Saya pernah memenangi tempat ke-tiga dalam pertandingan menulis cerpen untuk majalah sekolah peringkat negeri Sarawak. Bagaimanakah sekiranya saya ingin merujuk kembali hasil penulisan saya kepada Dewan Bahasa dan Pustaka negeri Sarawak? Terima kasih. | Saudari boleh merujuk dengan Unit Pembangunan Karyawan, DBP Cawangan Sarawak yang bertanggungjawab mengendali kegiatan tersebut | Lain-lain | 06.04.2010 |
Peserta yang memenangi pertandingan melukis itu ________ rakan baik saya. A ialah B adalah | Peserta yang memenangi pertandingan melukis itu ialah rakan baik saya. | Tatabahasa | 08.05.2012 |
Manakah yang betul? Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi ( larian, acara larian, acara lumba lari, pertandingan ) 200 meter. | Jawapan yang betul ialah: Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi acara lumba lari 200 meter. | Tatabahasa | 30.03.2012 |
Novel "Esok Masih Ada" memenangi hadiah pertama. Adakah salah kalau ditulis esok Masih Ada sahaja tanpa tanda pengikat? terima kasih | Sebagai tajuk filem atau tajuk lagu perlu dibuat tanda petik. Jika tidak ditulis tanda petik mungkin boleh timbul kekeliruan sama ada itu perkataan biasa atau nama bagi sesuatu perkara yang lain. | Karya | 24.04.2012 |
Assalammualaikum dan salam sejahtera, terima kasih diatas maklumbalas menegenai penyertaan saya dalam sayembara 2005. Saya ingin bertanya, seandainya karya yang saya hantar tidak memenangi sayembara, adakah saya masih boleh menghantar hasil tersebut ke mana-mana pertandingan atau sayembara setelah saya membuat pembaharuan dan penambahbaikkan? | Saudara boleh menghantar karya saudara ke mana-mana pihak yang saudara inginkan, sama ada untuk menyertai sayembara atau peraduan lain, atau untuk diterbitkan, kerana pihak DBP tidak mengikat apa-apa perjanjian dengan saudara dan tidak memegang sebarang atas karya yang tidak memenangi sebarang hadiah. | Lain-lain | 21.06.2008 |
A. Apakah perbezaan 'hembus' dan 'tiup' Antara contoh berikut yang mana betul? 1. Amirul meniup api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. 2. Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. B. Penjodoh bilangan bagi 'pingat" Antara contoh berikut yang mana betul? 1. Nabilah telah memenangi beberapa buah pingat dalam sukan berkuda. 2. Nabilah telah memenangi beberapa butir pingat dalam sukan berkuda. | A) Dalam Kamus Dewan menghembus dan meniup sama maknanya iaitu meniup/menghembus, mengeluarkan nafas (udara) dari mulut. Oleh itu, ayat; 1. Amirul meniup api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. dan 2. Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. adalah betul. B) Penjodoh bilangan bagi "pingat" ialah buah, ayat "Nabilah telah memenangi beberapa buah pingat dalam sukan berkuda." adalah betul. | Tatabahasa | 05.07.2009 |
saya sedang mencari biografi penulis yang dikeluarkan oleh dbp dan di dalamnya terdapat biografi tentang abd talib hassan yang pernah memenangi tempat pertama sayembara GAPENA pada tahun 1976. judulnya saya sama sekali tidak tahu.boleh saya dapatkan judul biografi tersebut. | Judul biografi tersebut ialah Biografi Penulis Wajah. | Lain-lain | 22.05.2013 |
Boleh beri komen berkenaan penggunaan perkataan TREBEL dalam laporan akhbar di negara kita, yang merujuk kepada kemenangan pasukan bola sepak Kelantan memenangi tiga kejuaraan dalam satu musim? | Istilah "trebel" adalah betul dan boleh digunakan dalam konteks tersebut. | Istilah | 01.11.2012 |
Adakah ayat-ayat ini betul. Kalau salah, mengapa ? 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. 2. Kelvin melompat tinggi di padang sekolahnya. 3. Kelvin membuat lompatan dengan sedaya upaya untuk memenangi acara lompat tinggi. 4. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara-acara yang diadakan seperti lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. 5. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara lompat jauh, lompat tinggi dan lumba lari yang diadakan. | 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. - tidak gramatis kerana penggunaan kata jamak sekali sahaj dalam satu ayat. 2. Kelvin melompat tinggi di padang sekolahnya. tidak gramatis kerana tinggi ialah kata dajektif dan kata adjektif tidak boleh hadir sebagai objek untuk melengkapkan ayat. 3. Kelvin membuat lompatan dengan sedaya upaya untuk memenangi acara lompat tinggi. - betul 4. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara-acara yang diadakan seperti lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. tidak gramatis, perkataan acara tidak perlu dijamakkan. 5. Pada hari sukan, para peserta menyertai acara lompat jauh, lompat tinggi dan lumba lari yang diadakan. - betul | Tatabahasa | 08.08.2012 |
salam tuan. Adakah ayat ini betul? 1.Cikgu Zaid memberikan arahan menggunakan pembesar suara kepada peserta larian. 2.Guru besar memberikan hadiah sambil disambut oleh Amir yang memenangi pertandingan yang disertainya. 3. Pasukan unit beruniform berkawad sambil melintas di hadapan khemah. | Ketiga-tiga ayat contoh yang diberikan betul. | Tatabahasa | 04.06.2012 |