Kamu memegang jawatan sebagai guru panitia. Ayat pasif yang berikut manakah betul? (a) Jawatan kamu pegang sebagai guru panitia. (b) Jawatan sebagai guru panitia kamu pegang. | Ayat pasif yang betul: Jawatan sebagai guru panitia kamu pegang. | Tatabahasa | 11.11.2015 |
Hafizah memegang erat-erat tangan ibunya semasa melintas jalan. atau Hafizah memegang tangan ibunya erat-era semasa melintas jalan semasa melintas jalan Munsyi, yang mana satu ayatkah yang seduai digunakan? TK | Ayat yang kedua. | Tokoh | 09.03.2013 |
Apa maksud memaut? | Maksud memaut ialah memegang dan menarik ke diri sendiri, memegang kuat-kuat (dengan teguh), 2. melilit dengan teguh, mengikat, menyangkut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat di bawah kata 'paut'. Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan. | Makna | 08.09.2008 |
Saya ingin bertanya dari segi ejaan huruf untuk nama makanan dan minuman seperti di bawah. Adakah perlu menggunakan huruf kecil atau huruf besar bagi setiap perkataan? 'Tangan kanannya sedang memegang pinggan berisi Nasi Lemak berlaukkan Ayam Goreng Berempah manakala tangan kirinya pula, dia memegang segelas Teh O Ais Limau.' | Nama makanan atau menu ditulis dengan huruf kecil: Tangan kanannya memegang pinggan berisi nasi lemak berlaukkan ayam goreng berempah manakala tangan kirinya pula memegang segelas teh o limau ais. | Ejaan | 01.05.2021 |
Adakah ayat–ayat yang berikut betul? 1. Ahmad memegang benih sayur untuk ditanam di dalam lubang yang telah digalinya. 2. Kita mestilah bertutur sopan supaya tidak menyentuh perasaan orang lain. 3. Kita mestilah bertutur sopan supaya tidak mengganggu perasaan orang lain. | Ayat yang betul ialah: 1. Ahmad memegang benih sayur untuk ditanam di dalam lubang yang telah digalinya. 2. Kita mestilah bertutur dengan sopan supaya tidak menyentuh perasaan orang lain.
| Tatabahasa | 28.08.2015 |
1) Dia memang mempunyai bakat dalam pidato. a) keupayaan b) kemahiran c) kecekapan Soalan: Jawapan yg tepat untuk bakat ialah...? 2) Masyarakat Minang kuat berpegang / memegang kepada adat Pepatih. Soalan: berpegang atau memegang? Harap dpt memberi penjelasan. 3) Baju yang dijahit oleh ibunya itu amat cantik sekali. Soalan: Adakah ayat ini betul? Bolehkah ada dua kata penguat di dalam satu ayat? 4) Puan Rozita___mata pelajaran Sains. Soalan: Dlm konteks ini, mengajar atau mengajarkan? Terima kasih. | 1. Tidak mempunyai jawapan. Ayat yang betulnya ialah 'dia memang mempunyai bakat dalam berpidato atau dia memang berbakat dalam pidato'. 2. Masyarakat Minang kuat berpegang pada adat Perpatih. 3. Baju yang dijahit oleh ibu sangat/ amat cantik sekali. 4. Puan Rozita mengajarkan mata pelajaran Sains. Harap maklum. | Tatabahasa | 20.06.2008 |
Tuan, 1.Soalan:Mak Kiah ............ ikan keli itu di atas bara api. jawapannya : memanggang atau membakar . 2 Soalan :Pak Hamad sedang ............ sebiji durian untuk anaknya. Gambar menunjukkan seorang lelaki memegang sebiji buah durian pada tangan kanannya manakala tangan kirinya memegang sebilah parang. jawapannya : membelah atau mengupas | 1. Mak Kiah memanggang ikan keli itu di atas bara api. 2 Pak Hamad sedang membelah sebiji durian untuk anaknya. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
Salam sejahtera, 1.Seorang pengawal keselamatan memegang papan tanda 'Berhenti' di tengah-tengah jalan raya.(Apakah tanda baca yang perlu dibubuh pada perkataan 'Berhenti'?) 2.Kesimpulannya, kita perlu meluangkan masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat pada hari minggu kerana masa itu emas.(Perlukan perkataan aktiviti itu membawa maksud jamak?) 3.Kita harus berkunjung ke rumah terbuka untuk mengeratkan silaturahim / mengeratkan hubungan silaturahim.(Perlu ditulis hubungan di depan silaturahim?) 4.me.ngo.rek (adakah pemenggalan suku kata ejaan betul dan apakah pemenggalan sebutan bagi perkataan mengorek?) Terima kasih | 1. Seorang pengawal keselamatan memegang papan tanda "Berhenti" di tengah-tengah jalan raya. 2. Kesimpulannya, kita perlu meluangkan masa dengan melakukan aktiviti/aktviti-aktiviti yang bermanfaat pada hari minggu kerana masa itu emas. Perkataan aktiviti boleh membawa maksud jamak berdasarkan konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun penggunaan aktiviti-aktiviti juga boleh dibenarkan asalkan tidak didahului oleh penanda jamak seperti pelbagai aktiviti dan penggunaan ini (tunggal atau jamak) hendaklah konsisten dalam keseluruhan wacana. 3. Kita harus berkunjung ke rumah terbuka untuk mengeratkan silaturahim. 4. Pemenggalan yang betul ialah "me.ngo.rek". | Tatabahasa | 27.05.2022 |
“(Amboi, Aduh), sakitnya perutku!” kata Fiza sambil memegang perutnya. Adakah betul penggunaan tanda seru pada ayat ini?Maaf saya ingin bertanya kerana tidak pasti kerana tiada contoh yang dapat saya rujuk dengan lebih terperinci. Harap pihak DBP boleh berikan jawapan. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Aduh, Sakitnya Perutku!" Kata Fiza sambil memegang perutnya. Penggunaan tanda seru dalam ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 21.05.2020 |
Marsha menari tarian datun julud sambil memegang kipas tangan daripada bulu burung kenyalang. Adakah betul ejaan datun julud di dalam ayat tersebut? Atau perlu ditulis begini "Datun Julud"? Yang mana satukah ejaan yang betul? | Ejaan yang betul ialah tarian Datun Julud. | Tatabahasa | 02.07.2020 |