para pengawas sekolah hendaklah membudayakan amalan menyegerai tugasan yang dipertanggungjawabkan. tuan, buku kata tiada kesalahan dalam ayat ini. bagaimana pula dengan menyegerai? tq | Tidak ada contoh penggunaan kata menyegerai dalam pangkalan data kami. Ayat tersebut boleh digantikan dengan kata menyegerakan menjadi "Para pengawas sekolah hendaklah membudayakan amalan menyegerakan tugasan yang dipertanggungjawabkan". | Tatabahasa | 24.07.2011 |
adakah penggunaan perkataan "kondusif" di dalam teks ini adalah tepat? "Membudayakan persekitaran yang bersih, selesa, selamat serta kondusif dapat menggalakkan warga klinik berkerja dalam suasana yang ceria, bersatu- padu, berdisiplin dan berupaya meningkatkan kualiti perkhidmatan disamping menaikkan imej organisasi / jabatan". | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kondusif ialah sesuai, baik dsb utk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu. Oleh itu istilah ini boleh digunakan dan sesuai dengan ayat yang saudara sertakan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesalahan ejaan dalam contoh ayat yang diberikan, iaitu berkerja sepatutnya bekerja, bersatu-padu sepatutnya bersatu padu (tiada tanda sempang), disamping sepatutnya di samping. | Istilah | 08.06.2009 |
Mohon dibuat pembetulan (jika ada) bagi tajuk ini:- "SEMINAR SKUAD 1MALAYSIA - MEMBUDAYAKAN SEMANGAT KESUKARELAWANAN" kerana saya tidak pasti tentang istilah Kesukarelawanan @ Kesukarelaan. | Perkataan yang betul ialah kesukarelaan, bermaksud sifat sukarela. | Tatabahasa | 22.11.2011 |
Tuan, sukacita kiranya dapat bantu mengenai pemilihan tema untuk penganjuran kempen kesihatan antara "Budayakan Hidup Sihat" atau "Membudayakan Hidup Sihat"? Mana satu yang sesuai untuk digunakan. Sekian, terima kasih. | Slogan "Budayakan Hidup Sihat" lebih tepat kerana kata kerja 'budayakan' menjadikan ayat tersebut sebagai ayat suruhan dan ayat ayat suruhan lebih berkesan dalam wacana ini. | Tatabahasa | 28.03.2011 |
ASSALAMMUALAIKUM. SAYA NAK MEMASTIKAN KESESUAIAN PENGGUNAAN TEMA INI SAMAADA BETUL ATAU TIDAK ATAU YANG LEBIH SESUAI PENGGUNAANNYA SEPERTI SENARAI DIBAWAH. "INOVASI MENJANA TRANSFORMASI, MEMBUDAYAKAN KREATIVITI MENAKHLUKI EKSPEKTASI" "REVOLUSI KREATIVITI MEMANGKIN INOVASI MENTRANSFORMASI GLOBALISASI" "REVOLUSI KREATIVITI MEMANGKIN INOVASI MENJANA TRANSFORMASI" "INOVASI PENCETUS INSPIRASI" "INOVASI PENCETUS INSPIRASI, PEMANGKIN KUALITI, MELENGKAPI EKSPEKTASI" | Tema atau cogan kata lazimnya ringkas dan mudah diingat. Berdasarkan senarai yang ada, kami cadangkan "Inovasi Menjana Transformasi" atau "Inovasi Pencetus Inspiras" atau tema lain yang ringaks, tepat dan difahami.
| Tatabahasa | 26.07.2013 |
MEMBUDAYA INTEGRITI SATU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM BERKUALITI Adakah susunan dan penggunaan ayat betul sebagai satu slogan | Ayat yang lebih tepat ialah MEMBUDAYAKAN INTEGRITI SATU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM BERKUALITI ataupun BUDAYA INTEGRITI SATU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM BERKUALITI | Tatabahasa | 30.11.2010 |