Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mengucapkan kata hormat (spt assalamualaikum dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
salam
1. Bersinonim dengan kata hormat
( ucap selamat, tabik, )
(kata nama:)
Berantonim dengan makian

2. Bersinonim dengan sejahtera
( damai, sakinat, aman, tenang, harmoni, sentosa, sejahtera, tenteram, rukun, selamat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersalam, bersalaman, bersalam-salaman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya berharap bantuan dapat tuan berikan kepada saya. 1) memberi harus diikuti dengan penerima (lokatif) tetapi dalam kamus dewan perkataan memberi digunakan untuk benefaktif juga. Contohnya, memberi salam, memberi pinjam, dan sebagainya. Dalam definisi 'memberi' kamus pelajar edisi kedua yang ketiga pula ialah seperti yang berikut: 3 menyebabkan mendapat atau terkena sesuatu: Kita mesti berkelakuan baik dan jangan sekali-kali ~ malu kpd orang tua kita Tuan, sila bantu saya. 2) Selain itu, kata hubung 'akan tetapi' digunakan dengan salah kerana perkataan itu tidak wujud. Tolong jelaskan. 3) Dalam sebuah buku, frasa 'jus buahan' digunakan. Walaubagaimanapun, sejak kecil lagi kami belajar tentang jus buah-buahan. Dalam kamus tiada perkataan buahan kerana buah-buahan ialah kata ganda berimbuhan. Tolong saya dalam pemahaman begitu.1) Dalam buku Tatabahasa Dewan, awalan kata kerja meN- (termasuklah me- seperti dalam memberi) membentuk kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak transitif. Sebagai kata kerja aktif transitif awalan meN- menerima objek selepasnya seperti membaca buku dan menendang bola. Kata kerja aktif tak transitif tidak memerlukan objek selepasnya, seperti ombak memutih dan adik menangis.

2) Akan tetapi ialah kata hubung untuk menyatakan hal-hal yg agak berlawanan, maka penggunaannya hendaklah disesuaikan dengan konteks ayat tersebut.

3) Frasa yang betul jus buah-buahan.
Tatabahasa08.03.2014
apakah pebezaan memberikan salam dan memberi salam, bagaimanakan penggunaannya dalam ayat?Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Oleh itu, bagi ayat yang diberikan, yang betul ialah memberi, iaitu dia memberi anaknya pelajaran dan pendidikan agama yang sempurna .Tatabahasa28.09.2012
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 1. Apakah ejaan yang betul apabila kita memberi salam dalam penulisan surat atau e-mel rasmi? Adakah "Assalamualaikum wbt" atau "Assalamualaikum wrt wbt"? 2. Adakah "Assalamualaikum dan Salam sejahtera." ayat yang betul?

          

1.      Ejaan yang betul ialah “Assalamualaikum WBT”.

2.      "Assalamualaikum dan Salam sejahtera." ialah ayat yang betul.


Ejaan31.10.2023
Satu pertanyaan. Adakah perkataan SALAM boleh digunakan untuk menggantikan Assalamualaikum? Terdapat sumber mengatakan perkataan SALAM memberi erti Celakalah Kamu. Mohon penjelasan. Terima kasih.Kamus Dewan Edisi Empat menyatakan salam ialah 1. sejahtera, damai; 2. (pemberian) hormat, (penyataan) hormat: baginda duduk di atas kuda, melambai-lambai membalas salam rakyat baginda; salam takzim salam dan hormat; berjabat salam berjabat tangan; memberi salam mengucapkan kata hormat (seperti assalamualaikum dsb);. Assalamualaikum (Arab) pula ialah selamat sejahtera kepada kamu semua (lelaki dan perempuan).

Kita berbahasa menggunakan bahasa Melayu yang difahami dan segalanya niat kerana Allah. Dia maha mengetahui niat seseorang. Wallahualam.
Makna18.02.2013
Hi, boleh saya tahu perbezaan antara memberi dan memberikan ? Dari kamus, perkataan 'memberi' hendaklah diikuti dengan kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Tetapi bagaimana pula dengan benda abstrak ? Contohnya, memberi / memberikan salam ? memberi / memberikan nasihat ? memberi / memberikan peringatan ? memberi / memberikan taklimat ? dan lain-lain lagi. Ada jawapan dari kamus yang menyatakan bahawa "memberi taklimat" adalah betul, tetapi ada juga yang menyatakannya salah. Harap tuan dapat membantu saya dalam soalan-soalan yang dikemukakan. Terima kasih.Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, seperti memberi adiknya sebuah buku cerita dan memberikan taklimat kepada peserta. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 dan 202.Tatabahasa16.10.2014
Salam sejahtera. Walaupun jarang dilihat dan dianggap sedikit kaku, bolehkah kaum bukan Melayu (termasuk bukan Islam) memberikan salam dengan "Assalamualaikum" dan juga mengujar "Alhamdulillah", dan sebagainya?Menurut Kamus Dewan, memberi salam bermaksud mengucapkan kata hormat (spt assalamualaikum dsb). Tiada halangan untuk mereka yang bukan beragama Islam untuk mengucapkan perkataan seperti Assalamualaikum dan Alhamdulillah. Walau bagaimanapun, bagi orang Islam pula mereka boleh menjawab salam tersebut jika salam yang diucapkan itu tidak memberi makna yang salah. Berlaku sedikit perselisihan pendapat antara ulama’ dalam menentukan lafaz yang sepatutnya diucapkan ketika menjawab salam mereka. Tuan boleh merujuk permasalahan ini di laman web https://muftiwp.gov.my/ Terima kasih. 


Lain-lain15.10.2020
Salam. Saya ingin mengetahui perkataan yang sesuai untuk memberi makan haiwan . Contohnya "memberi makanan untuk arnab' , 'memberi makanan kepada' atau 'memberi makan' sahaja.Salam,

Untuk makluman, perkataan yang sesuai untuk memberi makan haiwan, ialah memberi makanan kepada arnab.
Tatabahasa13.07.2015
penggunaan perkataan serta & dan dalam ayatKata "dan" digunakan apabila menghubungkan dua perkataan atau ayat. Contoh ayat:

1. Sanak saudara dan ipar-duai
2. Ada orang yang sibuk memasak dan ada pula yang leka berbual.

 Penggunaa "serta" digunakan bagi menggantikan maksud dan juga. Contoh ayat:

 1. Dia memberi salam serta menjemput kami masuk.  

Selain itu, kata sendi dan/serta boleh juga digunakan dalam satu ayat. Contoh ayat:

1. Permuafakatan murid dan pelibatan ibu bapa serta komuniti. 
Lain-lain11.09.2020
bagaimanakah membezakan penggunaan dan & serta?Merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima (Asmah Hj Omar), perkataan serta mendukung makna "dan pada waktu itu". Di sini kita lihat bahawa serta mempunyai kompenan makna +dan, +waktu. Jadi, kata depan ini mempunyai persamaan dengan dan dalam erti kata salah satu kompenan maknanya ialah +dan, tetapi berbeza dengan dan kerana dan tidak mempunyai kompenan +waktu.
Contoh: Dia memberi salam serta menjemput kami masuk.
Tatabahasa08.03.2013
Apakah perbezaan penggunaan antara " dan" dengan "serta"? Terima kasih.Merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima (Asmah Hj Omar), perkataan serta mendukung makna "dan pada waktu itu". Di sini kita lihat bahawa serta mempunyai kompenan makna +dan, +waktu. Jadi, kata depan ini mempunyai persamaan dengan dan dalam erti kata salah satu kompenan maknanya ialah +dan, tetapi berbeza dengan dan kerana dan tidak mempunyai kompenan +waktu.
Contoh: Dia memberi salam serta menjemput kami masuk.
Tatabahasa18.02.2013
12345678910...

Kembali ke atas