betul atau salah ayat di bawah untuk perkataan memburuk keaadaan banjir semakin memburuk di Terengganu kalau betul apa alasannya | Ayat keadaan banjir semakin memburuk di Terengganu betul. Mengikut data DBP, penggunaan memburuk bermaksud bertambah buruk, menjadi semakin merosot. Contoh lain daripada data kami adalah seperti yang berikut: 1. …keadaan ekonomi yang semakin memburuk di beberapa negara Asia… 2. …kualiti udara yang semakin memburuk. | Makna | 26.11.2014 |
Ayat yang manakah betul penggunaan kata "busuk". 1. Longkang itu telah busuk benar baunya. 2. Lampin adik berbau busuk dan perlu ditukar. 3. Sisa bungan yang dibuang di longkang besar itu telah menimbulkan bau yang busuk. 4. Kamal hati busuk kerana selalu memburuk-burukkan orang lain. | Keempat-empat ayat yang diberikan menggunakan perkataan busuk yang betul. | Makna | 19.08.2014 |
Saya mempunyai beberapa pertanyaan dan cadangan. 1. Adakah perkataan-perkataan yang bertanda “id” seperti perkataan “bisa” yang membawa maksud “boleh” dikira sebagai kata pinjaman dari bahasa Indonesia dan boleh digunakan dalam bahasa Melayu? 2. Adakah perkataan “karna” yang bertanda bp merupakan kata serapan dari bahasa Indonesia? Atau ianya bahasa percakapan dalam kalangan penutur bahasa Melayu? 3. Adakah perkataan “apakah” dan “adakah” mempunyai makna yang sama? 3. Saya ingin mencadangkan kepada pihak DPB untuk menyerap dan merakamkan perkataan “ghibah” yang bermaksud mengumpat dalam bahasa Arab di dalam Kamus Dewan sebagai alternatif/sinonim bagi perkataan “umpat”. | 1. Bahasa Indonesia (yang berlabel Id dalam kamus DBP) dikategorikan sebagai bahasa serumpun dan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan bahasa Melayu. Pengguna bahasa boleh menggunakan kata-kata daripada bahasa serumpun tersebut dalam berkomunikasi, yang sesuai dengan khalayak, makna dan konteksnya. 2. Kata karna dalam kamus terbitan DBP ialah penggunaan masyarakat dalam bahasa percakapan atau bahasa basahan dalam bahasa Melayu. 3. Kata apakah dan adakah tidak mempunyai makna yang sama. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 11 dan 124) dan Tatabahasa Dewan. 4. Kata ghibah telah pun terakam dalam kamus terkini terbitan DBP; Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 684) seperti yang berikut: ghibah kata nama kata-kata yang dituturkan untuk memburuk-burukkan orang lain di belakangnya, biasanya boleh menimbulkan kemarahan, dendam dan sebagainya; umpat: Islam mengharamkan ghibah kerana boleh mengakibatkan perbalahan dan menimbulkan permusuhan. | Makna | 27.05.2023 |