Tuan, saya ingin bertanya tentang perkataan "memerlukan", adakah ini kata kerja tak transitif kalau digunakan dalam ayat ini : 1. Kita haruslah bermurah hati untuk membantu orang yang memerlukan. Adakah "memerlukan" dalam ayat ini betul? Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu. | Perkataan “memerlukan” dalam contoh ayat yang diberikan adalah betul dan merupakan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap. | Tatabahasa | 24.12.2021 |
Memerlukan pengesahan lakaran visual oleh DBP. Ini adalah requirement untuk permohonan lesen kekal iklan oleh MBSA. Sila perhatikan gambar/lakaran seperti yang dilampirkan. | Sila kemukakan permohonan tuan melalai www.dbpsahbahasa.my untuk penyemakan dan pengesahan iklan. | Lain-lain | 22.07.2019 |
Memerlukan peengesahan bahasa dari pihak DBP untuk permohonon lesen iklan papan tanda dari DBKL: "KIOS MAKANAN RINGAN" | Untuk pengesahan iklan, tuan/puan boleh merujuk di laman web ini iklan/">http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/ Terima kasih | Lain-lain | 22.03.2017 |
MEMERLUKAN PENGESAHAN PENGGUNAAN BAHASA DAN EJAAN | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 01.09.2016 |
Memerlukan pengesahan BDP untuk permohonan lesen iklan (rujukan MPSJ) | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 18.03.2015 |
Memerlukan pennerangan berkenaan 'Ciri-ciri keutuhan wacana' | Keutuhan wacana boleh dikatakan sebagai kesempurnaan keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Oleh itu, ciri-ciri keutuhan wacana boleh dilihat dari segi kelseluruhan wacana termasuklah bahasa dan penanda wacana yang digunakan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/makalah yang berkaitan antaranya; Wacana Falsafah Ilmu: Analisis Konsep-konsep Asas dan Falsafah Pendidikan Negara (Abdul Rahman Haji Abdullah). | Lain-lain | 24.03.2009 |
memerlukan bahan rujukan untuk tajuk akhbar-akhbar dan majalah agama sebelum perang dunia ke-2 | TErima kasih atas soalan saudara. Saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur untuk mendapatkan yang berkaitan untuk rujukan saudara seperti dibawah : 1. Buku Cenderamata Pameran Percetakan Awal Dalam Bahasa Melayu 2. Katalog Percetakaan Awal Persuratan Melayu 3. | Lain-lain | 13.07.2008 |
Memerlukan kepastian berkenaan yang benar antara berikut. A) Yang kurik itu kendi ATAU B) Yang kurik itu kundi. Terima kasih. | Ungkapan yang betul ialah Yang kurik itu kundi. | Makna | 18.07.2007 |
Bolehkah rangkai kata "menuntut keterbukaan minda" digantikan dengan "memerlukan cadangan terbuka"?? | Rangkai kata "menuntut keterbukaan minda" tidak sama dengan "memerlukan cadangan terbuka". Frasa cadangan terbuka lazimnya sesuatu yang dicadangkan. Frasa yang boleh digunakan ialah "memerlukan pemikiran terbuka". | Tatabahasa | 18.07.2013 |
Saya memerlukan terjemahan untuk ayat ‘BREWING POSITIVITY’. Cadangan daripada saya, 1) Brulah baik 2) Bru benda baik 3) Bru baik-baik. Terima kasih. | Cadangan terjemahan yang bersesuaian bagi frasa “brewing positivity” ialah “membentuk sikap positif”, bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.02.2024 |