Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.riah.kan] | ممرياهکن

Definisi : menjadikan meriah, meng­gembirakan, meramaikan, dll: pesta itu di-meriahkan dgn tarian dan nyanyian drpd berbagai-bagai bangsa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.riah.kan] | ممرياهکن

Definisi : menjadikan meriah; menggembirakan: Pesta itu dimeriahkan dgn tarian dan nyanyian drpd berbagai-bagai kaum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
meriah (adjektif)
Bersinonim dengan riang ria, riang gembira, suka ria, girang, seronok, ramai, gamat;,
Kata Terbitan : memeriahkan, kemeriahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan di talian, Saya menghadapi kekeliruan tentang penggunaan perkataan banyak dan ramai dalam ayat di bawah. Ayat Contoh: Banyak orang yang memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan itu. Atau Ramai orang yang memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan itu. Bolehkah tuan terangkan penggunaan yang betul dalam ayat di atas. semoga mendapat jawapan segera. Terima kasih.

Ayat "Ramai orang yang memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan itu" adalah yang paling tepat kerana menggambarkan suasana sambutan tersebut.

Tatabahasa14.06.2011
saya ingin bertanya kepada pihak DBP tentang istilah Gimik. Contoh: Murid-murid hari ini kita akan melakukan Gimik Pelancaran Bulan Kemerdekaan Negara kali ke 56. adakah ayat ini betul atau lebih sesuai ayat kedua ini: Contoh: Murid-murid sekarang ini kita akan melancarkan Bulan Kemerdekaan Negara kali ke- 56. Ayat kedua tidak menggunakan istilah "Gimik"Gimik ialah sesuatu tindakan, objek, alat yang luar biasa yang tidak semestinya penting, yang digunakan untuk menarik perhatian umum. Contoh penggunaannya, pengacara memeriahkan suasana majlis dengan pelbagai gimik yang menarik perhatian para tetamu.Makna27.08.2013
saya masih keliru tentang penggunaan ramai orang dan banyak orang.boleh tolong bagi contoh ayat bagi kedua-dua frasa ini?Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, seperti ayat "Ramai orang yang datang memeriahkan Karnival Muhibah pada minggu lepas" manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan, seperti ayat "Banyak orang yg telah tercedera dlm kemalangan itu".Tatabahasa10.05.2011
bagaimana kita nak bezakan penggunaan untuk suasana dan bilangan bagi kata bilangan ramai dan banyak?Ramai terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, seperti contoh ayat: Ramai orang hadir memeriahkan majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan pada tahun ini; manakala banyak orang orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan, seperti contoh ayat: Banyak orang yang pergi mengail ikan di sungai itu.Tatabahasa27.01.2011

Kembali ke atas