Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mi.cit] | مميچيت

Definisi : memecal, memijit, mengurut: ia ~ hon; Hendon ~-micit dahinya beberapa kali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mi.cit] | مميچيت

Definisi : menekan-nekan dgn jari; meramas-ramas dgn jari: ~ bisul menekan bisul supaya keluar nanahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
picit
Kata Terbitan : memicit, picitan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah jawapan bagi soalan ini. Salman ___________ perlahan-lahan butang yang yang terdapat pada telefon bimbitnya. Jawapan yang diberikan ialah memicit. Mengapa tidak menekan jawapannya? Jawapan bagi soalan tersebut ialah memicit. Merujuk Kamus Dewan, perkataan memicit merujuk kepada perbuatan menekan-nekan dengan jariLain-lain25.08.2015
Apakah perbezaan antara memicit-micit dan mengurut-urut? Datuk ( ) kakinya yang lenguh selepas balik dari kebun. Apakah jawapan yang sesuai untuk ayat tersebut?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud memicit-micit ialah mengurut (badan dan sebagainya) manakala mengurut-urut pula bermaksud mengurut berulang kali. Maka kedua-dua istilah ini boleh digunakan bagi contoh ayat yang diberikan.Makna12.08.2016
assalam. Saya ingin tahu adakah betul ayat ini. Mak Mah berkali-kali memicit-micit kakinya. Kedua, adakah perkataan mencukup boleh digunakan dalam ayat ini. Bekalan rumput di ladang itu tidak mencukupi.Ayat yang gramatis ialah "Mak Mah berkali-kali memicit kakinya" dan "Bekalan rumput di ladang itu tidak mencukupi".Tatabahasa03.05.2013

Kembali ke atas