| Adakah ayat ini betul? Encik Ali membubuh biji. | Ayat ini tidak betul kerana perlu ada perkataan lain selepas "membubuh biji". Contohnya "Ali membubuh biji kopi ke dalam cawan" dan sebagainya. | Tatabahasa | 10.11.2014 |
| 1. Ali membubuh benih pada batas. 2. Ali membubuh benih ke atas batas. 3. Ali membubuh benih ke dalam batas. sama ada ketiga-tiga ayat ini betul? Sila berikan penjelasan. Terima kasih | Ali membunuh benih pada batas, kata sendi nama pada menunjukkan keterangan tempat perbuatan tersebut. | Tatabahasa | 23.05.2014 |
| 1)Aiman (membubuh ubat )pada lukanya. Adakah ayat ini betul? Terima kasih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua menakrifkan membubuh sebagai menaruh atau meletakkan sesuatu. Dari segi makna, ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 25.02.2015 |
| 1. Emak saya membubuh baja kepada/ke/pada pokok bunga. Apakah kata sendi yang sesuai? Terima kasih! | Yang betul - Emak saya membubuh baja pada pokok bunga. | Tatabahasa | 30.03.2009 |
| Salam sejahtera. Perlukah kita membubuh penjodoh bilangan antara "beberapa" dengan "rancangan" ? Maksud saya "beberapa buah rancangan" atau "beberapa rancangan" sedangkan kita selalu membubuh penjodoh bilangan selepas beberapa. Terima kasih. | Salam sejahtera, Kedua-dua frasa iaitu 'beberapa rancangan' dan 'beberapa buah rancangan' betul digunakan dalam ayat. Perlu diingat tidak semua benda memerlukan penjodoh bilangan. 'Beberapa rancangan' sebenarnya sudah memadai untuk menunjukkan 'beberapa buah rancangan.' | Tatabahasa | 04.12.2012 |
| Selamat sejahtera. Kakak membubuh makanan untuk kucing.(KSN guna untuk /kepada) | Ayat yang betul ialah "Kakak membubuh makanan untuk kucing”. | Tatabahasa | 30.11.2023 |
| Malik sedang membubuh baja (pada) bunga orkid semalam. Ayat ini betul atau salah? | Ayat yang betul ialah: Malik telah membubuh baja pada pokok bunga orkid semalam. Kamus Pelajar Edisi Kedua menakrifkan kata membubuh sebagai menaruh atau meletakkan sesuatu. | Tatabahasa | 21.04.2025 |
| Ibu menyuruh abang membubuh minyak pada rambutnya yang semak itu. Ayat ini betul atau salah? | Penggunaan yang betul ialah: Ibu menyuruh abang menyapu minyak pada rambutnya yang kusut itu. | Tatabahasa | 02.11.2022 |
| "Sejak abad ke abad" Bolehkah sejak dan ke digunakan sebegini atau wajib membubuh "dari abad ke abad"? | Frasa yang betul ialah "dari abad ke abad" dan jika perkataan sejak hendak digunakan, frasa yang betul ialah "sejak abad ke-19 ...". | Tatabahasa | 29.10.2012 |
| Bagaimanakah kita membezakan penggunaan 'mengabui' dan 'mengaburi'? (kabur) | Mengabui ialah 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan penduduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai. Mengaburi pula ialah menjadikan kabur: tanda tanya terus ~ fikiran Burad. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 16.08.2010 |