Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bon.céng.kan] | ممبونچيڠکان

Definisi : menyuruh (memberi) menumpang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bon.céng.kan] | ممبونچيڠکان

Definisi : membawa naik bersama-sama (dgn kenderaan spt basikal). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memboncengkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Ayah membonceng adik 2)Ayah memboncengkan adik di belakang motosikalnya. Adakah kedua-dua ayat ini betu ? bagaimana dengan ayat 1 ?Kedua-dua ayat membawa makna berlainan. Membonceng bermaksud ikut naik kenderaan. Cth. Tiap pagi dia membonceng motosikal abangnya. Memboncengkan bermaksud membawa naik bersama-sama. Cth. seperti ayat kedua yang diberikan.Tatabahasa22.04.2008
1.Mencungkil pintu rumah yang terkunci atau mengumpil pintu rumah yang terkunci.Mana yang betul. 2.dua ekor kerang atau dua biji kerang. 3.Ayah memboncengkan atau menunggangkan adik dengan motosikal ke sekolah. Terima kasih.

1. Mengumpil pintu rumah yang terkunci. - Mengumpil bermaksud menanggalkan, mencabut dan sebagainya sesuatu yang terlekat atau tertutup rapat dgn tuil dan sebagainya.

2. Dua ekor kerang. - Dalam kamus Dewan, penjodoh bilangan untuk binatang ialah ekor, manakala biji - penjodoh bilangan untuk benda kecil

3. Adik membonceng motosikal ayah ke sekolah.

Tatabahasa30.05.2009

Kembali ke atas