1. (memberitahu/ memberitahukan )perkara itu kepada guru atau (memberitahu/ memberitahukan) guru perkara itu 2.( tuan hamba/ hamba) akan pergi ke pekan ,kata hang tuah kepada hung jebat 3. berkata bahawa atau mengatakan bahawa .yang mana satu betul. terima kasih atas bantuan yang diberi. | 1. Frasa yang betul ialah "memberitahukan perkara itu kepada guru" dan "memberitahu guru perkara itu". 2. Jika merujuk pada Hang tuah, gunakan "hamba". 3. Kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks ayat. | Tatabahasa | 23.03.2010 |
1. Orang tua itu memberitahu kisahnya kepada beberapa orang murid. 2. Orang tua itu memberitahu beberapa orang murid ceritanya. ayat di atas betul? Apakah perbezaan antara memberitahu dengan memberitahukan? Terima kasih | 1. Orang tua itu memberitahu kisahnya kepada beberapa orang murid. 2. Orang tua itu memberitahu beberapa orang murid ceritanya. Jawapan: Kedua-dua ayat di atas adalah betul. Apakah perbezaan antara memberitahu dengan memberitahukan? Jawapan; Memberitahukan bermaksud menyampaikan atau melaporkan sesuatu (berita dsb), memberitakan (Kamus Dewan Edisi Keempat) Memberitahu bermaksud memberi khabar kepada seseorang supaya tahu (Kamus Dewan Edisi Keempat) | Tatabahasa | 22.07.2014 |
saya hendak tahu penggunaan ayat yang betul sama ada 'memberitahu kepada Ali' atau 'memberitahu Ali' dan bagaimanakah penjelasan penggunaannya? | Saudara, Yang betul ialah frasa "memberitahu Ali" perkara tersebut atau "memberitahukan perkara tersebut" kepada Ali. Penjelasan tentang frasa ini melibatkan aspek makna apitan meN...kan dan meN...i. meN...kan(memberitahukan) lazimnya menerima objek tidak bernyawa, manakala (memberitahu) menerima objek bernyawa. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 206-207. | Tatabahasa | 12.11.2010 |
Tuan, apakah perbezaannya jika kita meletakkan akhiran -kan di belakang meN... dan TIDAK meletakkan akhiran -kan di belakang meN...? Sebagai contoh: 1. (a)menggunakan (b) mengguna 2. (a) menyaksikan (b) menyaksi 3. (a) memastikan (b) memasti 4. (a) menerbitkan (b) menerbit 5. (a) memberitahu (b) memberitahukan 6. (a) membersih (b) membersihkan 7. (a) melibat (b) melibatkan 8. (a) mengagih (b) mengagihkan 9. (a) mengekal (b) mengekalkan 10. (a) merekod (b) merekodkan 11. (a) memuliakan (b) memulia | Untuk makluman, terdapat kata dasar yang boleh menerima awalan meN- dan boleh juga menerima apitan meN-...-kan. Contohnya: 1. membaca, membacakan 2. membeli, membelikan 3. membesar, membesarkan 4.mengalir, mengalirkan 5. memberitahu, memberitahukan 6. memberi, memberikan Terdapat juga kata dasar yang hanya dapat menerima apitan meN...-kan dan tidak dapat menerima awalan meN- . Contohnya: menggunakan, menyaksikan, memastikan, membersihkan, melibatkan, mengekalkan, memuliakan Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 190 - 197. | Tatabahasa | 29.04.2014 |
saya ingin bertanya dalam penulisan minit mesyuarat, apakah perkataan lain yang sesuai dgunakan selain "memaklumkan"? ini kerana saya merasakan perkataan "memaklumkan" berulang terlalu banyak dan menjadi redundant. sekian, terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi memaklumkan ialah 1. membuat maklum, menjadikan maklum, memberitahukan, mengkhabarkan, menyatakan; 2. mengumumkan sesuatu (keputusan dll), menyatakan (perang dll), mengisytiharkan (kemerdekaan dll). Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, definisi memaklumkan ialah memberitahukan; mengkhabarkan; menyatakan. Oleh itu, sekiranya bersesuaian dengan konsep penulisan tuan, perkataan-perkataan ini boleh digunakan untuk menggantikan perkataan memaklumkan. | Lain-lain | 11.07.2019 |
tuan, menurut Hikayat seri kelantan (...Tuk Ca itu apa maksud ia mari serta langgar negeri kita ini kerana ia orang kebenaran, tentulah ia beroyat dengan betul) tuan, saya tak dapat cari maksud beroyat, apakah maksud ini? TQ | Royat ialah dialek Kelantan, Terengganu dan Pahang yang bermaksud menceritakan atau memberitahukan. Lihat di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=royat untuk maklumat lanjut. | Makna | 18.01.2012 |
Dalam carian kata "memaklumi", 2 memberitahu seseorang atau sesuatu pihak: Beliau ~ anggota mesyuarat akan perkara penting itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Bukankah ayat yang betul sepatutnya ialah "memaklumkan"? | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud memaklumkan ialah memberitahukan, mengkhabarkan, atau menyatakan. manakala memaklumi ialah tahu atau faham akan, mengetahui, atau memahami. | Makna | 29.06.2018 |
perbezaan antara " memaklumkan" dan " memaklumi", tolong jelaskan | Salam sejahtera puan, Sekiranya puan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, puan akan maklum akan perbezaan antara memaklumkan dengan memaklumi. Memaklumkan bermaksud memberitahukan, mengkhabarkan, menyatakan, mengumumkan sesuatu, menyatakan dan mengisytiharkan. Manakala memaklumi pula bermaksud memahami dan mengetahui. Contoh ayat bagi memahami ialah : Aku harap kamu semua telah memaklumi perkara ini. Contoh ayat bagi memaklumkan ialah : Dengan sukacitanya, anakanda memaklumkan bahawa anakanda sekarang sihat-sihat saja. Untuk keterangan lanjut eloklah kiranya puan layari http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan kata kunci bagi perkataan yang hendak dicari. | Tatabahasa | 01.11.2012 |
Tuan, apakah beda antara "membincangkan" dengan "memperbincangkan", "mengatakan" dengan "memperkatakan", "membahas" dengan "memperbahaskan", dan kata-kata lain? Sila rujuk WordPad saya untuk pemahaman lanjut dan saya meminta keterangan tuan yang lebih terang. Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, membincangkan bermaksud memperkatakan atau membicarakan. Mengatakan bermaksud 1. mengeluarkan kata-kata (bahawa), mengucapkan, menyebutkan, menuturkan 2 menceritakan, mengisahkan, memberitahukan, menyampaikan 3. memisalkan, mengandaikan 4. mencakapkan (untuk atau sebagai melahirkan pandangan dan lain-lain tentang sesuatu). Memperkatakan bermaksud 1. melahirkan (dengan kata-kata), mempercakapkan, menceritakan 2. membincangkan, membicarakan. Membahas bermaksud 1. menyatakan tidak setuju dengan sebab-sebab tertentu. 2. menyelidik; memeriksa. Memperbahaskan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai bahan berbahas; memperdebatkan. Untuk maklumat lanjut mengenai perkataan yang tidak ada dalam Kamus Dewan, sila hubungi Bahagian Perkamusan, DBP. | Makna | 13.12.2016 |
Penggunaan perkataan yang manakah yang betul untuk ayat ini: 1.Beg itu tidak "TERGALAS" atau "TERPIKUL" oleh Rahman. 2.Keris itu "BERSALUT" atau "DISALUT" emas. 3.Dia mendapati makanan sudah "DISAJI" atau "TERSAJI" dimeja. | 1. Ayat yang betul ialah "Beg itu tidak tergalas oleh Rahman", dan "Beg itu tidak terpikul oleh Rahman". 2. Ayat yang betul ialah "Keris itu bersalut emas". 3. Perkataan mendapati membawa maksud memberitahukan atau menceritakan yang lazimnya digabungkan dengan kata bahawa dalam ayat pancangan komplemen. Frasa kerja, sama ada mengandungi kata kerja transitif atau tak transitif boleh menerima ayat komplemen. Apabila ini berlaku ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Oleh yang demikian, ayat yang betul ialah “Dia mendapati bahawa makanan sudah tersaji di atas meja”. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 398. | Tatabahasa | 22.08.2023 |