yang menjadi isu dari segi: bagi muka surat pertama, susunatur dan saiz tulisan yang digunakan dan bagi helaian kedua persoalannya adalah, di bahagian manakah sepatutnya diletakkan gambar berkenaan. atas kanan atau atas tengah ataupun atas kiri...terima kasih atas perhatian dan bantuan yang diberikan. | Pada kelazimannya gambar diletakkan di bahagian atas sebelah sebelah kiri (bukan seperti dalam contoh yang diberikan - sebelah kanan). | Lain-lain | 15.02.2012 |
| Tuan / Puan, Harap tuan/ puan dapat memberi nasihat tentang penggunaan bahasa dalam file yang disertakan. Terima kasih, Janice | Lihat Lampiran yang disertakan. Pada masa akan datang, sila hadkan dokumen untuk semakan kami sehingga tiga muka surat sahaja. | Tatabahasa | 26.12.2012 |
| saya ingin meminta tolong dr pihak tuan,utk memberi maksud ttg ayat dibwh,sya berharap sgt pihak tuan dpt membantu sya dlm mnyiapkan tesis saya... 1.tubuh langsir batang menjelai. 2.jari halus tombak serai. 3.tumit seperti telur burung. 4.besarnya bagai telur itik. 5.muka bujur daun sirih 6.dahi sehari bulan 7.hidung kuntum seroja 8.telinga telepuk layu 9.pipi pauh dilayang 10.bibir pati 11.gigi delima merkah 12.dada bidang awak 13.lengan baur panah 14.paha seperti paha belalang 15.betis bunting padi 16.Selama enggan mengeram 17.Selangkas betik berbuah 18.bagai pucuk dilancarkan 19.bagai kumbang putus tali 20.umpama belut diketil ekor 21.Selenjang kuda berlari | Untuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan yang lain untuk membuat rujukan. Saudara juga boleg menggunakan prpm.dbp.gov.my untuk rujukan kesesuaian penggunaan bahasa dalam tugasan/tesis tuan. | Tatabahasa | 25.02.2013 |
| Salam 1Malaysia Bagaimana nak membezakan penggunaan digunapakai dengan diguna pakai. Bagaimana cara menulis nota kaki | 1. Ejaan yang betul ialah diguna pakai. 2. Buku Gaya Dewan Edisi Ketiga memberi garis panduan yang berikut: a. Muka taip nombor rujukan nota kaki di dalam teks hendaklah dalam bentuk superskrip. b. Jarak di antara garis pemisah dengan garis dasar baris pertama nota kaki ialah satu em. c. Saiz taip nota kaki dua poin lebih kecil daripada saiz taip teks. d. Reka letak maklumat nota kaki hendaklah dipisahkan daripada teks oleh satu garis halus mendatar sepanjang 2.5 cm. e. Jarak di antara garis dasar baris akhir teks dengan garis pemisah nota kaki hendaklah tidak kurang daripada satu em. f. Nombor nota kaki dicetak santak kiri. Bahan nota kaki hendaklah sebaris dengan nombor dan dijarakkan satu em. Baris nota berikutnya hendaklah selajur dengan ayat pertama nota itu. Sila rujuk Gaya Dewan Edisi ketiga untuk keterangan selanjutnya. | Ejaan | 19.09.2011 |
| Terjemahan yang biasa dipakai bagi perkataan bahasa Inggeris 'natural' adalah 'semula jadi'. Contoh,' alam semulajadi'. Pada pandangan saya, ini bertentangan dengan shariat Islam kerana tiada sesuatu pun di muka bumi ini yang terjadi dengan sendirinya atau secara semulajadi. Semuanya dijadikan atau dicipta oleh Allah SWT. Mohon pihak DBP memberi perhatian terhadap perkara di atas. | Kami ambil maklum pandangan tuan. Sedikit maklumat yang dapat diberikan ialah Kamus Dewan menakrifkan semula jadi sebagai bukan buatan manusia. Kami berpandangan takrifan ini jika tidak persis serratus peratus tetapi hampir kepada maksud semula jadi mengikut konteks tertentu. | Makna | 16.09.2018 |
| Dia mengisikan borang atau dia mengisi borang? | Dia mengisikan borang atau dia mengisi borang? Perkataan mengisikan bermaksud memasukkan sesuatu ke dalam bekas atau ruang; memasukkan sesuatu sebagai isinya; Sementara, mengisi bermaksud menjadikan sesuatu bekas atau ruang berisi atau memberi isi. Penggunaan 'mengisikan' dan 'mengisi' yang betul adalah seperti contoh yang berikut: (1) Pelajar-pelajar diminta mengisikan maklumat peribadi dalam borang. (2) Pelajar-pelajar diminta mengisi borang dengan maklumat peribadi. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 589. | Tatabahasa | 04.10.2013 |
| Assalam 1. Adakah -nya dan -lah tersenarai sebagai kata imbuhan akhiran? 2. Mengapakah perkataan memperolehi tidak betul sedangkaan perkataan membaiki betul ? Terima kasih. | 1. Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Kata penegas atau partikel memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat, iaitu -kah, -tah dan -lah. 2. Awalan memper- juga awalan pembentuk kata kerja yang wujud hanya dalam satu bentuk, iaitu memper-. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan per-. Namun demikian, dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan men- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah menjadi diper- dalam ayat pasif seperti memperoleh. Awalan memper- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya; alat - memperalat, daya - memperdaya (kata nama). Kata adjektif; luas - memperluas, tinggi- mempertinggi. Oleh- memperoleh. Kata tugas yang terdiri daripada kata sendi nama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 177-178.
| Tatabahasa | 07.01.2014 |