Apakah kesalahan tatabahasa dalam ayat ini?Manakala,apakah penggunaan "dihiraukan"? Masalah sosial adalah salah satu masalah yang dihiraukan kerana ianya memburukkan imej Negara. Bahkan mampu menjatuhkan Negara tersebut. | Penggunaan perkataan hirau dalam konteks ayat tersebut kurang tepat dari aspek makna. Menghiraukan bermaksud mengambil tahu. Ayat ini perlu distruktur semula agar menjadi ayat yang tepat dan mengekalkan makna yang hendak disampaikan seperti ayat asal. Masalah sosial perlu diambil berat oleh kerajaan kerana masalah ini memburukkan imej negara di mata dunia. | Tatabahasa | 15.07.2021 |
Nampaknya penggunaan Bahasa Melayu makin dipinggirkan oleh banyak pihak termasuk kerajaan sendiri. Media cetak lebih lagi eletronik memburukkan lagi keadaan. DBP tidak ada undang-undang penguatkuasaan. Benci betul saya melihat perkataan 'car wash', parking, private properties dan banyak lagi seolah-olah mencabar bahasa Melayu. Undang2 Kecil Bandaran mengenaan bahasa Kebangsaan siapa pun tak ambil tahu. Menteri-menteri Melayu pun sama tak ikut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152, sanggup jual bangsa, Bahasa Melayu diganti dengan Bahasa mlaysia. Ada orang sanggup cabar di Mahkamah ke? Cakap banyak pun buat sakit hati, apa yang saya boleh bantu DBP dalam mempertabatkan Bahasa Melayu?. | Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu di negara kita. Sokongan dan komitmen tuan dalam usaha kami untuk memartabatkan bahasa Melayu amat dalu-alukan dan dihargai. Diharap tuan dapat terus memberikan sokongan kepada usaha dan kegiatan yang kami adakan dari semasa ke semasa. Terima kasih. | Lain-lain | 02.11.2007 |
Ada tak penggunaan perkataan 'penambahburukan'? | Perkataan "penambahburukan" tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, yang ada "pemburukan" yang bermaksud "perihal memburukkan". | Istilah | 03.09.2014 |
Pihak DBP Saya ada soalan dan kemusykilan.. Netizen indonesia skrg giat mnuduh Malaysia Menyalin@ mencuri 62 000 kosa kata bahasa indonesia.. Tuduhan ini mmg Sgt mnyakitkan.. Sy pd mulanya Cuba utk mempertahankan maruah bahasa melayu malaysia dgn berhujah dgn netizen seberang tpi mreka punya fakta Dan akhirnya sy juga hanya mampu diam.. Sy juga tak sgka bnyak perkataan indonesia dlm kamus melayu dbp sehingga seperti mengiyakan tuduhan Malaysia mencuri kosa kata bahasa indonesia.. Tambah memburukkan keadaan bila ramai rakyat kita juga terikut ikut menulis dalam bahasa indonesia.. Di sekolah juga murid2 sekolah l lancar berbahasa indonesia.. Hal ini harus dibimbangkan kerana bahasa adalah salah satu lambang kedaulatan negara.. Apakah lngkah2 yg boleh Di lakukan utk mngatasi isu dan masalah2 ini? Sekian terima kasih | Untuk makluman tuan, soalan tuan telah disalurkan kepada Bahagian Perkamusan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sehubungan dengan itu, pegawai Bahagian Perkamusan akan menghubungi tuan melalui e-mel atau panggilan telefon untuk memberikan penerangan lanjut.
| Lain-lain | 21.05.2024 |
Tuan, saya ingin kepastian apakah ejaan yang betul bagi perkataan MENUNJUKKAN dan bagaimanakah imbuhan meN-kan patut digunakan dengan ejaan yang betul. Tunjuk ajar tuan amat dihargai,sekian terima kasih. | Perkataan menunjukkan terbentuk daripada apitan meN-...-kan + kata dasar tunjuk. Apabila apitan meN-...-kan bergabung dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf T seperti tunjuk, sorok dan buruk maka kata yang terbentuk mengandungi ialah menunjukkan, menyorokkan dan memburukkan. Dan jika apitan meN-...-kan bergabung dengan kata dasar lain seperti warna, sakit dan cuci maka kata yang terbentuk ialah mewarnakan, menyakitkan dan mencucikan. | Tatabahasa | 11.07.2012 |