Ayat yang manakah betul atau tepat? Petikan membincangkan tentang punca-punca...atau Petikan membincangkan punca-punca..... | Ayat yang betul ialah 'Petikan membincangkan punca-punca... Jika menggunakan 'tentang' ayat yang betul ialah 'Petikan berbincang tentang punca-punca..... | Tatabahasa | 13.09.2007 |
1) Apakah kesalahan dalam ayat di bawah? -Cikgu Zafarul akan membincangkan tentang masalah tersebut dengan guru kaunseling. | Ayat yang betul ialah "Cikgu Zafarul akan membincangkan masalah tersebut dengan guru kaunseling." Perkataan "membincangkan" merupakan kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek sebagai penyambut iaitu perkataan "masalah" sebagai objek. | Tatabahasa | 17.06.2013 |
buku ini membincangkan bagaimana Islam menggariskan nilai etika dan sistem akhlak. soalan: Boleh ke pengguna 'bagaimana' di tengah ayat seperti di atas? jika tidak boleh apakah ayat yang sesuai. terima kasih | Kedudukan perkataan bagaimana dalam ayat tersebut adalah betul kerana selain berfungsi sebagai kata tanya, bagaimana juga membawa maksud 2. dgn cara apa, dgn jalan apa: ( Kamus Dewan Edisi keempat) | Tatabahasa | 03.12.2018 |
Tuan/Puan, Soalan seperti di bawah: (1) Selama tiga jam kami membincangkan tentang masalah itu di bilik mesyuarat. (2) Selama tiga jam kami membincang tentang masalah itu di bilik mesyuarat. (3) Selama tiga jam kami membincangkan masalah itu di bilik mesyuarat (4) Selama tiga jam kami berbincangkan masalah itu di bilik mesyuarat (5) Selama tiga jam kami berbincang tentang masalah itu di bilik mesyuarat Item (1) adalah salah setahu saya kerana imbuhan kan "membincangkan" tidak beleh disertai dengan kata sendi nama tentang di belakang. Adakah item (2),(3),(4) atau (5) betul dari segi tatabahasa? Terima Kasih atas tunjuk ajar dari pihak DBP. | Ayat yang betul ialah Selama tiga jam kami membincangkan masalah itu di bilik mesyuarat dan Selama tiga jam kami berbincang tentang masalah itu di bilik mesyuarat. Betul, membincangkan ialah kata kerja transitif aktif yang perlu diikuti objek selepasnya. | Tatabahasa | 10.12.2015 |
Selain isu buli,seminar itu turut membincangkan tentang masalah pengangguran yang semakin meningkat.Mohon pembetulan | Selain isu buli, seminar itu turut membincangkan masalah pengangguran yang semakin meningkat. | Tatabahasa | 06.06.2015 |
Tuan, apakah beda antara "membincangkan" dengan "memperbincangkan", "mengatakan" dengan "memperkatakan", "membahas" dengan "memperbahaskan", dan kata-kata lain? Sila rujuk WordPad saya untuk pemahaman lanjut dan saya meminta keterangan tuan yang lebih terang. Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, membincangkan bermaksud memperkatakan atau membicarakan. Mengatakan bermaksud 1. mengeluarkan kata-kata (bahawa), mengucapkan, menyebutkan, menuturkan 2 menceritakan, mengisahkan, memberitahukan, menyampaikan 3. memisalkan, mengandaikan 4. mencakapkan (untuk atau sebagai melahirkan pandangan dan lain-lain tentang sesuatu). Memperkatakan bermaksud 1. melahirkan (dengan kata-kata), mempercakapkan, menceritakan 2. membincangkan, membicarakan. Membahas bermaksud 1. menyatakan tidak setuju dengan sebab-sebab tertentu. 2. menyelidik; memeriksa. Memperbahaskan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai bahan berbahas; memperdebatkan. Untuk maklumat lanjut mengenai perkataan yang tidak ada dalam Kamus Dewan, sila hubungi Bahagian Perkamusan, DBP. | Makna | 13.12.2016 |
Bolehkah anda pastikan kesalahan dalam ayat ini? Alif dan Kumaran membincangkan tentang masalah lumba haram yang berlaku di kampung mereka. | Ayat yang betul ialah : Alif dan Kumaran membincangkan masalah lumba haram yang berlaku di kampung mereka ataupun Alif dan Kumaran berbincang tentang masalah lumba haram yang berlaku di kampung mereka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, di bawah tajuk Pembentukan Kata Kerja, halaman 150. | Tatabahasa | 13.12.2010 |
Sebagai makluman, ekoran dari keputusan Mesyuarat Prestasi Hasil Bil 3/ 2015, keputusan telah diambil untuk membincangkan semula kertas cadangan penubuhan Makmal Kastam tersebut. Bahagian Perkhidmatan Teknik Ibu Pejabat adalah dipertanggongjawabkan didalam menyediakan kertas cadangan tersebut. | Sebagai makluman, susulan Mesyuarat Prestasi Hasil Bil 3/ 2015, keputusan telah diambil untuk membincangkan semula kertas cadangan penubuhan Makmal Kastam tersebut. Bahagian Perkhidmatan Teknik Ibu Pejabat dipertanggungjawabkan untuk menyediakan kertas cadangan tersebut. | Tatabahasa | 02.06.2015 |
peranan sayembara dalam perkembangan sastera | Untuk membincangkan peranan sayembara dalam perkembangan sastera dalam ruang yang begini adalah mustahil, tetapi untuk membantu saudara, saya sarankan saudara membaca Majalah Dewan Sastera yang fokusnya adalah sayembara. Ramai menulis tentang sayembara yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Dewan Sastera keluaran Mac ini. Saudara juga mungkin boleh berkunjung ke DBP berjumpa dengan beberapa orang pegawai DBP yang mungkin boleh membincangkan perkara ini dengan saudara, antaranya Puan Zalila Sharif, Ketua Bahagian Pengembangan Sastera, Puan Izzah Abd. Aziz, Pengarah Jabatan Sastera, Puan Siti Aisah Murad, Ketua Bahagian Kesusasteraan Moden. Saudara juga boleh mendapatkan maklumat dari Pusat Dokumentas Melayu DBP. Saudara juga boleh berkunjung ke GAPENA dan berbincang dengan beberapa orang tokoh sastera di sana. | Lain-lain | 25.03.2008 |
perkataan "di mana" untuk mengantikan dengan perkataan lain apa yang bersesuaian dengan perkataan ini seperti contoh perbincangan di dalam bab ini akan membincangkan mengenai hal yang berkaitan yang mana ia meliputi...... | Ayat ini tidak memerlukan penggunaan kata "di mana" atau "yang mana", sebaliknya terus sahaja kepada fokus perbincangan seperti: Bab ini akan membincangkan hal yang berkaitan dengan ... termasuklah ... | Tatabahasa | 08.06.2011 |