sangat menarik | Makna menarik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah memikat (menawan) hati; b) menyukakan (menghiburkan, menggirangkan) hati kerana cantik dll; c) menimbulkan atau membangkitkan rasa kasih (sayang, ingin, dll). | Makna | 10.12.2009 |
Tuan , Apakah maksud : pujuk rayu | Pujuk rayu atau berpujuk bermaksud saling memakai kata-kata yang manis untuk memikat hati. | Makna | 13.10.2011 |
perbezaan antara maksud perkataan 'persona' dan 'pesona' | Pesona ialah kata Melayu yang bermaksud: guna-guna, mantera, sihir, fitnah. mempesona: memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: Persona ialah kata Inggeris (daripada bahasa Sepanyol) dan tidak terdapat dalam bahasa Melayu. | Makna | 03.07.2009 |
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ? | Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat. Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu; | Makna | 11.08.2009 |
apakah perbezaan penggunaan dan kegunaan? apakah perbezaan mempersona dan mempersonakan? bolehkah kita guna"sampai ke" harap beliau beri penjelasan dan satu contoh | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat penggunaan bermaksud 1.perihal(perbuatan,kegiatandll.) menggunakan sesuatu.2. Pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan,dll.). Kegunaan bermaksud 1.faedah,guna.2. yang digunakan. Mempesona bermaksud 1. memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian.Mempesonakan bermaksud mengenakan pesona.(sihir). Kata sendi nama sampai digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat. penggunaannya tidak diikuti dengan ke. Contoh: Pegawai itu berjaga sampai pagi. Anaknya belajar sampai peringkat universiti. | Makna | 01.08.2008 |
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mengikut" dengan betul. I. Kenderaan berat tidak dibenarkan mengikut laluan itu. II. Asri memetik jari mengikut alunan muzik. III. Zahari mengikut sahaja apa-apa arahan majikannya. IV. Syahirah mengikut jawapan rakannya semasa ujian itu. A. I, II dan III sahaja B. I, III dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II dan IV sahaja Terima kasih. | Ayat tersebuat semua betul. Makna mengikut ialah 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat). | Tatabahasa | 12.04.2010 |
Salam hormat, Bolehkah saya tahu tentang peranan Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik? Terima kasih. | Saudara, Watak Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik adalah watak pembantu yang taat setia kepada wira dan wirawati. Biasanya watak-watak ini terdiri dari kalangan rakyat biasa yang menjadi pembantu, pengasuh atau pengiring kepada watak utama sama ada pada watak wira atau watak wirawati yang menjadi pembantu dalam tindak-takduk watak utama. watak-watak ini boleh ditemukan dalam cerita-cerita hikayat, contohnya Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Hikayat Malim Deman. Dalam Hikayat Malim Deman Bujang Selamat adalah pembantu kepada wira iaitu Malim Deman. Peranan Bujang Selamat sebagai pengasuh, pengiring Malim Deman ke mana saja Malim Deman pergi, serta menumpukan taat setia kepada tuannya. Manakala Si kembang Cina pula merupakan pengasuh perempuan kepada Malim Deman dan orang suruhan yang biasanya memiliki rupa paras yang memikat, pandai memujuk dan taat kepada tuannya. Sekian, terima kasih. | Sastera | 15.09.2011 |