Mohon semakan tatabahasa ayat berikut: Sumpit adalah senjata memburu utama masyarakat Orang asli yang diperbuat daripada buluh beruas panjang. Buluh Sewor atau buluh sumpitan yang nama saintifiknya Bambusa wrayi digunakan untuk membuat sumpit kerana mempunyai ruas panjang sehingga 3 meter. Buluh ini dinamakan Bambusa wrayi bersempena nama Kurator Muzium Perak iaitu Leonard Wray yang menjumpai spesies ini pada tahun 1893. Buluh ini dijumpai di kawasan tanah tinggi Gunung Inas berhampiran daerah Selama, Perak. | Ayat yang betul ialah Sumpit merupakan senjata utama untuk memburu oleh masyarakat orang asli. Sumpit diperbuat daripada buluh yang beruas panjang. Buluh Sewor atau Buluh Sumpitan (nama saintifiknya Bambusa Wray) digunakan untuk membuat sumpit kerana mempunyai ruas yang panjang sehingga 3 meter. Buluh ini dinamakan Bambusa Wray bersempena dengan nama Kurator Muzium Perak, iaitu Leonard Wray yang menjumpai spesies buluh ini di kawasan tanah tinggi Gunung Inas berhampiran dengan Daerah Selama, Perak pada tahun 1893. | Tatabahasa | 18.03.2021 |
Salam sejahtera dan selamat berpuasa, Pertama, saya mengharapkan penjelasan daripada tuan mengenai fungsi 'dapat' dan 'boleh'. Kedua, saya ingin tahu perbezaan dan fungsi 'berburu / memburu' dan 'berbuat / membuat' Terima kasih atas informasi. | Cikgu Suhaimi terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Penjelasan bagi perkataan yang ditanyakan dapat dilihat daripada penggunaan imbuhannya di asmping makna yang disampaikan melalui ayat yang ditulis. Terima kasih. dapat - boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu: dia sedang mencari orang yg ~ menyelesaikan kerja itu dgn sempurna; ubat yg ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pd kulit; 2. bp beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dll), menanggung, ditimpa (sesuatu yg tidak baik spt malu dll); 3. bertemu, bersua, menemui: cari dia sampai ~; tidak juga dia ~ barang yg hilang itu; anak ~ anak yg diambil (dipungut) di jalan; 4. berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki): dgn kemenangan ini dia ~ memasuki pertandingan akhir; 5. faham (sesuatu yg diajarkan, dipelajari, dsb): Nadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula mengambil hati; ~ angin mendengar risik-risik (desas-desus); ~ durian runtuh = ~ harta karun = ~ harta timbul prb mendapat keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangka-sangka; lepas putih hitam tak ~ prb apa yg diharapkan tidak dapat, sedangkan yg ada pula hilang; ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha; boleh - dapat, mampu (berkeupayaan): dgn wang sebanyak itu, mereka ~ hidup senang; ~ dikatakan dapat dikatakan, tidak salah kalau dikatakan; apa ~ buat apa yg hendak dibuat (tidak ada jalan lain); 2. tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan: sesudah makan mereka ~ bermain-main; tak ~ jadi tidak mungkin, mustahil; ~ juga a) dapat juga, mungkin juga; b) bp agak baik juga; (tak) ~ niaga (tidak) boleh bertukar hak milik, (tidak) boleh diterima bayarannya oleh orang atau pihak lain drpd yg dinyatakan (bkn cek yg dikeluarkan dsb); ~ tahan a) dapat tahan; b) ki agak baik, tidak buruk; berburu - mengejar utk menangkap (membunuh) binatang liar: apabila mereka tidak berlauk dan penat bekerja, mereka ~ ke hutan; memburu- mengejar atau menyusul utk menangkap sesuatu (orang, binatang, dll): ~ binatang; ~ pencuri; 2. meluru atau bergegas utk mendapatkan sesuatu: ia menanggalkan kasut terus ~ ke dlm; 3. berikhtiar sekuat tenaga utk mencapai sesuatu: aku tidak akan ~ dan berlumba-lumba utk mencapai kedudukan yg tinggi; ~ kekayaan (pangkat, wang) berikhtiar mendapat kekayaan dll; ~ selamat berikhtiar agar selamat; ~ masa (waktu) berikhtiar agar jangan terlambat; 4. = memburu-buru, memburu-burukan menggesakan, mempercepat: tak usah diburu-buru, masih banyak masa lagi; berbuat - mengerjakan (melakukan) se suatu: ~ baik (jahat, salah, dll); ia tidak ~ apa-apa; 2. sl = membuat: maka Sultan Mansor Shah memberi titah pd Bendahara Paduka Raja menyuruh ~ istana; maka baginda ~ sebuah negeri terlalu besar; ~ baik berpada-pada, ~ jahat jangan sekali prb berbuat baik hendaknya berhad (jangan berlebih-lebihan), pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat; ~ kerja spt Mak Jujai prb orang yg selalu meninggalkan pekerjaan terbengkalai; membuat - memperbuat membikin, membentuk, mencipta: ~ rumah; ~ surat; 2. mengerjakan, melaksanakan, melakukan, menjalankan: apa yg hendak dibuat, nasi telah menjadi bubur; 3. menyebabkan, menimbulkan, menerbitkan, mendatangkan, menjadikan: ~ bagus; ~ buruk; ~ malu; ~ marah; ~ takut; ~ bodoh a) membodohkan; b) berpura-pura bodoh; 4. memperlakukan (orang dll): saya tak tahan melihatkan Narto dibuat begitu; 5. menggunakan utk, memakai utk: janganlah kain itu dibuat baju; 6. = membuat-buat berpura-pura, berlaku pura-pura, berbuat seakan-akan: senyuman yg dibuat-buat; ~ mahu, menuras tidak prb orang yg mencuba hendak membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas mempelajarinya; | Makna | 02.09.2009 |
maksud safari | Maknanya ialah ekspedisi utk melihat atau memburu binatang-binatang buas; taman ~ kawasan tanah yg luas dan berkepung tempat binatang buas hidup berkeliaran bebas, dan boleh dikunjungi orang ramai yg menaiki kenderaan dlm kawasan itu. | Makna | 17.01.2010 |
Saya ingin pertolongan anda untuk mencari kesalahan-kesalahan-kesalahan yang terdapat di ayat tersebut : 1.Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada pada ibu negara berkenaan. 2.Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti. 3.Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain. 4. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam,akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan. 5.Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri. 6.Pada masa ini,bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk Akan dibaik puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita. 7.Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara. | Ayat yang telah dibetulkan adalah seperti yang berikut: 1.Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada di ibu negara berkenaan. 2.Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut amat mengutamakan kualiti. 3.Pemilik kilang yang masih berdegil dan membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitamkan supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain. 4. Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di mahkamah. 5.Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan keselamatan diri mereka sendiri. 6.Pada masa ini,bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik pulih bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita. 7.Peminat bola sepak itu sedang membincangkan corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua kumpulan bola sepak dari luar negara. | Tatabahasa | 06.10.2014 |
1. Adakah 'perburu' merupakah pekerjaan? 2. Adakah'pemburu' merupakan aktiviti? | Perburu ialah orang yang berburu, manakala pemburu ialah orang yang memburu. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 115 untuk mendapatkan keterangan lanjut. | Istilah | 01.10.2015 |
berkejar-kejaran sama maksud dengan kejar-mengejar? terima kasih. | Menurut Kamus Dewan edisi keempat, berkejar-kejaran bermaksud berlari beramai-ramai (banyak-banyak), berlari hambat menghambat (buru-memburu). Contoh ayat, Dua tiga ekor ayam berkejar-kejaran apabila Majid menaburkan padi. Menurut Kamus Pelajar, kejar-mengejar pula bermaksud berlari kerana hendak menangkap, menyerang dan lain-lain. Contoh ayat, Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah.
| Lain-lain | 03.09.2021 |
perburu atau pemburu yang betul. Mengapa? cth ayat : Perburu itu ditemui mati di tengah hutan apakah perbezaan antara frasa dan klausa | Perburu ialah orang yang berburu, manakala pemburu ialah orang yang memburu. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 115 untuk mendapatkan keterangan lanjut. | Tatabahasa | 27.09.2009 |
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu, perkataan yang sesuai dalam ayat berikut, "Pemburuan/ Perburuan haiwan daripada spesies yang terancam perlu ditangani dengan segera." Pemburuan atau perburuan? Apakah perbezaannya? Terima kasih. | Untuk mencari perbezaan makna dan penggunaan kata pemburuan dan perburuan, lihat kata dasar kedua-dua kata itu. Pemburuan daripada memburu dan membawa maksud perihal mengejar atau menyusul untuk menangkap sesuatu, manakala perburuan daripada kata berburu yang bermaksud perihal mengejar untuk menangkap (membunuh) binatang liar. Dalam konteks ayat tersebut, penggunaan yang paling tepat ialah Pemburuan haiwan daripada spesies yang terancam perlu ditangani dengan segera. | Makna | 25.03.2015 |
Adakah perkataan 'ia' boleh digunakan untuk benda bukan hidup? Contohnya, "Setelah kereta itu selesai diperiksa, ia dipandu uji." Adakah ayat ini betul? Perkataan 'ia' tidak boleh digunakan untuk haiwan seperti yang dinyatakan dalam khidmat nasihat sebelum ini. Jadi, apakah cara terbaik untuk merujuk semula kepada haiwan yang disebut tanpa mengulangi perkataan yang sama. Contoh, "Harimau haiwan yang hidup di hutan. Harimau memburu haiwan lain bagi mendapatkan makanan. Harimau hampir pupus." Apakah cara lain bagi menggantikan kata nama 'harimau' yang digunakan dalam ayat ini jika 'ia' tidak boleh digunakan? Terima kasih. | Untuk makluman, "ia" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga yang boleh digunakan untuk merujuk orang, benda atau perkara. Contoh ayat yang diberikan sudah tepat dan boleh digunakan. Selian itu, "ia" tidak boleh digunakan untuk binatang. Ini bermakna nama binatang tersebut perlu diulang dan tidak ada cara lain lagi. | Tatabahasa | 01.10.2015 |
Selamat Pagi.... Tuan/Puan, Saya perlukan sedikit maklumat berkaitan SUKAN RAGAM/SUKANEKA: 1. Definisi 2. Tujuan Terima kasih... | Sdr. Adyani, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.Sukan bermakna segala kegiatan yg memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll) yg dilakukan sbg acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan utk menyihatkan badan, dll); ~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis memancing, menembak dan memburu; ~ laut acara-acara sukan yg berlangsung (dipertandingkan) di laut (spt perlumbaan perahu dll); S~ Olimpik sukan sedunia yg diadakan empat tahun sekali; ahli ~ orang yg giat bermain dlm sukan; (manakala sukanéka bermakana sukan yg pelbagai jenis. Sekian terima kasih. | Makna | 01.04.2009 |