Salam sejahtera. Yang manakah betul? 1a) memerah kelapa b) memerah santan 2a) memerah oren b) memerah jus oren 3a) pemerah oren b) pemerah jus oren. Terima kasih. | Jika merujuk perbuatan frasa yang betul ialah memerah kelapa dan memerah oren dan jika merujuk alat frasa yang betul ialah pemerah kelapa dan pemerah oren. Santan dan jus oren ialah hasil daripada perbuatan memerah kelapa dan memerah oren. | Tatabahasa | 05.09.2011 |
selamat sejahtera, 1. Kakak memerah kain itu. Kakak menyidai kain itu di ampaian. ayat majmuk: 1.Kakak memerah kain itu lalu menyidai kain itu di ampaian atau 2.Kakak memerah kain itu lalu menyidai di ampaian. 2. Adam merendam bajunya. Bajunya sangat kotor. ayat majmuk 1. Adam merendam bajunya kerana bajunya sangat kotor. atau 2. Adam merendam bajunya kerana sangat kotor. soalan saya, adakah kedua-dua ayat majmuk itu boleh diterima? 3. perkataan 'dua' , 'daun' -adakah dikategorikan dalam golongan dua suku kata atau satu suku kata? 'buaya' - dua atau tiga suku kata? 4. bersoal jawab dijarakkan atau bergabung? sekian, terima kasih. | 1. Ayat majmuk yang gramatis ialah Kakak memerah kain itu lalu menyidainya di ampaian. 2. Ayat majmuk yang gramatis ialah Adam merendam bajunya kerana sangat kotor. 3. Perkataan 'dua' dan 'daun' - satu suku kata, perkataan 'buaya' - dua suku kata. 4. Ejaan yang betul ialah bersoal jawab. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
salam sejahtera, ayat tunggal: Kakak memerah kain itu. Kakak menyidai kain itu di ampaian. ayat majmuk yang gramatis seperti yang dinyatakan oleh tuan ialah: Kakak memerah kain itu lalu menyidainya di ampaian. Adakah ayat berikut sememangnya salah dari segi struktur ayatnya atau apa-apa yang berkaitan dengan sistem bahasa. (maksud saya, jika diajar kepada pelajar, kita akan katakan ayat di bawah ini salah.) Kakak memerah kain itu lalu menyidai kain itu di ampaian. | Kakak memerah kain itu lalu menyidainya di ampaian. Kakak memerah kain itu lalu menyidai kain itu di ampaian. Kedua-dua ayat majmuk tersebut betul dan boleh dijadikan contoh dalam pengajaran. | Tatabahasa | 19.02.2012 |
Salam sejahtera. Wanita itu sedang _________ kelapa untuk mendapatkan santannya A) memerah B) meramas Merujuk kamus dewan perkataan meramas juga bermaksud memerah. Yang mana satu betul dan apa perbezaannya? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 1808 dan 1672, ramas bermaksud menggumpal atau memerah (adunan, kelapa parut, nasi dan sebagainya) manakala perah bermaksud memulas, memicit dan sebagainya (sesuatu) untuk mengeluarkan air, jus, susu dan sebagainya. Oleh itu, kedua-dua perkataan perah dan ramas boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. Walau bagaimanapun, ayat yang lebih tepat ialah “Wanita itu sedang memerah kelapa parut untuk mendapatkan santannya” atau “Wanita itu sedang meramas kelapa parut untuk mendapatkan santannya”. | Makna | 04.12.2024 |
Awak pandai memerah susu lembu. Ayat pasif yang berikut manakah betul? (a) Susu lembu pandai awak perah. (b) Susu lembu awak pandai perah. | Ayat pasif yang betul: Susu lembu awak pandai perah. | Tatabahasa | 11.11.2015 |
Apakah proses memutar kain dengan tujuan untuk mengeluarkan airnya selepas membasuh. memerah kain atau mengilas kain? | Yang bersesuaian ialah memerah. | Makna | 05.10.2010 |
Ibu Siti ---- kain yang basah itu sebelum menyidainya. A memulas B memerah 2.Pak Cik Halim ke pejabat pos kerana----- hendak membayar bil. A dia B beliau. Mohon penjelasan. | 1. Memerah 2. Dia | Tatabahasa | 01.09.2015 |
Salam semua. Meramas atau memerah kain yang basah, mana satu yang tepat? | Pemilihan kata betul ialah memerah kain yang basah | Tatabahasa | 06.06.2020 |
Pak Rahim ____ peluh yang mengalir di dahinya semasa dia bertungkus-lumus di sawah padi. A memerah B mengelap C mencuci D mengesat Apakah jawapan yang betul dalam soalan ini. Terima Kaish. | Jawapan yang betul ialah: D. mengesat | Lain-lain | 29.09.2009 |
Breast Pump ialah pam susu atau pam payudara? | Kedua-dua istilah tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat. Jika untuk tujuan memerah susu disebut pam susu, tetapi jika untuk tujuan membesarkan payu dara disebut pam payu dara. Terima kasih. | Istilah | 12.12.2014 |