Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.ku] | ممبوکو

Definisi : 1. menjadi bongkah-bongkah kecil: tepung ~ apabila kena air; 2. terganggu perasaan (dlm hati): sejak itu ~lah dendam dlm hatinya; biarlah aku bercakap melepaskan apa yg ~ dlm hatiku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.ku] | ممبوکو

Definisi : menjadi bongkah-bongkah kecil; menjadi berbuku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membuku

Peribahasa

Memakan habis-habis,
     menyuruk (menyorok) hilang-hilang.

Bermaksud :

Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya teranselit sebuah buku bahasa malaysia kepada bahasa thai,saya ingin membuku dan mengeluarkannya. Apakah yang saya perlu lakukan tentang keizinan hak ciptaan tersebut?

Umumnya pemilik karya hak cipta mempunyai hak eksklusif bagi mengawal pengeluaran semula sesuatu karya dalam apa-apa bentuk bahan (termasuk fotokopi, rakaman dan lain-lain) dan bahasa (selain daripada bahasa asal karya tersebut) sekalipun. Mengeluarkan semula sesuatu karya dalam bentuk dan bahasa lain tanpa mendapat keizinan daripada pemegang hak cipta (sama ada penerbit ataupun penulis) dianggap sebagai perlakuan yang melanggar hak cipta. Saudara perlu mendapatkan izin secara bertulis daripada pemegang hak cipta karya berkenaan sebelum boleh menterjemah dan menerbitkan semula karya tersebut dalam bahasa lain.

Lain-lain11.05.2009

Kembali ke atas