Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.nuh] | ممبونوه

Definisi : 1. mematikan, menghilangkan nyawa: dia dituduh ~ kawannya; 2. memadamkan (api, tulisan, dll), menghapuskan (sesuatu), meluputkan: sebelum dapat dibunuh, api telah menjalar ke sekeliling rumah; ia ~ perkataan yg telah ditulisnya;Tuan Hess ~ maksud Encik Ramli; sikap begini akan ~ keyakinan diri anak-anak itu sendiri; 3. menutup (menampal) tempat yg bocor; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.nuh] | ممبونوه

Definisi : melakukan sesuatu terhadap benda-benda yg bernyawa supaya mati; mematikan: Dua orang pemuda telah dikenakan hukuman gantung kerana ~ seorang polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membunuh

Puisi
 

Bukan bukit saja meruntuh,
     Orang Serani meruntuh juga;
Bukan penyakit saja membunuh,
     Dendam berahi membunuh juga.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Merebut merampas,
     membunuh membangun.

Bermaksud :

Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, antara perkataan ingin dengan mahu yang manakah lebih sesuai digunakan dalam berikut? 1)Wanita yang putus cinta itu ingin membunuh diri. 2)Wanita yang putus cinta itu mahu membunuh diri.Kedua-dua ayat itu betul kerana dalam konteks ayat tersebut perkataan mahu dan ingin mempunyai makna yang sama.Tatabahasa15.06.2012
ape maksud pembunuhanPembunuhan bermaksud perbuatan membunuh.Makna09.10.2010
Assalamualaikum. "Mata lembing tercabut sendiri, melayang menikam orang lain hingga membunuh sembilan puluh lapan lelaki dalam majlis itu. Korban ke sembilan puluh sembilan ialah ayah Dayang lalu mencabut lembing dari perutnya....." Berdasarkan petikan cerita di atas, saya ingin bertanya sedikit soalan. 1. sembilan puluh lapan perlu dieja atau ditulis nombor 98? 2. korban ke sembilan puluh sembilan atau korban ke-99? sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah ... 98 lelaki ... dan ... korban ke-99 .... Nombor kosong hingga sembilan dieja penuh, manakala nombor 10  dan ke atas ditulis dalam bentuk angka.Ejaan25.08.2011
DEFINISI TENTANG JENAYAH RAGUTMenurut Kamus Dewan, "Jenayah biasanya dikaitkan dengan perbuatan, kejahatan seperti mencuri, merompak, membunuh dan lain-lain atau perbutan yang salah disisi undang-undang. " Menurut Kamus Dewan, Ragut;meragut "- ialah menarik (menyentak,merabut,mencabut) dengan paksa atau dengan kekuatan. Jenayah ragut boleh ditakrifkan sebagai menarik, menyentak,merabut atau mencabut, kebiasaannya dikaitakan dengan tas tangan dan lazimnya perbuatan ini salah dan tanpa kerelaan mangsa.Makna21.08.2006
Apakah pengertian Jenayah?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jenayah ialah perbuatan ~ kejahatan (spt mencuri, merompak, membunuh, dll) yg salah di sisi undang-undang, perbuatan salah (di sisi undang-undang), perbuatan kriminil: polis menganggap perkara itu sbg satu perbuatan ~ yg nekad; ~ harta kejahatan yg bersangkutan dgn harta (spt mencuri, merompak, menipu, pecah amanah, dll); ~ kolar putih (perbuatan) jenayah yg dilakukan oleh mereka yg bertugas dlm bidang pengurusan (profesional dsb), biasanya oleh mereka yg berkedudukan penting dlm perkhidmatan awam (syarikat dll); ~ komputer jenayah yg dilakukan dgn menggunakan sistem komputer utk mencuri maklumat atau wang; kesalahan ~ kesalahan kerana melakukan perbuatan jenayah;Makna07.06.2009
Jelaskan perbezaan imbuhan per- bagi perkataan perburu dan imbuhan pem- bagi perkataan pemburu.Berburu ialah orang yang mengejar untuk menangkap (membunuh) binatang liar, manakala pemburu ialah orang yang mengejar atau menyusul untuk menangkap sesuatu sama ada orang, binatang, dan sebagainya.Tatabahasa04.10.2009
makna atau istilah yang betul berkaitan dengan perkataan "JENAYAH"Merujuk Kamus Dewan, jenayah bermaksud perbuatan jahat (seperti men­curi, merompak, membunuh, dan lain-lain) yang salah di sisi undang-undang.Makna15.06.2010
Dikenakan denda pati. Apakah maksud perkataaan pati di sini. Adakah ia seperti sebatan, pukulan?Pati, membawa maksud kematian, denda pati pula ialah denda kerana membunuh orang. Maksud tersebut mengikut Kamus Besar Bahasa Indonesia, walau bagaimanapun maksud tersebut tidak terdapat dalam kamus-kamus lain.Makna30.04.2007
apakah maksud "waima"Waima ialah perkataan Arab yang membawa maksud sama ada, walaupun: apa pun yg dibuat manusia, waima dgn perang meledakkan dunia dan isinya, manusia tidak akan berjaya membunuh kebenaran dan keutamaan.Makna10.05.2013
apakah maksud racun makhluk parosak mengikut kamus dewan bahasa?jilid dan muka surat berapa?

Saudara Azwanie,

 Racun perosak ialah  racun drpd bahan kimia yg digunakan utk membunuh perosak spt serangga dan rumpai. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1264 dan 1343.  

Makna16.01.2010
12

Kembali ke atas