Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.li] | ممبولي

Definisi : mempermain-mainkan orang, biasanya orang yg lemah, dgn tujuan utk menggertak, mencederakan, menakutkan dsb orang yg berkenaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.li] | ممبولي

Definisi : mempermainkan, mendera dsb seseorang dgn tujuan utk mendapatkan keseronokan, supaya orang tsb dpt menyesuaikan diri dgn suasana yg baru dsb: Mereka dilarang ~ pelajar-pelajar baru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membuli


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tanda koma perlu diletakkan dalam ayat di bawah atau tidak? 1a. Kamu selalu membuli saya, mengapa?" tanya Gani kepada Anuka. atau 1b. "Kamu selalu membulu saya mengapa?" tanya Gani kepada Anuka. atau 1a betul atau ayat 1b betul? mengapa? tq

 

1a. "Kamu selalu membuli saya, mengapa?",  tanya Gani kepada Anuka. (Ayat 1a betul sebagai ayat dialog)

atau

 Mengapa kamu selalu membuli saya?, tanya Gani kepada Anuka.

Lain-lain25.04.2011
Selamat pagi, bolehkan tolong menyelesaikan soalan di bawah ini sebab tidak dapat cari jawapan. 1 kejadian buli pelajar atau kejadian membuli pelajar ? 2 latihan bergayut pada tali atau latihan bergayutan pada tali ? 3 Segak-segak belaka peragawan-peragawan itu. peragawan boleh dikata gandakah? 4 Sungguh indah nian pemandangan. 5 Apakah maksud kata montel ? 6 Pemuda yang ditemui hanyut di laut itu dibawa ke hospital, hanyut boleh digunakan dalan ayat ini ? 7 Apakah maksud kata ramah-tamah ? Terima kasih1. Buli sama maksudnya dengan membuli, kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan.
2. Latihan bergayut pada tali.
3. Segak-segak belaka peragawan itu. Tidak perlu digandakan. 
4. Sungguh indah nian pemandangan.
5. Montel bermaksud berisi lagi sihat atau berisi lagi cantik.  
6. Pemuda yang ditemui hanyut di laut itu dibawa ke hospital, hanyut boleh digunakan dalan ayat ini.
7. Ramah-tamah bermaksud sangat ramah.
Tatabahasa10.09.2012

Kembali ke atas